![]() |
Source Extracted from Google |
Semangat betul, pagi2 Isnin ni dah bercerita pasal cuti raya kan??? *_^... I believe, mostly or majority dah ramai yang dah apply for cuti raya dah... Hi hi hi...Mungkin, saya jer yang terlewat sikit kot? Raya...raya...raya... Normally, saya ni jaranglah nak bercuti panjang pun...paling2 koman pun saya cuti 3 hari jer kot...And I guess same goes to this year... Nak cerita pasal cuti raya last year, memanglah paling sikit jer pun cuti... cuti sehari jer...
So... macam mana uols? Panjang ke cuti raya yang uols apply? Saya? Ngee... this year awal2 mama dah book dah suruh cuti sehari sebelum raya.. Biasalah, anak dia yang terkontang kanting yang sorang ni lah yang akan jadi chaffeur hantar mama pergi pasar beli ayam, daging, sarung ketupat, bla bla bla...dan anak dia yang sorang ni lah yang akan mengemas rumah... Tugas2 biasa jer...
And for this year, ikut Pink Panther lah... dia cuti sehari sebelum raya dan 2 hari selepas bank holiday...maknanya, kalau Pink Panther cuti 3 hari, saya pun cuti 3 hari lah... kena ikut Pink Panther, nanti kalau dia ada kat office saya x ada, kesian pulak dengan dia... Siapa nak tolong dia? (sayang bonar dongan boss den ni ha...wakakakakaka...)
Lagipun, cuti panjang2 nak ke mana ye tak? Mama memang dekat jer kampung dia, kat Puchong jer pun, kalau balik pun pergi ziarah kubur arwah nenek dah tu rounding2 rumah uncle2 and aunty2 di kawasan yang bersekitaran... Habis2 tinggi, Puchong, Hulu Langat dan Klang...
Papa pula, kalau balik ke Melaka, rumah aunty2 or uncle2 jer la...Kalau balik Batu Kikir, Negeri 9 pula, ziarah kubur arwah Tuk Nyang, nenek dan atuk dan rumah uncle2 dan aunty2 juga la jawabnya perginya... Selalunya kitaorang buat day trip ajer...Dulu2 masa kekecik sampai beberapa tahun yang lepas memang papa ler yang jadi drivernya... (sebelum anak dia dapat lesen memandu lebih kurang 13 tahun yang lepas...) tapi semenjak dua menjak ni, tahun2 kebelakangan ni, siapa lagi yang menjadi driver kalau x anak tunggal dia yang sorang ni??? *_^ ...Takper, anak dia pun memang suka driving sesangat...wakakaka...except for massive traffic congestion!!! Itu memang surrender dan tak sanggup....
Dah tu, dah siap rounding semua, balik la rumah...biasanya raya pertama memang belah pagi akan stay kat rumah dulu... petang sikit, baru pergi ke side mama, raya kedua side papa...raya ketiga... ekekekeke...menikmati rancangan tv kat rumah dan juga makanan2 kat rumah and tunggu tetamu2 datang ambush rumah pula...
Ha dah tu, habiskanlah cuti raya umum tu, dah tu startlah kerja balik...yang bestnya, jalan surely lenggang dan sangat seronok la driving masa tu.... Raya sebulan kan? Biasanya minggu pertama akan sibuk dengan sedara mara jer... kawan2 tu adalah juga, yang mana2 tinggal berdekatan dan tak balik ke kampung... dan minggu2 yang seterusnya lepas tu, barulah berjalan ke open house family2 dan kengkawan yang mana memang dah planning nak buat open house tu... masak sedap2 ek? *_^...
*Tahun ni masih lagi cuti pendek... dan In Shaa Allah, kalau junior selamat keluar dari tummy mummy, mummy dia akan cuti panjang sikit, sebab nak spend time dengan junior lama2 sikit... ^_^ Mesti seronok kan bila raya ada junior? In Shaa Allah, In Shaa Allah...semoga segalanya selamat... (mummy pula lebih excited nak raya dengan junior).
**Dengan gigih dan bersemangat, first thing in the morning ni nak submit Raya 2013 Leave Application!!! Muahahaha...Al-maklumlah, Pink Panther dah hantar borang cuti, tentulah assistant pun nak hantar juga... *_^...