Quantcast
Channel: Bubblynotes.Com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 3928

Mengemas Di Tengah Malam...

$
0
0

Mengemas waktu malam dan di tengah malam ni memang dah jadi rutin sejak ada Ash ni dan sebelum ada Ash pun. Al-maklumlah Mummy bekerja. Biasanya kemas yang basic2 jerlah. Weekend kalu baru hentam kaw2 sprint cleaning. 

Tapi malam semalam... di tengah malam memang mengemas secara major. Ini semua disebabkan oleh Ash yang dah pandai tarik wayar!!! Wayar adapter... wayar tv, wayar ASTRO dan segala jenis bagai wayar yang ada lah yang dia nampak. Teknik dia mudah ajer... Golek punya golek punya golek... sampai ke tepi dinding. Nampak wayar.... meniarap lepas tu jari jemari comel tu mula bermain dan menarik2 wayar. Mainan dah banyak... wayar jugak yang dicari. Hu hu hu. 

Lepas terima report dari Nek Ma Ash... ha ha ha... ingat duduk nursery jer ker ada report? Duduk rumah pun ada report jugak. Haruslah ambik tau kann walaupun duduk di rumah. Takkan nak bulat2 serahkan dan biarkan ajer tanggungjawab pada Nek Ma Ash... Tak patut betul kalau cenggitu. Lepas terima report... apa lagi sepantas kilat memulakan aktiviti berkemas. Sebelum apa2 jadi??? It's better to be safe than to be sorry yer tak??? 

Selamat... 


Adeh buruknya lah hai lukisan Vincent Van Gogh iolss ni... Muahahaha... Nak cepat namanya ni... nak bersiap cepat nak ke office ni ha. Tapi macam tu lah lebih kurang... semua dah diketepikan bagi lapang dan bagi Ash tak dapat capai wayar2 yang dah diklipkan di tepi dinding. Ha ha ha... Padan muka Ash tak dapat capai wayar lagi dah. 

*Bila ada anak kecik ni macam2 gaya pemgubahsuaian rumah yang perlu dilakukan demi safety anak2 ye tak? Tak boleh sesuka suki hati ikut kehendak dan gaya kita jer.... 

Viewing all articles
Browse latest Browse all 3928

Trending Articles