![]() |
Source Extracted from Google |
Uolss2 yang bergelar wanita...cepat letih tak??? Iolss...Alhamdulillah, setakat ni ok lagi dan I guess EPHYRA memang banyak membantu... ^_^... Keeping up with the pace as working mummy, mengadap traffic congestion almost everyday...huh, jalan tu mana pernah tak congested, pergi kerja congested balik kerja pun congested... Kereta kan dah semakin banyak sekarang ni, balik rumah kemas rumah, masak dan menjaga serta melayan Ash... Alhamdulillah... ok lagi...still energetic lagi... Hik hik hik...Kalau tak energetic mana mungkin iolss mampu berblog.... Blogging ni kalau dah letih memang iolss tak usik or sentuh langsung... Tu dia... Rahsia yang tak berapa nak rahsia...
Makanya, bagi mereka2 yang cepat letih tu kenapa ek??? Kenapa wanita cepat letih??? Melalui artikel INI
Mengikut bancian sebuah majalah kesihatan, letih dan lesu merupakan salah satu daripada 5 masalah yang sering diutarakan oleh wanita. Terdapat beberapa perkara yang mengakibatkan mengapa wanita kerap berasa sedemikian.
MASALAH KELENJAR TIROID
Kelenjar tiroid di leher bertanggungjawab menghasilkan hormon yang mengatur selia pembakaran makanan kepada tenaga atau apa yang dikenali sebagai tahap metabolism. Jika kelenjar ini kurang menghasilkan hormonnya maka pembakaran tenaga badan adalah pada tahap yang rendah.
KEKURANGAN ZAT BESI (ANEMIA)
Kekurangan darah akibat kurang zat besi merupakan antara punca utama wanita merasa kelesuan. Ujian darah dapat menentukan sama ada weolls kurang darah atau sebaliknya. Jika diketahui puncanya, pengambilan zat besi, Vitamin B12 dan zat folik dapat membantu.
KURANG TIDUR
Sememangnya tidur yang mencukupi iaitu antara 7 hingga 8 jam sehari amat penting bagi mengelakkan weolls mengantuk pada sebelah pagi. Dapatkan tidur yang secukupnya supaya badan weolls kembali segar dan bertenaga...Muahahaha, ada anak kecik tak ada makna dapat 7-8 jam tu... la la la la...
STRESS DAN KEMURUNGAN
Wanita yang mengalami kemurungan didapati merasa letih 4 kali ganda daripada biasa. Stress juga boleh mengakibatkan seseorang itu sukar untuk tidur. Kedua2 perkara ini saling berkait dan boleh meningkatkan lagi tahap kemurungan dan menjejaskan tahap kecergasan badan. Ubat penenang pul adakalanya menyebabkan weolls lali dan tidak 100% segar. Kawal stress dan cuba elakkan kemurungan dengan melibatkan diri pada aktiviti yang membuatkan weolls terhibur.
Agak2 uolss ada tak salah satu yang disenaraikan, dan mudah berasa letih??? Jika ya kan, might be itulah puncanya selama ni... For me, yang ada anak kecik ni, nak dapat tidur 7-8 jam tu memang payahlah kannn??? What we could do adalah makan supplement tambahan... yang membantu weolls dari cepat berasa letih... kalau tak ada anak kecik pun sama... Tapi sebelum apa2 hal, eloklah weolls consult doktor dengan tahap atau status kesihatan weolls ye tak??? Kesihatan ni tak boleh dimain2 dan diabaikan, weolls memang kena ambik berat ye tak???