![]() |
Source Extracted from Google |
Selamat berpuasa yang pertama today peeps! Pagi tadi sahur apa uols? Cik Puan Bubbly bersahur dengan juadah yang sesimple boleh... Sahur2 ni x lalu nak makan banyak2 sangat.... Makanya, pagi tadi bersahur dengan lasagna, fresh orange dan air suam sahaja.... Hu hu hu, nak makan nasi memang x boleh lah kan? Allergic lagi... Haih.... entah bilalah allergic nasi ni nak hilang...wakakakakakaka...rindu nak makan nasi wo.... tapi apakan daya, perut tak boleh nak menerima dan proses....
Bulan2 puasa ni, memang sinonim jugak dengan kata asas "bazir"...
Ibnu al-Qayum al-Jauziah mengatakan terdapat 9 bentuk pembaziran yang sering dilakukan manusia, antaranya:
1. Pembaziran Ilmu Pengetahuan
Iaitu membazir jika tidak diamalkan pada jalan kebaikan.
2. Pembaziran Amalan
Iaitu membazir jika tidak dilakukan dengan hati yang ikhlas.
3. Pembaziran Kekayaan
Iaitu membazir jika dibelanjakan pada perkara yang tidak bermanfaat dan tidak diredhai Allah SWT.
4. Pembaziran Hati
Iaitu membazir jika kosong daripada kasih kepada Allah SWT.
5. Pembaziran Tubuh Badan
Iaitu membazir jika tidak digunakan untuk beribadah kepada Allah SWT.
6. Pembaziran Cinta
Iaitu membazir jika dicurahkan kepada selain Allah SWT atau melebihi cinta kepadaNya.
7. Pembaziran Masa
Iaitu membazir jika tidak diuruskan dengan sebaiknya.
8. Pembaziran Akal
Iaitu membazir jika tidak memikirkan sesuatu yang bermakna kepada agama.
9. Pembaziran Zikir
Iaitu membazir jika tidak memberi kesan kepada hati.
Dalam sedar x sedar, mungkin kita semua ni terlibat sama dalam pembaziran2 yang dinyatakan di atas kan? Jom kita sama2 muhasabah diri...
Firman Allah SWT maksudnya: "Sesungguhnya orang2 yang membazir itu adalah saudara2 syaitan, sedangkan syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya".
*Lagi satu uols, jangan gi bazar Ramadhan cam nak borong jer satu bazar Ramadhan tu... nanti x habis makan membazir jer.... ekekekeke...sayang makanan tu dan sayang duit yang telah dibelanjakan untuk beli makanan tu...bukan murah pulak tu.... hu hu hu... takut2 lastnya ke tong sampah.... Masak pun sama, kalau masak juadah berbuka puasa tu, x payahlah sampai tak cukup2 meja....jangan ikut nafsu sangat... nanti x habis makan pun membazir namanya... *_^.... Memanglah Ramadhan setahun sekali...tapi janganlah amalkan pembaziran ek? Sikit2 sudah....
Reference and Source: HERE