![]() |
Source Extracted from Google |
Kat rumah dah ada sebijik dah termometer ni... Senang nak pantau suhu badan Ash katanya... ^_^.. Sebagai parents memang susahlah untuk tidak risau bila baby demam. Demam adalah sebahagian daripada kaedah semulajadi badan baby melawan jangkitan.
Walau bagaimanapun, demam mungkin jadi lebih serius jika baby uolss berusia di bawah 6 bulan. Agak jarang bagi baby seawal usia ini untuk mengalami suhu badan yang tinggi, jadi ini mungkin tanda bahawa ada sesuatu yang tidak kena. Hubungi doktor uolss segera sekiranya baby uols:
- berusia di bawah 3 bulan dan suhu badannya 38 darjah C atau lebih;
- berusia di bawah 6 bulan dan suhu badannya 39 darjah C atau lebih.
Jika baby uolss berusia 6 bulan atau lebih, ketinggian suhu badan atau berapa lama demamnya berlangsung tidak selalunya menggambarkan keadaannya yang sebenar. Gerak hati uols biasanya sama tepat dengan termometer dalam menilai situasi anak uolss. Namun, menggunakan termometer dapat membantu mengenal pasti apa yang normal bagi baby uolss.
MENGAPAKAH BABY SAYA SELALU DEMAM???
Baby uols demam kerana badannya sedang melawan jangkitan. Kadang-kala tidak jelas mengapa dia demam, tetapi beberapa sebab yang biasa termasuk:
- selesema
- flu
- krup
- sakit tekak
- jangkitan telinga
- jangkitan salur kencing
- masalah pernafasan seperti pneumonia dan bronkiolitis
- virus yang mengakibatkan ruam seperti roseola, cacar air dan penyakit tangan, kaki dan mulut
BAGAIMANA WEOLSS BOLEH MENGESAN DEMAM???
Ibu bapa selalunya boleh tahu jika anak mereka demam dengan menyentuh atau mencium dahinya (kajian menunjukkan method ini tepat sebanyak 75 %).
Gunakan termometer untuk mendapatkan bacaan yang lebih tepat. Jangan gunakan termometer oral (mulut) sehingga anak uolss berusia 3 tahun. Jika baby uols masih terlalu kecil untuk uols menggunakan termometer oral, bacaan suhu boleh diambil dari ketiaknya jika dia demam. Pegang hujung bebuli termometer di ketiak baby dengan sikunya rapat ke sisi selama lebih kurang lima minit (termometer digital terbaru akan berbunyi bip apabila suhu telah diambil). Bacaan ketiak akan memberikan bacaan satu atau dua darjah lebih rendah daripada bacaan internal, jadi tingkatkan bacaan yang diambil.
Termometer telinga adalah cepat dan tepat untuk mengambil suhu anak uols tetapi harganya mahal dan memerlukan tangan yang stabil untuk mendapatkan bacaan tepat.
Uols juga boleh menggunakan jalur demam yang uols letakkan pada dahi anak uols dan walaupun bacaannya kurang tepat, ia mudah digunakan ke atas baby yang sedang beronta-ronta.
Gunakan termometer untuk mendapatkan bacaan yang lebih tepat. Jangan gunakan termometer oral (mulut) sehingga anak uolss berusia 3 tahun. Jika baby uols masih terlalu kecil untuk uols menggunakan termometer oral, bacaan suhu boleh diambil dari ketiaknya jika dia demam. Pegang hujung bebuli termometer di ketiak baby dengan sikunya rapat ke sisi selama lebih kurang lima minit (termometer digital terbaru akan berbunyi bip apabila suhu telah diambil). Bacaan ketiak akan memberikan bacaan satu atau dua darjah lebih rendah daripada bacaan internal, jadi tingkatkan bacaan yang diambil.
Termometer telinga adalah cepat dan tepat untuk mengambil suhu anak uols tetapi harganya mahal dan memerlukan tangan yang stabil untuk mendapatkan bacaan tepat.
Uols juga boleh menggunakan jalur demam yang uols letakkan pada dahi anak uols dan walaupun bacaannya kurang tepat, ia mudah digunakan ke atas baby yang sedang beronta-ronta.
APA YANG BOLEH WEOLLS LAKUKAN UNTUK MERAWAT DEMAM BABY WEOLLS???
Uols tidak perlu merawat demam kecuali anak uols berasa tidak selesa atau jika dia pernah mengalami kekejangan febril. Berikut adalah langkah-langkah menenangkan-demam:
- Jika anak uols demam dan berusia lebih daripada 8 minggu, uols boleh berikannya Panadol yang khasnya untuk bayi dan kanak-kanak, untuk menurunkan suhunya. Ikuti arahan dos pengambilan dengan berhati-hati. Dos yang tepat bagi ibuprofen (Nurofen) juga boleh diberikan. Parasetamol dan ibuprofen tidak disarankan kepada bayi di bawah usia 2 bulan dan jangan berikan aspirin kepada bayi atau anak uols yang berusia di bawah 16 tahun, yang dikaitkan dengan Sindrom Reye's , penyakit yang sebenarnya jarang berlaku tetapi boleh membawa kematian.
