![]() |
Source Extracted from Google |
Tuam alat kelamin bayi lelaki ok??? Bukan cerita tentang lelaki dewasa... ahakss... iolss belum stok biang keladi lagi ek??? Dan tak ada intention nak cerita yang bukan2 kat dalam Bubblynotes ni. Muahahahaha... Disclaimer kena jelas, karang kang ada jer kontroversi uolss...
Info serta fakta keibubapaan untuk weolls semua. Well.. Ash until now iolss still tuamkan alat kelamin dia... Orang kata, bila ada baby lelaki ni kena jaga bebetul... so sebab apa??? Let's roll this artikel that I've read from HERE
Selepas mandi, biasanya alat kelamin bayi lelaki akan dituam. Alasannya ialah untuk mengelakkan daripada penyakit angin pasang.
Angin pasang berlaku dalam keadaan apabila berlaku penonjolan keluar orga atau tisu atau isi suatu rongga melalui bukaan otot (lubang) yang lemah pada bahagian abdomen. Dinding abdomen yang lemah itu kemudiannya membentuk suatu kantung dengan bukaan berbentuk seperti cincin.
Gangguan ini sering terjadi pada kawasan perut dan yang keluar ialah bahagian dalam perut seperti usus kecil, usus besar atau lapisan lemak yang menyelaputi kedua2 usus ini.
Bagi kanak2 yang belum mencapai usia 1 tahun, biasanya pembedahan tidak digalakkan kerana diharapkan agar lubang tertutup sendiri apabila dia membesar. Namun, jika setelah berusia setahun, lubang masih terbuka, pembedahan akan dilakukan untuk mengelakkan lubang bertambah besar.
Masalah ini lebih banyak dideritai oleh lelaki berbanding perempuan. Atas alasan inilah alat kelamin anak lelaki dituam ketika dalam pantang. Biasanya bahagian sekitar perut, pusat, ari2 dan bawah kemaluan bayi lelaki akan dituam selepas mandi.
Antara bahan yang biasa digunakan untuk menuam ialah menggunakan punjut dan daun2 herba. Bahan2 yang dimasukkan ke dalam punjut adalah jintan hitam, lada hitam, biji sawi, pasir, halba. Bahan2 ini biasanya dipanaskan terlebih dahulu dan dibiarkan suam sebelum digunakan. Ada yang menggunakan hanya satu jenis. Manakala, daun2 herba yang sering digunakan untuk menuam adalah daun sirih, daun kecubung dan daun mengkudu. Daun2 ini biasanya dilayur terlebih dahulu sebelum digunakan.
*Alhamdulillah, Ash tak pernah ada masalah angin pasang dan hopefully tak akan pernah ada.... In Shaa Allah...