Quantcast
Channel: Bubblynotes.Com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 3928

Aprilia Tuono V4R ABS - The Naked Streetfighter!!!

$
0
0
Source Extracted from Google
Cun tak? Inilah superbike yang dikatakan the naked streetfighter!!! Superb ok? Muahahaha, jangan terkejut uolss, iolss minat dengan superbike... dan minat ni dah lama, dari zaman2 anak dara dan dari zaman2 sebelum iolss jumpa my suami lagi... Bha ha ha...statement kena jelas, nanti ada yang kata iolss terikut2 dengan suami pulak since dia memang peminat kental superbike...rezeki jer belum sampai lagi nak memiliki...In Shaa Allah, one fine day...*_^ ... ini memang minat iolss...Hajat hati tu, nak belajar jugak ride kann? Macam Erra Fazira, Umie Aida, Linda Onn...they ollss memang aktif...kalau dalam Keek tu, ada jer video diaorang riding... tapi kaki diaorang panjang...kaki iolss tak berapa nak panjang...wakakakaka...so hajat tu tertangguh jer lah... ha ha ha...

So 2014 tahun kegilaan Naked-Streetfighter? Uolss can say so... hampir semua pengeluar  pengeluar motosikal utama dunia mempertaruhkan model naked tersendiri. Aprillia tidak terkecuali, mengemaskini Aprillia Tuono V4R lebih hebat, nadi utama enjin V4 65 darjah 1000cc di pertingkat, kini menghasilkan 170bhp 11,500 rpm dan 111.5Nm tork pada 9,500 revs. Dengan nisbah gear pendek bagi 3 gear utama untuk pecutan lebih ketara pada berat hanya 185kg.

Di tambah sistem elektronik APRC (Aprilia Performance Ride Control) yang di pertingkat. Tuono kini mempunyai 3 peringkat kawalan menunggang (track, sport dan rain), yang di satukan dengan sistem ABS, throttle kawalan ride-by-wire dan ECU multi-map turut diperhalusi lebih baik. Pakej APRC termasuk sistem anti-wheelie dan sistem Traction-Control 8 peringkat.
 
Tuono V4R adalah full-on superbike. Walaupun dengan hendal bar tinggi, tapi cukup ergonomik di gunakan dalam apa jua situasi jalanraya setiap hari. Untuk 2014, Tuono V4R mendapat tempat duduk lebih empuk untuk keselesaan jarak perjalanan panjang,  tangki petrol 18.5 liter yang lebih besar, fork hadapan USD 43mm dari Sachs dengan brek Brembo monobloc kaliper radial-mount, dics berkembar di depan. Dua warna di tawarkan, hitam dan putih... ada gaya, rupa dan prestasi. Adakah Aprillia Tuono V4R ABS 2014 streetfighter supernaked yang terbaik di dunia?...And this was launched in February 2014 peeps! ^_^
 
Kredit: SINI

Ooops apa tu naked streetfighter? Mesti ada yang tertanya2 kan? Naked streetfighter bike adalah adaptasi dari motor superbike tapi mengalami beberapa penyesuain so that boleh berfungsi di jalan2 biasa tapi tidak kehilangan performance sebagaimana superbike on track. *_^... Ini yang iolss faham lah... abang2 yang pakar, or adik2 yang pakar sila betulkan kalau iolss salah ok? Hik hik hik... 

Bom kebabom tak 2014 Aprilia new model ni? Harga??? Ini yang tak menahan ni... macam harga sebiji rumah, rumah tinggi lagi kot sekarang ni, tapi nak dekat2 lah... RM 91,272...  Tapi, kalau dah minat tu, I am not surprise orang sanggup kot beli... *_^

*Tak dapat nak ride sendiri sebab kaki tak cukup panjang kan??? Wakakaka, hopefully someday bolehlah merasa jadi co-rider... lol... (angan2 yang tinggi sangat ni...ekekekeke)...

Viewing all articles
Browse latest Browse all 3928

Trending Articles