
Air! Air! Siapa mahu air??? Ahaksss... Inilah dianya bahana catuan air uolss... Dah naik semak mata ni memandang kat bilik laundry rumah iolss tu...
Penuh atas lantai tu dengan botol2 air. Asal ada space jer iolss letak, asal ada air jer iolss sambar simpan dalam bekas yang ada... Apasal tak pakai tong2 air yang besar jer? Kan senang dan jimat space gitew??? Mesti some of uolsss akan berpendapat sedemikian kan??? Well tong besar ada 4 biji kat rumah ni... malas nak kayakan tokey plastik lagi... Jadi selagi asal ada botol kosong, periuk kosong iolss sumbat dengan air... Bha ha ha... Tamak sikit dengan air musim2 catuan ni...
Ada anak kecik memang banyak pakai air... Ash pulak satu hari pakai 10 botol air untuk mandi... 5 pagi 5 petang. Senang nak kira macam tu... Tapi tulah semak gila mata memandang... Iolss memang jenis tak tahan mata tengok rumah berselerak dan bersepah...
*Bilalah agaknya nak habis catuan air ni... hu hu hu... Nak kena ricky2 khabar berita dari orang dalam jugak ni... Walaupunnn... dah tau dilanjutkan lagi ye tak? Nak gak tau water level kat kolam simpanan dan empangan macam mana status pas tu baru boleh estimate... Bha ha ha...