Quantcast
Channel: Bubblynotes.Com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 3928

Jenis2 Sakit Meroyan

$
0
0
Source Extracted from Google
Semua orang tau kannn pasal sakit meroyan??? Ke ada yang tak tau ni??? Selalunya saya dengar jer orang sebut word meroyan ni dan sedari kecik sampai sekarang cam terbayang kat fikiran macam gambar kat atas nilah orang gambarkan tentang sakit meroyan ni. Muahahaha... meroyan dalam terms kita2 dalam percakapan seharian, bermaksud naik hangin atau marah sangat2...

Jadi buat tambah2 pengetahuan diri sendiri dan juga berkongsi dengan uolss, inilah hasil research tak seberapa saya dari SINI.

Mengikut ilmu perbidanan Melayu, penyakit meroyan atau merian hendaklah diberi perhatian kerana penyakit ini akan berlarutan seumur hidup, sekiranya dibiarkan tanpa rawatan. Salah satu punca penyakit meroyan ni ialah darah bantal yang tidak keluar dengan sempurna atau teratur, yang seterusnya akan terjadi darah beracun. Darah beracun ni akan menguasai urat saraf dan mengganggu keseimbangan hormon wanita.

GILA MEROYAN
Sekiranya darah bantal tidak keluar dengan sempurna, bahagian sulit akan berbau busuk. Bau itu tidak dapat diatasi walaupun dicuci dengan apa cara sekalipun. Ini kerana darah busuk yang berbau seperti bangkai masih tertinggal dan melekat atau tersangkut seperti ketulan kecil atau besar di dalam lapisan tisu rahim (endometrium).

Keadaan tersebut mungkin menjadi punca pengeluaran haid yang tidak teratur atau tidak lawas. Bahkan, sekiranya berlarutan sepanjang tempoh pantang bersalin, darah busuk itu akan menjadi punca sakit kepala, kemurungan dan seterusnya membawa kepada sakit angin meroyan, angin kotor dari rahim atau disebut juga sebagai mother's blues. Terdapat beberapa jenis penyakit meroyan yang dikenalpasti oleh pakar perubatan tradisional Melayu. 

MEROYAN API... (Dah macam Street Fighter pulak dah)
Dinamakan meroyan api kerana semasa dalam pantang, ibu akan menjadi bengis, garang, cepat marah sehingga boleh sampai ke tahap menjerit2 dan lupa. Kemarahan adalah melampau, adakalanya menyebabkan ibu tersebut menghempas atau membaling anak kecilnya (yang selalu menangis) - kesian baby yang tak berdosa dan tak bersalah tu jadi mangsa... takuttttnyaaaa...

MEROYAN KENTUNG (KERTUNG) 
Ibu akan menjadi murung, hiba, sayu, mudah menangis, perasa dan adakalanya kelihatan seperti bodoh sehingga apabila berlarutan tidak dapat membezakan antara anak dengan bantal. 

MEROYAN URAT
Ibu mengalami ketegangan urat saraf sehingga sentiasa mengeraskan diri seperti mengalami kekejangan otot atau disebut oleh masyarakat di utara Semenanjung sebagai "kediang badan".

MEROYAN LENDIR
Ibu sentiasa kelihatan pucat, lesu, mata pudar dan keguguran rambut serta badan menjadi susut.

MEROYAN TINGGAL
Ibu sentiasa berleter, bercakap seorang diri dan mengambil peluang untuk lari dari rumah. Ibu yang mengalami masalah ini mungkin tidak mahukan bayinya sendiri. Dia sering tertawa, mengilai seperti dirasuk atau dalam kes yang teruk tidak mengenali suaminya sendiri.

MEROYAN BULU
Ibu sentiasa berasa seram sejuk, bulu roma sentiasa berdiri tegak dan adakalanya menggeletar kesejukan sehingga menyebabkan kancing gigi. Adakalanya, mereka akan kelihatan seperti terkena sampuk.

MEROYAN KULIT
Ibu berasa gatal serta miang seluruh badan dan tergaru2 seperti kelakuan kera. Akibat sering menggaru itu, seluruh badan seperti sedang mengalami penyakit kulit.

KAEDAH RAWATAN PENYAKIT MEROYAN
Para ibu disyorkan mengamalkan perubatan herba dan rempah ratu khusus bagi rawatan semasa dalam pantang. Satu kajian yang dijalankan mendapati kandungan cekur dalam ubat herba bersalin mempunyai potensi untuk menghindari penyakit murung. Manakala satu kajian lagi tentang kunyit, mendapati herba tersebut mempunyai ciri antioksidan dan antibengkak. Secara tradisional halia, serai, jerangau dan rempah ratu diyakini mampu mengeluarkan sisa racun akibat pemakanan agar darah kembali bersih. Sesungguhnya gabungan bahan2 tersebut dapat membantu ibu-ibu mengelak daripada dihinggapi penyakit meroyan. Selain itu, ramuan ini dapat membantu membersihkan rahim daripada pengumpulan angin, lendir dan darah beracun daripada darah bantal yang tertinggal sekali gus dapat mempercepatkan pengecutan rahim, mengimbangi hormon, melegakan sakit urat saraf dan membantu melangsingkan badan.
Oooo...begitu, baru lah saya tau yang meroyan nih pun banyak jenis jugak... Selama kini, honestly memang x pernah nak tau kot... ^_^. Tapi penting juga nak ambil tahu ni sebagai knowledge... dan kenal dengan apa itu meroyan yang sebenar... Dok suka2 sebut jer... gunakan jer... once a while kita ke akar umbi sesuatu ayat tulah, baru dapat pemahaman yang sebenar...

So, kalau bising tak tentu hala sana sini, hangin sana sini, amuk sana sini, moody sana sini, sedih sana sini tu, bukanlah meroyan yang berdasarkan dari penyakit yer...ekekekeke...itu meroyan alternative namanya... *_^ lebih kepada penyakit hati tu.... hu hu hu...  Kalau meroyan suka2 sekadar bergurau itu lain ceritanya pulak... 

Viewing all articles
Browse latest Browse all 3928