Quantcast
Channel: Bubblynotes.Com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 3928
↧

Semua Barang Kecil...

$
0
0
Phewww...baru boleh tarik nafas selepas tak sempat nak duduk pun bila tiba di office pagi ni... Hua hua hua... Sampai2 jer terus berlari ke sana sini dalam office ni, ahakss...kalau Level 3 - Directors Office ni dah tak ada muka lain dah kelam kelibut ke sana ke mari kalau tak kami2 mummy2 yang jadi assistant pada director2 ni...bha ha ha... semua yang ada di Level 3 semua mummy2 kot??? Maka layaklah panggil mummy2... bha ha ha... Dan kami tak ramai pun di Level 3 ni, selain directors ada 5 orang mummy, 3 orang bapa, 3 orang bujang dan 1 anak dara. *_^...

Ok, panjang pulak mukadimah iolss kann??? Sebenarnya nak cerita... gambar di atas tu adalah gambar bath toys Ash... Hu hu hu... Bila setiap kali mandi, setiap kali tu jugaklah mak itik dan anak2 itik dibiarkan berenang2 di dalam basin Ash... Ini namanya strategi mummy nak bagi Ash supaya jangan nak melasak sangatlah dapat berendam dalam air...Ahaksss... Alhamdulillah, berjaya, dia leka dengan mak itik dan anak2 itik tu. 

Tapi kannn... yang tak menarik dan yang tak syoknya... Bila dah mula nak makan ni... gusi pun tengah gatal gamaknya sebab air liur dok meleleh jer (ok Ash suka sangat buat bubbles dengan air liur dia...habislah gugur rambut mummy ni nak oiiiii... nasib iolss pakai Safi Shayla...ahaksss... rambut kekal lebat giteww walaupun banyak kot helaian rambut berguguran dan bergumpal... so tak adalah risau sangat iolsss).  Dia dah pandai nak masukkan apa saja objek kecil yang dapat dicapai ke dalam mulut. Contohnya anak itik ni... 


Semalam gamaknya dia ingat anak itik ni makanan or biscuits kot? Habis dimasukkan ke dalam mulut ko... uikss...ingatkan mulut tu kecik lagi tak adalah muat nak masukkan anak itik tu... muat rupanya... gigih mummy dok korek dari mulut dia malam semalam... Pheww...jangan buat hal Ash... Tu lah sebabnya weolls yang beranak kecik ni kena sentiasa perhatikan anak yer tak dan tak boleh biarkan macam tu jer... Boleh tersengih lagi dia? Adoiii...mummy korek dari mulut pun boleh sengih jer... tunjuk gusi.  Ash tak sabar dah nak makan ker? Ahakss...mummy pun dah tak sabar nak suap Ash makan ni.... 

Makanya, sebagai peringatan kepada diri sendiri dan juga kepada uolss, jangan biarkan anak2 kecil kita dengan barang2 yang kecil yang boleh dimasukkan dalam mulut. Diaorang ni, tengah2 baya macam ni memang semua nak masuk mulut kann??? Betul tak mummy2 yang dah experience? So, untuk diri ini, bawak2lah jauhkan benda2 kecil dari Ash yer... hu hu hu... Tu lah Abah dia dah pesan, jangan bagi small compartment, jangan bagi anak itik tu... tapi kekononnya Ash tak pandai masuk mulut lah... Hamik ko... So, no more anak itik yer Ash, mummy simpan anak itik tu, lepas ni mak itik jer yang akan berenang2 di dalam basin Ash...main jer lah dengan mak itik tu... hew hew hew...Nanti mummy gantikan anak2 itik tu dengan fish...mummy dah tengok dah semalam kat kedai toys tu... nanti mummy beli ek? La la la... 

*Ash memang tak sabar nak makan ni nampak gayanya...


↧

Viewing all articles
Browse latest Browse all 3928

Latest Images

Trending Articles