Quantcast
Viewing all articles
Browse latest Browse all 3928

Tanda2 Demam Denggi???

Image may be NSFW.
Clik here to view.
Source Extracted from Google
Dengan faktor cuaca, faktor jerebu, faktor catuan air, macam2 penyakit timbul sekarang ni...batuklah, selesemalah, demamlah... Pendek kata, memang senanglah nak muncul penyakit time2 macam ni... Hurmm... ini pun terlintas nak kongsi info dan publish entri disebabkan my suami.... He's not feeling well since last Saturday actually... demam and pattern demam dia memang on off on off... batuk..ok fine ini jangkit dari iolss.... but then semalam is the worst day for him, tak pernah tengok dia sampai macam tu sekali... 

Conversation suami dan isteri semalam sambil iolss rasa tahap kepanasan badan my suami... 

Myself: You think something wrong with you??? (skeaping ajer...wakakaka...memang kitaorang macam ni)...
Suami: Yeah, I think something wrong with me.
Myself: Let's go to the klinik. Anje hantar abang.
Suami: Anje nak hantar abang gi hospital ke??? Abang nak ambik referral letter from clinic first... Then only nak pergi... Nak pergi PPUM takut penuh and nak pergi Hospital Serdang...ermm, tengok macam mana dulu... 
Myself: Ok then, kita pergi klinik dulu and ambik referral letter. 

Tak pernah kot sepanjang kenal, bercinta dan kahwin tengok my suami macam nak tumbang bila berdiri kalau demam... But this time it's worst... Kitaorang risau kalau denggi... So, poyo2 isteri yang ni sibuk dok cari information just nak pastikan whether ada tanda2 tu atau tidak...

PENGENALAN
Demam denggi adalah sejenis penyakit jangkitan virus yang merebak melalui gigitan nyamuk Aedes aegypti yang telah dijangkiti.Terdapat empat (4) jenis virus yang boleh menyebabkan demam denggi (DEN 1, DEN 2, DEN 3 dan DEN 4).

Jangkitan oleh salah satu jenis virus akan memberikan imuniti terhadap virus jenis itu sahaja, jika individu tinggal di kawasan jangkitan denggi, mereka boleh di jangkiti lebih dari sekali seumur hidupnya.Lebih 100 negara di Asia Selatan, Asia Tenggara, Afrika, Amerika Timur Mediterranean dan Pasifik Barat mengalami masalah denggi.

TANDA DAN GEJALA
  • Kebiasaannya demam akan terjadi pada hari ke tiga (3) hingga ke empat belas (14) selepas digigit oleh nyamuk yang dijangkiti, kebiasaannya di antara 4 hingga 7 hari.
  • Selalunya ia akan bermula dengan demam kuat yang mengejut, sakit kepala yang teruk/kuat, sakit pada bahagian belakang mata serta otot-otot dan sendi-sendi. Ruam merah di kulit juga boleh terjadi.
  • Demam ini boleh mencapai suhu 40 - 41 C, dan selalunya akan berlarutan selama 2 hingga 7 hari. Ia juga boleh menyebabkan serangan sawan dikalangan kanak-kanak di bawah umur 6 tahun.Sakit teruk pada tulang-tulang, otot-otot dan sendi-sendi. Demam denggi ini juga dikenali sebagai "breakbone fever".
  • Ruam selalunya akan tumbuh pada hari ke 3 dan 4 selepas bermulanya demam.
  • Muntah dan kurang selera makan.
PEMASTIAN DIAGNOSA PENYAKIT
Antibodi akan dikesan di dalam darah (Dengue IgM) (Antibodi yang dihasilkan oleh sistem pertahanan badan untuk melawan jangkitan).Ujian PCR (kaedah mengesan genetik virus) boleh mengesan virus denggi di dalam darah dan nyamuk boleh didapati di sesetengah makmal.
NSI antigen: Satu lagi test yang mengesan virus ini pada peringkat awal/demam.

RAWATAN
  • Segera berjumpa dengan doktor kerana tiada ubat yang khusus untuk merawat demam denggi.
  • Rehat dan banyakkan minum air masak. Ubat paracetamol boleh diambil untuk menurunkan demam dan mengurangkan kesakitan.
  • Elakkan ubat aspirin bagi kanak-kanak di bawah umur 12 tahun.
  • Mandi jerlum.
  • Antibiotik tidak diperlukan.
DEMAM DENGGI BERDARAH 
Merupakan demam denggi yang teruk disebabkan oleh jangkitan virus denggi.Kebiasaan tanda sakit adalah sama dengan demam denggi. Pesakit akan menjadi teruk disebabkan oleh radangan di salur darah. Tanda-tanda yang biasa termasuklah muntah, pitam dan sakit di bahagian abdomen.
Salur darah di dalam badan boleh mengalami kebocoran dan menyebabkan isi padu darah berkurangan. Ini boleh menyebabkan pesakit mengalami renjatan (shock) dan akhirnya boleh menyebabkan kematian.
 
