Quantcast
Channel: Bubblynotes.Com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 3928

Kenapa Make-Up Remover Penting???

$
0
0
Source Extracted from Google
This is a must have!!! bagi setiap perempuan yang bersolek...dan ini adalah sahabat baik saya... he he he... kalau tak ada, memang rasa macam tak complete jer pembersihan solekan tu... Dah pakai make-up kenalah bersihkan... takkan nak biarkan make-up tu kat muka jer bertempek or takkan nak tidur dengan make-up...retiss pun tak tidur dengan make-up ok, kecuali dalam filem or drama...muahahaha.... 

Satu perkara yang paling penting untuk kita sebagai perempuan yang bersolek lakukan pada setiap malam sebelum kita tidur adalah bersihkan solekan. Harus ok??? Penat tak penat, tetap kena bersihkan... Ini semua adalah demi menyelamatkan kulit. Kalau weolss biarkan make-up tu melekat kat muka, ia akan menutup liang2 dan jelas merosakkan kulit. Bukan susah pun, rutin yang sangat mudah. Guna make-up remover dan kemudian cuci dengan pencuci muka... lepas tu pakailah toner ker sat ni ke apa ke... ikut rutin penjagaan kulit uolsss....

Solekan yang tidak dibersihkan boleh menyumbat liang2, menyebabkan jerawat pada mata. Kulit kan memerlukan masa untuk memperbaharui sel??? Tapi kalau liang2 tersumbat, so proses ni menjadi terhalang sehingga menjadikan kulit kusam. So, starting from now on, siapa yang tak biasa atau selalu ngelat tu, jadikan rutin ok??? Semuanya untuk kesihatan kulit muka uolss... 

Make-up remover dan face cleanser adalah 2 produk yang berbeza. Make-up remover ni di-design khusus untuk menghilangkan warna2 pada kosmetik uols, termasuk produk2 yang waterproof dan produk kosmetik mata seperti eyeshadow dan eyeliner. Facial cleanser pulak tugasnya lepas uolss bersihkan muka dengan make-up remover or lepas uols mandi. Kalau tak bersihkan muka sebelum tidur, memang bertiong2 lah naik jerawat ok??? 

TIPS & TRICK MENGGUNAKAN MAKE-UP REMOVER
  1. Kulit sensitif sebaiknya gunakan remover yang berasaskan micellar water.
  2. Goncang dulu make-up remover sebelum digunakan, sebab make-up remover adalah berasaskan air yang tak boleh bercampur dengan minyak pembersih.
  3. Untuk area mata, seelok2nya gunakan remover yang biasa digunakan untuk kulit sensitif. Ini untuk elakkan iritasi dan remover untuk kulit sensitif mengandungi bahan anti iritasi.
  4. Tisu basah remover pun ok juga kalau uols travel, ke gym ke, hang out ke. 
  5. Gunakan kapas dengan remover, bukan tisu atau yang lain2. 
Kulit yang cantik tu harus dijaga kebersihan, dan tak semestinya makan atau pakai sesuatu produk tu terus nampak cantik kulit tu... kenalah jaga kebersihan juga.... So, jangan lupa ladies... bersihkan make-up sebelum tidur...jangan biarkan muka tu bertempek dengan make-up...tak sihat tu untuk kulit...  Malas macam mana pun sila paksa diri...

Viewing all articles
Browse latest Browse all 3928

Latest Images