Quantcast
Channel: Bubblynotes.Com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 3928

Bedak Sejuk Tradisional... Rindunya Pada Arwah Tok

$
0
0
Source Extracted from Google
Bila teringatkan arwah tok, teringat bedak sejuk... Siapakah arwah tok? Arwah tok adalah baby-sitter saya sewaktu kecil dan juga guru mengaji saya dari primary sampai ke secondary school... Al-Fatihah... Tapi antara kenangan2 yang tidak pernah saya lupakan selain baby-sitter dan juga guru mengaji, sesuatu yang sangat significant dengan arwah tok adalah bedak sejuk! Yup, arwah tok sangat suka buat bedak sejuk beras tradisional dengan sendiri... Saya sangat suka pakai bedak sejuk yang arwah tok buat... Mana nak lupa, bau bedak sejuk yang menyengat hidung semasa dititik dan juga bekalan bedak sejuk yang banyak secara percuma antara kenangan terindah serta termanis zaman kanak2.... Kadang2 bila tinggal berdua dengan arwah tok, saya rajin juga tolong (tolong menyibuk) arwah tok titik bedak sejuk atas kain... ye lah, budak2 kecik kan, bila nampak sesuatu yang menarik di mata dan perhatian tentulah nak eksperimentasi... 

Bedak sejuk adalah bedak tradisional yang berasal dari Banjar, Kalimantan. Bedak ini digunakan dari zaman nenek moyang dulu sampailah sekarang. Yang popular sekarang adalah Bedak Sejuk Tanaka ye tak? *_^. Bedak ini berfungsi:

1. Menyejukkan kulit wajah akibat terkena sinar matahari yang menyengat pada siang hari yang terik.
2. Dapat menyejukkan badan bayi dan juga orang dewasa.
3. Bagi orang2 yang sudah berusia lanjut, dengan penggunaan bedak ini seharian, kebanyakan memiliki kulit wajah yang masih segar dan tidak keripot sehingga dipercayai dapat membuat awet muda.
4. Dapat menyembuhkan sakit ruam, demam atau penyakit lainnya pada baby.
5. Merawati jerawat atau luka bekas parut campak.
6. Melicinkan kulit muka.
7. Memberi kesegaran pada kulit.
8. Mengurangkan kadar pengeluaran sebum/minyak pada kulit.
9. Menanggalkan sel kulit mati.
10. Membersihkan dan menegangkan wajah.

Source Extracted from Google
Inilah gayanya dan caranya menitik bedak sejuk di atas kain
BAHAN2 PEMBUATAN BEDAK SEJUK
1. Beras yang berkualiti elok dan bersih.
2. Air daun pandan.
3. Bunga melur, tanjung dan cempaka.
4. Akar2 kayu dan bahan alam semulajadi seperti cekur, jintan manis, jintan hitam, semoyee (bentuk macam kulit kayu manis), ghanti (atau boleh diganti dengan biji gani), albe, kapas hantu, pulau sari, bengklai (dari buah), jeringau, kunyit, tahi angin (macam jala) dan daun aroda.

CARA2 PEMBUATAN BEDAK SEJUK
1. Beras direndam di dalam air pandan 3 hari 3 malam.
2. Bunga melur, tanjung dan cempaka ditabur di dalam rendaman beras supaya aromanya menyegarkan. 
3. Semasa merendam, bekasnya ditutup dengan kain jarang supaya serangga seperti kutu, semut, agas, nyamuk, lipas tidak dapat masuk kerana serangga yang mati di dalam rendaman akan menyebabkan penyakit kulit. 
4. Kemudian, rendaman akan diletakkan di bawah pokok agar air embun menitis ke dalamnya. Selepas 3 hari, beras yang sudah kembang dan wangi digiling halus2.
5. Akar2 kayu dan bahan semulajadi dicampurkan juga. (Bahan2 ini semua ditumbuk lesung dan kemudian digiling halus (boleh diblender). Ramuan ini perlu ditapis lagi, untuk mengambil yang ramuan yang halus saja.)
6. Ramuan itu dicampur dengan sedikit air sedikit demi sedikit sambil mengulinya, supaya tidak terlalu cair.
7. Titik campuran tadi ke atas kain untuk berbentuk bulat2 dan dijemur selama 3 hari sehingga benar2 kering.

Sepanjang proses membuat bedak sejuk, tidak boleh terkena air hujan walau setitik pun. Maksudnya, beras yang direndam hanya boleh mendapat air embun, bukan air hujan, dan sekiranya dijemur kemudian dibasahi hujan bedak tida akan menjadi terlalu lembab. Bedak sejuk yang terkena air hujan akan berbau dan jika tetap dipakai, ia akan memberi kesan buruk seperti jerawat dan kulit yang kering. 

Cara nak pakai? Ala semua orang pun tau kan? Ambil jer beberapa butir bedak seju, dan campur sedikit air, lepas tu tempek/sapu kat muka. 

Bedak sejuk tradisional x sama dengan bedak sejuk kat kedai2 yang telah dibotolkan. Seriously, saya lebih suka pakai bedak sejuk tradisional. Tapi manalah nak cari sekarang ni kan? Sangat susah... Hu hu hu... Tapi apa nak buat, disebabkan dah susah sangat nak jumpa bedak sejuk tradisional (this is where membuatkan saya bertambah rindu pada arwah tok...hu hu hu) pakai jugaklah bedak sejuk yang kat bawah ni.... hu hu hu...

Source Extracted from Google
Setiap malam memang tak tinggal pakai bedak sejuk ni... Kecuali pada waktu2 tertentu la...he he he... Bagi saya, nak menjadi cantik x semestinya kena guna barang mahal betul tak? Yang penting hati yang bersih dan boleh bersihkan segala2 kekotoran yang ada pada diri masing2... *_^

Viewing all articles
Browse latest Browse all 3928

Trending Articles