Quantcast
Channel: Bubblynotes.Com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 3928

Kriteria2 Dalam Memilih Pengasuh Anak???

$
0
0
Source Extracted from Google
Jadi parents yang berkerjaya dan berkarier dalam zaman sekarang ni memang challenging kann uolss??? Salah satu halnya adalah dalam memilih pengasuh untuk anak2... Huwaaaa, bila fikir2 balik, banyak kes yang terjadi sekarang ni, cam yang iolss selalu bebel, kes baby kena lambunglah... kes anak2 kena kelar tangan lah... Huwaaa, sedih tau uolss... and I know uolss pun sedih juga, gerammm jer hati bila memikiorkan betul tak??? 

Ni semua merisaukan hati parents yang berkerjaya dan berkarier ni...tak tinggalkan anak dengan orang apa pulak nak jadi ye tak??? Lainlah kalau tempat kerja tu ada disediakan day-care giteww... Memang rasa tenanglah kannn??? Kejap2 boleh tengok anak...contohnya lunch hour ker, kalau jadi apa2 pun zasss jer dah sampe... 

Biasanya tugas nak cari dan pilih pengasuh anak terletak di tangan mummy lah kannn??? Untuk mummy yang sibuk bekerja tentu sahaja mesti memikirkan pengasuh anak setelah melahirkan baby. Tugas ni bukanlah satu tugas yang mudah sebab nak mencari orang terbaik untuk menjaga dan mengasuh anak kita perlukan penelitian.

Sebagai mummy, pastinya kita nak yang terbaik untuk si kecil yang comel yang disayangi tu. Mencari orang yang boleh dipercayai dan menyayangi anak kita seperti anak sendiri adalah satu tugas yang berat yang perlu digalas oleh seorang mummy.

Macam iols bebel kat atas tadi, apatah lagi sekarang ni banyak tersiar berita mengenai pengasuh yang mencederakan baby jagaannya bahkan sehingga membawa kematian. For sure mummy orang yang paling bimbang dengan situasi tersebut. Tapii...life goes on... tanggungjawab sebagai pekerja mesti dilaksanakan dan dalam masa yang sama memastikan anak yang ditinggalkan di bawah pengasuh selamat dan selesa.

Bagaimanapun sikap tidak percaya kepada orang lain tetap ada dalam diri kita yang bergelar mummy and I agreed 120% to this statement. Itu memang lumrah. Sukar mempercayai buah hati uols berada di bawah jagaan orang yang tidak dikenali akan membuatkan kita menjadi cerewet. Jadi sebelum memilih pengasuh lebih baik kita ambik tahu apa ciri-ciri yang mesti diberi perhatian.

Memeriksa Latar Belakang
Sebelum memilih pengasuh pastikan uolss dah buat penyelidikan tentang individu/taska tersebut. Tanyalah dengan saudara mara atau rakan-rakan yang mengetahui tentang orang atau tempat itu. Dengan cara ini, uolss boleh mengetahui pengalaman mereka. Uolss perlu memikirkan keselesaan anak dan diri sendiri dengan pengasuh tersebut.

Saranan Daripada Orang Yang Dipercayai
Lebih baik jika pengasuh atau taska pilihan uolss disarankan oleh mereka yang rapat dengan uolss. Sekurang-kuranganya pendapat dan saranan mereka boleh dipercayai. Oleh itu disarankan memilih pengasuh yang pernah juga digunakan oleh mereka.

Kualiti vs Harga
Tak salah memilih pengasuh yang menawarkan harga mahal asalkan dia memberikan khidmat jagaan yang sangat berkualiti. Paling penting, uolss boleh percaya dengannya dan senang hati sepanjang meninggalkan anak di bawah jagaan mereka.

Kebersihan
Faktor yang satu ini juga perlu diberi perhatian. Seeloknya buat tinjauan mengejut sebelum memutuskan untuk pemilihan pengasuh. Secara tidak langsung ia dapat memberi gambaran tahap kebersihan mereka.

KREDIT: SINI

Tapi jadi mummy2 ni mana boleh nak senang duduk kan even hantar pada trusted person dan dipercayai selamat... Anak kan??? Ibu mana yang tak bersifat terlalu melindungi dan menyayangi... Cumanya, dah dikatakan ada tanggungjawab lain yang perlu dipenuhi dan dilaksanakan, karang kang kalau tak bekerja nak jadi apa??? Soru entah ke mana, anak entah ke mana...nak tak nak kita kenalah tawakal dan berdoa seadanya supaya anak2 kita sentiasa dilindungi oleh Allah SWT dan berada di dalam keadaan yang baik2 ajer... 

*Ada lagi satu tips, once a while uolss buatlah spot check pada pengasuh...hik hik hik... jangan inform yang uolss nak balik awal ke or ambik cuti ker...hantar anak macam biasa dan zasss spot check waktu yang dia tak jangka... masa tu mungkin kita dapat identify cara mereka mengasuh anak kita, ok ke tak ok ke? dibiarkan anak kita menangis kelaparan ke? Cara ni just my suggestion jer... and might be some of uolss pun pernah buat... Bukanlah kata tak percaya bila kita dah hantar ye tak??? Tapi masih perlu dipantau juga...manalah tau, kadang2 manusia ni manis di depan dan di belakang lain...memang kita perlu bersangka baik sesama manusia, tapi keselamatan dan keselesaan anak kita juga penting...It may be sounded selfish tapi ada kepentingannya di situ sebenarnya...

Viewing all articles
Browse latest Browse all 3928