- Pakaikan baby uols baju kain kapas yang nipis (jangan balut baby uols untuk mengurangkan demam).
- Pastikan biliknya sejuk. Jika perlu, letakkan kipas berhampiran baby cot dan gunakan sehelai cadar atau selimut nipis untuk menyelimutkannya.
- Berikan banyak cecair. Baby kecik memerlukan lebih banyak air daripada biasa, iaitu -- susu badan atau susu formula. Jika uols sudah memberikan minuman lain kepada baby uols, berikan lollipop ais, sup jernih atau jus buah2an yang dicairkan.
- Cuba mandian berspan. Letakkan baby uols dalam tub mandi yang cetek dengan air yang suam dan gosokkan badannya, satu bahagian pada satu masa, dengan kain flanel atau span yang diperah sedikit. Jangan keringkan badan baby uols; biarkan air tersejat sendiri. Ini mungkin membuatnya lebih selesa.
BAGAIMANA WEOLLSS BOLEH TAHU DEMAM BABY WEOLLS SERIUS???
Kelakuan baby uols lebih penting daripada suhu badannya. Jika dia mempunyai demam pada 38.9 darjah C, menyusu dengan baik, bertindak balas dan mudah ditenangkan, uols tidak perlu risau, tetapi jika suhu dia ialah 38.2 darjah C, asyik menangis , lemah dan tidak aktif, uolss perlu risau.
Hubungi pakar pediatrik uols jika:
Hubungi pakar pediatrik uols jika:
- baby uols berkelakuan aneh;
- tiba-tiba dia menangis lebih daripada biasa dan uolss tidak boleh menenangkannya seperti biasa;
- dia amat letih dan tidak menyusu.
Anda perlu lebih berhati-hati dengan baby yang lebih kecil terutamanya baby yang di bawah 3 bulan dan doktor akan membuat pemeriksaan yang lebih lanjut pada baby2 ini.
Baby selalunya akan mudah sakit tetapi mereka juga mudah sembuh. Walau bagaimanapun, uols perlu hubungi doktor uols jika baby uols demam selama lebih daripada 3 hari.
Baby selalunya akan mudah sakit tetapi mereka juga mudah sembuh. Walau bagaimanapun, uols perlu hubungi doktor uols jika baby uols demam selama lebih daripada 3 hari.
APA MAKSUD KEKEJANGAN FEBRIL???
Jika suhu anak uols meningkat secara tiba-tiba, menyebabkannya menjadi pucat, kejang, bergerak menggerenyet tidak terkawal dan mungkin tidak sedarkan diri, dia sedang mengalami serangan yang disebabkan oleh demam, yang dikenali sebagai kekejangan febril.
Ini amat menakutkan apabila dilihat tetapi ia jarang membahayakan bayi. Walaupun ia kelihatan berpanjangan, serangan ini selalunya berterusan hanya selama 20 saat dan jarang berlaku lebih dari dua minit. Jika serangan berlaku lebih dari empat minit, bawakan anak uols ke Jabatan Kemalangan dan Kecemasan dengan segera.
Semasa anak uolss mengalami serangan, jangan kekang baby uols dengan apa-apa cara sekali pun. Longgarkan mana-mana pakaian yang ketat dan keluarkan sebarang benda dari mulutnya seperti puting atau makanan. Baby uols tidak akan menelan lidahnya.
Hubungi doktor uols apabila serangan sudah reda
SUMBER: SINI
I've experience one bad experience in my life before and I saw it with my own eyes...dan sesungguhnya amat2 risau kalau Ash demam...tapi experience ni bukan Ash... arwah anak buah iolss dulu... paling takut kalau baby demam... takut kalau kekejangan... Sebab tu, kitakan sebagai parents ni kalau anak demam, better salah sorang either mummy or daddy yang ambil cuti untuk pantau dari biarkan di nursery ataupun pada pengasuh... Demam bukan boleh diambil remeh dan bukan boleh dianggap tak ada apa2... Macam2 boleh terjadi kannn??? Contohnya...ni nak hantar Ash gi cucuk ni, siap mummy dah apply cuti sehari selepas cucuk dah... risau kalau2 Ash demam...So far, Alhamdulillah, Ash kalau demam sekejap jer... semoga Ash berada di bawah lindungan Allah SWT selalu...In Shaa Allah Ash, mummy selalu doakan sebab mummy sayang sangat dengan Ash... Satu dan tiada duanya anak mummy... Hu hu hu.. (tiba2 syahdu plak)...