
Dah lama Ash idam2kan Mr.Thomas The Choo Choo ni... Ahaksss... kalau tengok Thomas and Friends mata tak berkelip... Tapi budak2 memang sukakan keretapi ni??? Akhirnya, selepas calendar Pureen yang berbentuk keretapi selalu dilunyaikan oleh Ash... hari ni dapat jugak dia ek? Bukan Abah atau Mummy yang belikan.. Tapi Nek Ma Ash...
Agaknya dah tak menahan kot tengok cucu yang seorang ni dok hari2 mengerjakan train kat calendar tu... Bukan Mummy tak nak belikan, tapiiii yang Mummy tengok model train siap dengan landasan bersama2 dengan small compartments. Kan bahaya tu??? Karang kalau tertelan tak pasal2 jer... Dah tu yang Mummy sempat jumpa... Yang Nek Ma belikan ni Mummy sungguh tak sempat nak cari uolsss... Masa tak ada nak pergi cari yang lain.
Ni dah dapat leka dia dengan Mr. Thomas dia... Seronok ek??? Ala biasalah, macam kita jugak kalau dapat barang baru. Mestilah suka kannn??? Muahaha...
*Tadi tutup sekejap... marah dia... hua hua hua.. sampai menangis... Buka balik terus diam... Alamatnya kannn??? Bateri memang tak tahan lama lah tu... Kena standby dan berganti jer lah... Dah nak tutup tak dibaginya... Dush... pengsannn... Takkan nak on 24 hours pulak Ash??? Hu hu hu