
Bha ha ha...sangat gediks dan sangat over mummy Ash kannn??? Saja jer nak letak gambar sendiri dalam entri ni...walhal...cantik ke??? Ahaksss... Tak cantik pada fizikal, cantik secara batin/dalaman tak apa... betul tak??? Jangan nampak cantik pada fizikal, tapi kecantikan batin/dalaman ke laut... Dush, tu memang zero point. Tak berguna langsung tu... So, janganlah uolss anggap iolss perasan diri iolss ni cantik ala2 supermodel gitew ek???
Wakakakaka...saja nak senyum2 dengan uolss menunjukkan keceriaan di hari Jumaat ni... Iolss ni bukanlah jenis manusia yang suka nak up diri sendiri tak tentu pasal such as nak kata diri ini cantik ke, diri ini comel ke, diri ini cute ke... dan kelihatan seolah2 seperti desperate attention seeker...tapi satu jer penyakit iolss... bha ha ha... sukalah sangat sebut diva....pusing2 kot mana suka jugak nak selit perkataan diva tu...walhal diva ke??? teettttt....
Kalau nak cerita pasal cantik luar cantik dalam ni, semua orang pun dah tau apa dia kann??? Macam orang kata, sihat luar dan dalaman...macam tu jugaklah kecantikan. Konsep sama.... Kalau boleh kalau dah rasa diri tu cantik secara luaran, kita balance-kanlah dengan kecantikan dalaman ye tak??? Dan kalau rasa dalaman tu dah cukup cantik dan perfect, tak salah kot kalau nak cantik luaran jugak??? Kecantikan adalah hakmilik setiap insan... ye tak??? Semua setiap dari kita ada kecantikan yang tersendiri... tentang part keburukan tu tak payah kita melaut nak sentuh ye tak... Entri ni pasal kecantikan ahaksss...
Semua orang layak dan semua orang boleh jadi cantik...tapi terpulang kepada individu itu sendiri... macam mana nak cantikkan diri masing2... lepas tu bila dah cantik tu, janganlah hidup nak kejar pujian orang sebabkan nak rasa diri HEBAT kann??? Ustaz Azhar Idrus cakap, kalau ada orang puji kita cantik... sila ucapkan ALHAMDULILLAH. Sebab apa??? Sebab itu adalah kurniaan Allah SWT kepada kita dan CANTIK itu juga milik-Nya...
Cantik luaran atau cantik fizikal ni subjektif...cantik muka ke, cantik body ke, cantik pakaian ke... bha ha ha... tapi muka dan body tu cantik macam mana pun satu hari akan dimamah usia jugak...melainkan weolls dok sibuk buat plastic surgery lah, botox lah, liposuction lah...ataupun mengamalkan petua2 awet muda giteww... ihikss..semua dengan kuasa Allah...Allah dah beri pandai2lah jaga sendiri dengan sebaik2nya... dengan cara tak memudaratkan diri sendiri dan bertentangan dengan syariat... Betul tak???
Cantik batin atau dalaman ni pulak adalah HATI. HATI tu adalah salah satu komponen organ dalaman badan kita. Dalam HATI ada satu rasa dipanggil PERASAAN... DUKA/SEDIH/PEDIH/PERIT/SAKIT/GEMBIRA dan segala bagai macam perasaan...BUSUK HATI/DENGKI/RIAK/CEMBURU TAK BOLEH TENGOK ORANG LAIN LEBIH...segala bagailah... hurmm....
Again bukan nak cerita panjang lebar pasal cantik batin atau dalaman ni, cuma nak mengomel jer... bagi iolsss la kan, seseorang tu kalau dah rasa fizikal tu cantik, dalaman pun tip top... Alhamdulillah.... Tapi bila sentuh tentang cantik fizikal ni kan... kalau dah cantik fizikal tu janganlah jadi lupa diri pulak sampai tak boleh berpijak di bumi yang nyata ye tak???
Kalau ramai orang puji uolss cantik, orang suka sebab uolss cantik, selalu2lah ingat yang cantik itu pinjaman Allah pada aku, pada kita semua makhluk di muka bumi ini. Aku bersyukur dengan pemberian Allah pada aku...kelebihan dan kekurangan aku adalah pinjaman seketika dari Allah SWT... Cantik atau tidak, Allah yang menilai BUKAN MANUSIA EK??? Ini HEBAT ooo ada ramai manusia boleh nilai orang lain ooo....macam diri sempurna bom ke ba bom sangat... Yang penting HATI... Apabila HATI BERSIH, In Shaa Allah terbitlah CANTIK pada wajah kita. Segalanya bermula dari HATI. Trust Allah. Cantik itu milik Allah SWT. Bila HATI CANTIK, tak perlu make up mahal, tak perlu shopping baju melambak2, tak perlu sibuk up diri sendiri CANTIK, gebang sana gebang sini...bha ha ha... sebab CANTIK tu akan TERBIT DENGAN SENDIRINYA...
*Cantik tak cantiknya kita bukan diri kita sendiri yang menilai...cantik fizikal mata manusia menilai... tapi cantik dalam erti sebenar dalam kehidupan kita sebagai muslim... hanya Allah yang layak tentukan dan nilai... Sebab Allah tu tahu setiap apa yang kita pendam dan simpan dalam hati walau secebis kuman pun...
**Omelan hari Jumaat....
Tertarik dengan kata2 sahabat blogger Suria Lekatlekit...
Tertarik dengan kata2 sahabat blogger Suria Lekatlekit...
"Petai yang busuk sedap dimakan. Manggis yang hitam kulitnya, di dalam ada isi yang putih dan manis. So moral of the story, jangan menilai sebelum mengenal. Yang baik datang dari Allah yang buruk datang dari kelemahan kita sendiri..."