Quantcast
Channel: Bubblynotes.Com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 3928

The S.W.O.T. Analysis of Blogging...

$
0
0
Source Extracted from Google
Wohooo... entah kenapa fikiran melayang sampai ke sini...wakakakaka... tapi iolss bukanlah pakar blogging ek peeps??? Jangan salah sangka...dan please please please jangan salah anggap... tak ada niat di hati nak gebang macam pandai sangat or nak menunjuk2...cuma this is something that came across my mind and I would like to share with uolss... Mungkin kita sama2 boleh fikirkan atau dapat manfaat dari entri ni? (Bha ha ha, manfaatlah sangat dengan repekan iolss ni... well iolss kan suka bercakap, tapi bercakap perkara2 yang positive lah...bukan yang negative2...tak bagus untuk kesihatan rohani bercakap perkara2 yang negative ni ye tak???).... 

First and foremost apa itu S.W.O.T. Analysis...pada accounting, business graduate or students dan sewaktu dengannya yang mana pernah dengar sewaktu pembelajaran uolss atau di mana2 course or training... mesti dah tau sangat dah apa maksud S.W.O.T. Analysis ni...kadang2 dah naik jemu dah dengar or baca perkataan ni ye tak...wakakakakaka.... 

S.W.O.T. Analysis adalah method perencanaan strategy yang digunakan untuk meng-evaluate kekuatan (strength), kelemahan (weaknesses), peluang (opportunities) dan ancaman (threats) dalam satu projek atau satu spekulasi perniagaan. Keempat2 faktor inilah yang membentuk akronim S.W.O.T. Proses ini melibatkan penentuan tujuan yang spesifik dari spekulasi perniagaan atau projek dan mengidentifikasi faktor internal dan external yang support dan yang tidak dalam mencapai sesuatu tujuan. S.W.O.T Analysis dapat diterapkan dengan cara menganalis dan memilih pelbagai hal yang mempengaruhi keempat2 faktornya, kemudian menerapkannya dalam gambar matrik S.W.O.T, di mana aplikasinya adalah bagaimana kekuatan (strength) mampun mengambil keuntungan (advantage) dari peluang (opportunities) yang ada, bagaimana cara mengatasi kelemahan (weaknesses) yang mencegah keuntungan (advantage) dari peluang (opportunities) yang ada, selanjutnya bagaimana kekuatan (strength) mampu menghadapai ancaman (threats) yang ada, dan terakhir adalah bagaimana cara mengatasi kelemahan (weaknesses) yang mampu membuat ancaman (threats) menjadi nyata atau menciptakan sebuah ancaman baru.

Pheww, tiba2 iolss terasa diri ini sangat lah complicated pemikiran iolss...wakakakaka... Teknik ini dibuat oleh Albert Humphrey, yang memimpin satu projek di Standford University pada sekitar 1960-an dan 1970-an dengan menggunakan data dari perusahaan2 Fortune 500. 

Source Extracted from Google
So, apa tu The S.W.O.T. Analysis of Blogging according to my thinking and my perspective...bha ha ha... again... I am so the complicated person pulak bila menaip entri yang macam ni... 

STRENGTHS
Di mana kita menilai serta menganalisa di mana sebenarnya kekuatan blog kita... Tak kira daripada gaya penyampaian kita, panjang pendeknya entri kita, bahasa yang kita gunakan, attitude kita, intipati kita ataupun idea2 kita yang dizahirkan dalam bentuk entri... Menganalisa apa yang readers suka baca, apa yang readers tak suka baca, apa yang readers suka dengan sikap kita dan apa yang readers tak suka dengan sikap kita...Mencari di mana sebenarnya kekuatan blog kita itu berdiri, adakah kerana entri2 kita solely? adakah kerana PR skills kita dengan audience kita? wakakakaka...cari2 dan gali2.... So sila identify... Hik hik hik... Iolss??? Adalah rahsia...hak hak hak... tak bolehlah bagi tau dan cerita dalam entri ni, takut2 uolss kata iolss gebang dan perasan pulak... cukuplah sekadar for me to know and for uolss to wonder... hik hik hik...yang dah tau tu, diam2 jerlah ek...tak yah cakap banyak2.... 

WEAKNESSES
Apakah kelemahan kita sebagai seorang blogger? The loophole yang ada dalam kita berblogging? Tak boleh nak konsisten? Tak ada idea? Blank sometimes? Masa yang tak mencukupi? Kesihatan yang tak mengizinkan serta faktor2 lain yang mungkin mempengaruhi... Setiap manusia tidak pernah lari dari kelemahan, tak ada manusia yang perfect segalanya...iolss pun ada kelemahan juga.... bukannya sempurna...yang sempurna hanyalah Allah SWT.... 

