Quantcast
Channel: Bubblynotes.Com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 3928

Hilangkan Cakap Pelat???

$
0
0
Source Extracted from Google
Budak2 kecik kalau bercakap lepas tu keletah lepas tu pelat...memang comel dan sweet jer kannn??? Ihikss...suka melayan budak2 macam ni... (tengah tunggu tiba masa Ash bercakap...ekekekeke...nak tengok gaya pelat dia macam mana...)... *_^... Tapi kalau terlalu lama pelat sampai dah besar dah nak sekolah pun pelat, merisaukan juga parents yer tak??? Susah ke nak hilangkan pelat??? 

Dari pembacaan saya di SINI

Frenulum Lingaue - istilah gangguan untuk melafazkan sesuatu huruf atau lebih dikenali dengan 'pelat'. Kebiasaannya pelat pada huruf R, S, F, D.

Pelat bukan akibat lidah pendek. Pelat biasanya berlaku pada kanak2 seawal usia setahun. Di usia ini, kanak2 mula belajar mengenali huruf dan membunyikan huruf. 

Dikatakan ada beberapa cara nak hilangkan pelat ni. Antaranya:
  1.  Jangan ajar anak cakap pelat walaupun anak masih bayi lagi. Ibu bapa yang suka bercakap pelat dengan anak2 kecil berisiko tinggi menyebabkan anak mereka bercakap pelat.
  2. Selalu latih anak menyebut huruf R, S, F, D setiap hari. In Shaa Allah, pelat anak akan berkurangan kerana lidah bergetar dengan betul.
  3. Bercakaplah dengan anak secara perlahan2 agar mereka mudah menangkap bunyi yang hendak ditiru dan perbetulkan sebutan anak jika ada kesilapan. 
  4. Geselkan cincin emas atau perak ke lelangit dan lidah anak semasa mereka tidur sambil berselawat Nabi. Kata penulis artikel ni, beliau pernah mencuba dan Alhamdulillah ada nampak kesannya tetapi kena buat setiap hari. 
Yang penting, parents tak payah risau... PELAT bukanlah cacat. Ia sesuatu yang normal dan comel especially pada kanak2...Kalau orang dewasa yang pelat dibuat2 tu, tu namanya mengedik atau mengada2...muahahahahaha...  atau saja2 berseloroh... *_^

Viewing all articles
Browse latest Browse all 3928

Trending Articles