![]() |
Source Extracted from Google |
Huarghhhhh! Yawning... masih dalam mood kemengantukkan akibat tidur yang tidak berapa lena malam semalam..erkss... eh pagi tadi... Hu hu hu.... Lebih kurang dalam pukul 2.31 a.m. pagi tadi, di kala semua orang sedang lena dan asyik tidur, menikmati keindahan malam dan diselimuti selimut serta bertemankan bantal dan katil yang comfy.... Cik Puan Bubbly terjaga dari tidur setelah terdengar bunyi ketukan pintu ibarat macam nak roboh pintu tu dikerjakan oleh jiran Cik Puan Bubbly di sebelah kiri rumah.... Hu hu hu.... Mungkin isterinya dah tidur lena bersama 2 orang anak kecil mereka... Dan si suami ni bukan saja mengetuk pintu rumah macam nak pecah (itu tandanya sangat kuat....) tetapi juga membuat bunyi bising yang teramat.... Hurmmm.... Bukan kali pertama terjadi incident macam ni... tapi pernah terjadi beberapa kali dulu...
Di dalam hati, terfikir sejenak.... ermm...kenapa x bawa kunci spare? ataupun telefon isterinya? Instead of buat bunyi bising yang mendatangkan gangguan kepada jiran sekeliling? Kesian jiran2 lain di kiri kanan serta yang lain berhampiran yang mungkin sedang tidur nyenyak dan terjaga akibat bunyi bising itu.... Dan tekaan saya mungkin tepat bila saya tengok melalui tingkap...jiran depan rumah dah buka lampu dan memandang dari bilik masing2.... dan jiran di sebelah kiri beliau juga telah keluar dari rumah untuk melihat sekiranya ada apa2 yang berlaku.... Ye lah, risaulah jugak kan...kalau ada apa2 yang berlaku...
For me, it's all back to the common sense.... betul tak? Jiran tetangga adalah orang yang tinggal berdekatan dengan kita.Bukanlah nak mengadu domba pasal jiran saya ni, cuma saya rasa, perkara ni boleh diperbaiki dan dielakkan daripada berlaku lagi di masa akan datang...hu hu hu.... Dalam Islam sendiri dah dituntut supaya seseorang itu hendaklah sentiasa sabar dengan kerenah atau gangguan jiran, kerana ia termasuk dalam golongan orang berbuat baik kepadanya.
Just that, hidup bermasyarakat ni, jiran adalah orang yang terdekat dengan kita selain dari keluarga kita, dan hormat menghormati sesama jiran itu memang perlu. Sebab kita ni semua hidup dalam komuniti bukannya hidup sorang2. Bila sakit pening atau kita dalam kesusahan di rumah, siapa lagi yang paling dekat yang nak diharapkan kalau x jiran tetangga yang ada sekiranya x ada sesiapa di rumah ketika kejadian2 itu berlaku?
Macam insiden tadi ni, sekali dua mungkin la kita rasa biasa jer...Tapi bila dah kerap sangat berlaku? Selesa ke?
Apa pun dalam mengharungi serta menjalani kehidupan bermasyarakat, jiran adalah orang yang terdekat dengan kita dan menjaga adab berjiran adalah satu kemestian dan amat2 dituntut di dalam Islam.
*Hopefully next time, si suami tu bawalah kunci spare or duplicate. Kalau si isteri dah tidur mati pun, still boleh masuk jugak or else, no choice dari mengganggu jiran... kalau saya, I'd rather sleep in the car... Hu hu hu....