Quantcast
Channel: Bubblynotes.Com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 3928

Am I Pregnant??? Macam Mana Nak Tahu Uolss Hamil??? ^_^

$
0
0
Tu dia, gambar lama semua keluar... bha ha ha... Am I pregnant??? Bom kebabom lah kalau ya... Not yet not yet...and Ya Allah, please not now...bukan menolak rezeki dari Allah SWT tapinya I know my limits and iolss tahu kemampuan iolss setakat mana buat masa sekarang ni.... Costing for a baby right now bukannya murah ok??? Tak macam dulu2...betul tak??? So, iolss ni kira2 ukur baju di badan sendirilah uolss... hu hu hu...giteww.... tak apalah yang pentingnya kualiti (In Shaa Allah) bukannya kuantiti.... Hurm...ini untuk diri iolss bukan maksud siapa2 yer... Kalau ada sesiapa yang nak salah anggap tu, iolss tak boleh nak salahkan uolss.... Besides, luka dalam caesar ni pun belum pulih sepenuhnya lagi.... and my condition as Plasenta Previa patient pun nak kena diambil kira... 

Habis tu??? Dok sibuk up entri pasal ni kenapa??? Tak ada...ini semua hasil dari pertanyaan Ros Reeza dari entri INI dan kan iolss dah kata, uolss tanya iolss jawab...hik hik hik... Sebenarnya dah cerita dah pasal macam mana iolss found out yang iolss preggy dalam entri INI dulu... Tapi tak adalah detail melaut bagai sangat...cuma nak khabarkan pada masa tu iolss preggy... *_^

Untuk Ros... sebenarnya, masa akak TTC dulu... akak memang planning to TTC... maksudnya tiada istilah tiba2 jer preggy...muahahaha... sejak dari nikah dan kahwin... akak memang monitor akak punya menstrual cycle... dan how do I do this??? Ala tak banyak kerja pun, cuma pakai apps dalam Ms. Apple yang akak download untuk monitor menstrual cycle. Preggy kan Ash memang tak ada simptom langsung...langsung2 tak ada... *_^...Makanya, akak monitor menstrual cycle jer... Setiap bulan gigih berusaha kami suami isteri (uikk ni pun nak cerita ker? bukan maksud nak cakap kotor ek??? iolss nak bagi penjelasan)....So, tiba bulan March 2013, menstrual cycle dah tak betul, langsung tak datang2 bulan... masuk bulan April 2013 pun sama....Therefore, on 20th April 2013, dengan rasa sejuk hujung2 tangan... beli UPT... then buat UPT... kat office ko masa tu...punyalah excited giteww... buat... and sepertimana penampakkan imej kat atas tu.... pada 20/4/2013... appear-lah 2 bar... 

Tak percaya lagi masa tu...macam tepuk2 pipi dan rasa dalam alam mimpi jer... and then, sekali lagi, lepas 3 hari, buat UPT lagi iaitu pada 23/4/2013.... dan hasilnya sama 2 bar... he he he.... diam dulu tak inform mysuami... masuk weekend... baru pergi gynae sama2 dan confirmkan...

Inilah dia Ash masa 7 weeks dalam tummy mummy dia... ^_^... Alhamdulillah semua dah selamat sekarang... *_^... 
 
Sedikit info tambahan yang dipetik dari SINI 
 
Bukan semua wanita yang baru disahkan hamil mempunyai simptom awal yang sama. Pening kepala, mual dan muntah adalah tanda2 kehamilan biasa apatah lagi jika diikuti dengan lambat datang haid.
 
Bagaimanapun, ada wanita yang tidak langsung mengalami tanda2 tersebut. Macam iolss. Adakah ia normal? Jangan risau tentang hal tersebut, sebenarnya tanda2 kehamilan setiap orang adalah berbeza2. Ini kerana badan manusia memberikan tindak balas yang berbeza antara satu sama lain. 
 
So, let's check it out, tanda2 kehamilan yang mungkin dialami oleh sesetengah daripada weolls tetapi tidak dialami olwh wanita lain yang melalui tanda kehamilan mual dan muntah. Bagaimanapun, jangan risau dengan tanda2 kehamilan uolss sebab it's actually menunjukkan janin yang dikandung adalah sihat walafiat... 
 
1. KELUAR LENDIR
Kehadiran cairan atau lendir berwarna putih atau kekuningan dari faraj uolss. Tanda ini jarang dialami oleh wanita hamil. Ia menyebabkan uolss berasa tidak selesa dan akan kerap menukar seluar dalam. Peningkatan hormon dan peredaran darah pada faraj dalam badan ibu yang baru hamil menyebabkan lendir keluar lebih banyak daripada biasa. 
 
2. KEMBUNG DAN KEJANGKesakitan di bahagian perut seperti masuk angin membuatkan bakal ibu akan mengalami kejang dan kembung perut. Simptom ini tidak dialami oleh semua wanita hamil. Seeloknya elakkan makanan seperti taugeh, brokoli, kobis dan bunga kobis. 
 
3. TERKENCING
Tiba2 uolss rasa mudah terkencing sekiranya sedang ketawa, bersin, batuk atau mengangkat objek berat. Puncanya kerana kawasan pundi kencing terbuka kerana ada janin sedang membesar dalam rahim uolss. Rajin2lah buat latihan kegeldan jangan menahan air kecil. 
 
4. BERDENGKUR
Mungkin sebelum ni uolss tidak pernah berdengkur ketika tidur tetapi bila baru disahkan hamil, tidur uolss diiringi dengan dengkuran kerana berlakunya radang pada membran yang menyebabkan lendir mengganggu pernafasan. Yesss, iolss tiba2 tidur berdengkur uolss masa tu...bha ha ha...bayangkanlah... nasib mysuami tahan walaupun dia tegur kannn??? *_^...Sekarang tak ada dah... hik hik hik...
 
5. MUDAH BERPELUH
Tentu uolss akan perasan yang secara tiba2 badan uolss mudah berpeluh walaupun cuaca tidak panas. Hal ini berlaku disebabkan peningkatan metabolisme badan dan peredaran darah dipam ke seluruh badan maka suhu turut meningkat... Memang iolss kuat berpeluh secara tiba2... asyik panas jer badan...  
 
6. MASALAH KULIT
Tiba2 muncul jerawat di wajah uolsss (iolss tak ada, ok jer... he he he...nasib... ) dan beberapa masalah kulit lain seperti tompokan hitam di wajah dan sebagainya. Jangan bimbang kerana ia masalah ketika hamil sahaja akibat badan mengeluarkan melanin lebih banyak sehingga menyebabkan tompok2 hitam pada muka.  
 
Itulah dia antara tanda2nya and iolss pulak 3 jer cara nak identify... satu menstrual cycle... dua tidur berdengkur dan tiga mudah berpeluh... Tak banyak ragam dan tak banyak kisah... Moments yang iolss happy sepanjang Ash  ada dalam tummy.
 
*Harapnya entri yang panjang lebar ni dapatlah menjawab pertanyaan Ros tempoh hari... *_^  

Viewing all articles
Browse latest Browse all 3928

Trending Articles