![]() |
Source Extracted from Google |
Sunnah Rasulullah SAW, Rasulullah SAW sentiasa mengacau sesuatu makanan atau air dengan arah lawan jam. Apa hikmah di sebalik perbuatan itu???
Seorang pakar masakan telah menyebut bahawa makanan & minuman yang digaul (dikacau) mengikut arah lawan jam lebih cepat sebati dan lebih berperisa.
Setiap warna di dalam DNA sentiasa bergetar mengikut hukum ke kanan, iaitu lawan arah jam. Semua darah manusia yang melalui jantung bergerak ke arah kanan bagi pengaliran darah ke otak dan ke tangan. Yang istimewanya, semenjak dari kandungan ibu lagi, kitaran darah kita memang ke arah kanan (lawan arah jam).
Selain itu, terdapat elektron iaitu satu2nya objek yang bergerak di dalam atom. Ia mengandungi cas negatif dan berputar mengelilingi nukleus di kedudukan arah lawan jam. Begitu juga molekul dan zarah dalam apa jasad pun, sentiasa bergetar ke arah kanan (lawan arah jam).
Bumi dan bulan berputar pada paksinya mengikut arah lawan jam, begitu juga bulan yang beredar mengelilingi bumi serta bumi beredar mengelilingi matahari.
Galaksi2 dan planet2 di angkasa yang mengelilingi matahari bergerak dengan arah lawan jam termasuk matahari yang berputar pada paksinya.
Tawaf di Kaabah dilakukan pada arah lawan jam. Peredaran darah atau apa saja di dalam tubuh manusia mengikut arah lawan jam. Justeru dengan mengelilingi Kaabah mengikut arah lawan jam, bermakna peredaran darah di dalam badan meningkat dan menambahkan tenaga. Pergerakan tawaf atau pusingan arah lawan jam juga dapat mengimbangi sistem otak dan tulang belakang.
Hukum lawan arah jam (ke kanan) menyeimbangkan alam.
Daripada Aisyah berkata, "Rasulullah SAW lebih suka mendahulukan yang kanan dalam segala hal (perbuatan) seperti memakai terompah, bersikat, berwudhu' dan mandi" - (Hadis Riwayat Muslim)