Tiada ubat-ubatan yang khusus untuk merawat demam denggi. Pesakit perlu dimasukkan ke wad bagi rawatan demam denggi berdarah. Rawatan awal boleh mengelakkan kematian dengan kadar kurang daripada 1%. Pesakit akan diberikan rehidrasi untuk memastikan beliau tidak mengalami renjatan.
Walaupun nama penyakit ini demam denggi berdarah, masalah yang membawa kemudaratan adalah masalah kebocoran salur darah yang menyebabkan renjatan dan bukan pendarahan yang menjadi masalah utama.

FAKTOR PENYUMBANG
Intravena:
  • Pembangunan yang pesat di bandar-bandar terutama di Negara Tropika menyebabkan kepadatan penduduk tinggi dan tapak binaan yang banyak.
  • Peningkatan penggunaan bahan plastik dan pembuangan tayar lama boleh menyebabkan pembiakan nyamuk yang baru.
  • Pergerakan manusia dari satu tempat ke tempat yang lain menyebabkan penularan berlaku dengan cepat.
PENCEGAHAN
Pada masa sekarang tiada vaksin untuk mengubati demam denggi. Walau bagaimanapun usaha-usaha sedang dijalankan untuk menghasilkan vaksin tersebut.

Elakkan gigitan nyamuk dengan:
  • Gunakan ubat nyamuk.
  • Gunakan kelambu semasa tidur. Gunakan 'repellent' jika perlu.
  • Elakkan aktiviti semasa nyamuk aktif menggigit (5.30 pagi-8.00 pagi dan 5.30 petang-8.00 malam).
  • Pakai pakaian berlengan panjang dan seluar panjang apabila keluar daripada rumah.
  • Pasang jaring halus (mosquito mesh) di tingkap dan pintu.
Menghapuskan tempat-tempat pembiakan nyamuk:
  • Menghapuskan tempat pembiakan nyamuk di sekeliling rumah. Musnahkan semua bekas yang boleh menakung air hujan atau lebihan air, terutamanya di besen, tayar lama, bekas bunga, bekas plastik dan tong. Jika tidak boleh dimusnahkan, letakkan bahan pembunuh jentik-jentik di bekas tersebut.
  • Kerap tukar air di bekas minuman haiwan peliharaan.
Jika anak uolss disyaki mengalami sakit denggi dan dipantau sebagai pesakit luar (tidak dimasukkan ke wad), bawa anak uols segera ke hospital/klinik jika:
  • Muntah berlarutan/berpanjangan.
  • Sakit perut.
  • Kurang bermaya/sawan.
  • Sesak nafas.
  • Pucat/sejuk pada tangan dan kaki.
  • Pendarahan: daripada gusi/hidung, muntah darah, najis berdarah dan tanda-tanda merah pada kulit.
SUMBER: SINI

Iolss biasalah, suami memang dah faham sangat2 dah dari dulu sampai sekarang... kalau iolss risau ke, sedih ke, marah ke... jawapannya behaviour iolss tetap satu...nangis...huwaaaa.... Now, suami dah buat blood test dan tunggu result blood test. Once dapat result, suami akan call untuk inform. Tu pun berkali2 pesan. Naluri hati macam 50-50...tapi more to rasanya tak ada... Moga2 tak terkena denggi or any chronic or serious disease-lah... Siapa tak sayang suami oiiii... *_^... Dalam sakit2 pun sempat pujuk lagi tu... ahaksss... bila suami tak sihat sama juga seperti anak tak sihat... kita pun jadi tak sihat...wakakaka...sebabnya dok memikirkan keadaan mereka... hopefully tak ada apa2lah tu... Dengar suara di phone seems a little bit better... hurmmm... iolss memang cam tu... weollss memang cam tu, main teka2 emotion and condition masing2 through voice tone... And if something wrong we could detect... *_^... Tapi my suami ni kekadang naughty jugak, suka menyakat... dia pandai jer berlakon voice tone dia tu kekadang...but too badddd... he can't hide... 

Uolss, musim2 macam ni jaga kesihatan tau... jangan abaikan kesihatan diri dan juga family serta anak2...macam macam penyakit timbul sekarang ni... It's better to be safe than to be sorry!!! Mencegah lebih baik dari merawat...
Image may be NSFW.
Clik here to view.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 3928