OPPORTUNITIES
Bagi yang serious berblogging, pastinya sentiasa mencari ruang untuk lebih berjaya dan mampu mengukuhkan lagi kedudukan blog uolss... Dari apa yang kita dapat di dalam strength and weaknesess tadi, apakah opportunities yang ada untuk kita menjadi seorang blogger yang lebih berjaya atau apakah opportunities yang ada untuk blog kita dikenali oleh para advertiser atau orang2 sekeliling dan apakah opportunities yang ada untuk kita menjadikan blogging salah satu dari sumber pendapatan atau pendapatan tambahan kita.... gunakan strength and weaknesses kita untuk mencari ruang dan peluang itu.... Strategy? Kita kena atur sendirilah... hu hu hu.... setiap orang pasti ada perancangan mereka yang tersendiri... 

THREATS
Bila kita berblog dan orang mula kenal blog kita, threats itu tetap ada... hik hik hik, bukan sekadar perniagaan ajer... blogging pun ada tau uolss... sama ada berbentuk atau bersifat peribadi ataupun sekadar general... Mungkin ada orang tak suka dengan cara penyampaian kita, mungkin ada orang tak suka dengan kita ataupun mungkin memang orang tak suka nak baca blog kita... Yang baik datangnya dari Allah, dan yang buruk itu datangnya dari kita sendiri... Adalah penting sebagai seorang blogger untuk memastikan ancaman2 yang ada buat blog mereka dan juga reputasi mereka supaya mereka boleh merangka strategi bagaimana untuk menangkis semua ancaman2 ini... Dan jangan terkejut dalam dunia blogging juga wujud sikap di mana seseorang blogger cuba menjatuhkan maruah seseorang blogger yang lain atau memalukan dan di mana seseorang blogger cuba merosakkan reputasi seseorang blogger lain...Ini lebih dikenali sebagai PHD... (perasaan hasad dengki) serta emosi tidak stabil atas rasa cemburu yang tidak terkawal juga atas dasar perasaan tidak puas hati atau tidak boleh tengok orang lain lebih dari mereka....hu hu hu...memang takut... tapi inilah kenyataannya...pernah berlaku pada blogger lain, sedang berlaku dan mungkin akan berlaku pada kita2 semua... *_^ wink wink... so adalah penting untuk kita mengenalpasti threats kita dalam blogging supaya kita boleh mengatur strategi untuk menangkis segala perkara yang negative...

Selain itu threats ini bukanlah bermaksud semata2 ancaman dari pihak luar... juga ancaman dalaman juga...ganas pulak perkataan ancaman tu....di mana kita seorang yang mungkin tahu kita tak mampu nak konsisten, tak mampu nak blogwalking, tak mampu mengolah ayat, tak mampu mengeluarkan idea yang banyak dalam sehari, tak mampu dari segi facilities itu sendiri such as internet connectivity or gadget yang sangat limited untuk kita berblogging...well, once you identified...pasti uolss akan cari solutions kann??? ataupun masa sangat2 mencemburui kita? pasangan kita tak suka kita berblogging atau asyik berblogging... all those are threats that need to be treated... Di mana ada kemahuan di situ ada highway kannn? Ahakss... Pasti boleh... 

Dari analisis yang complicated ataupun tak berapa nak complicated macam nilah kita mengenal kualiti dan apa yang membuatkan blog kita masih wujud sehingga ke saat ini...ngeee.... 

Complicated atau tidak bergantung pada seseorang individu...sebab ada orang memang malas nak fikir banyak2 buat serabut kepala jer lagi...so they just go with the flow... Tapi dalam kes iolss...maka kenali Cik Puan Bubbly yang sebenarnya uolss... I am the type yang sentiasa berfikir dan sentiasa suka beranalisis...even kat office pun iolss selalu mintak Pink Panther bagi iolss kerja2 analisis...wargh kah kah...don't know why, I enjoy doing it...ha ha ha... Kalau discussion dengan my suami pun banyak analisis2 yang weolls perbincangkan.... and that's the way we stimulate our thinking together... he he he.... *_^... Tu yang sampai kekadang boleh bawak ke gaduh tu...ahakss...tak kiralah isu semasa ke, isu peribadi ker, but it is so sweet bila kedua2 kami setuju dan sepakat tentang sesuatu isu itu...ihikss... sangat bestlah bila kedua2 bersetuju....

Mungkin ada yang bertanya kenapa iolss nak bersusah payah sangat ber-S.W.O.T.2 Analysis bagai untuk blog, lagipun it's just a blog jer...nothing more than that... well, sebab musabab tersendiri yang iolss tak boleh nak share kat sini...ahakss... poyo sangattt... tapi this is one of the way on how I monitor where Bubblynotes standing dan setakat mana or sejauh mana Bubblynotes boleh bertahan... bha ha ha... macam business pulak... Am I so the accounting or business minded? Notttt..... 

*Ini iolss punya thinking tapi uolss janganlah bersusah payah nak jadi complicated macam iolss pulak...ekekekeke... tapi kalau nak jugak apa salahnya... Complicated kan jadi Cik Puan Bubbly? La la la la... 

**Terasa jauh sangat pulak pemikiran ni.... ahaksss...

Viewing all articles
Browse latest Browse all 3928

Trending Articles