Quantcast
Channel: Bubblynotes.Com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 3928

Bahaya Debu Gunung Kelud!!!

$
0
0
Source Extracted from Google
Beberapa hari yang lalu, Gunung Kelud di Indonesia telahpun meletus... dan semalam saya terdengar/tertengok di Buletin Utama tentang debu Gunung Kelud ni... 

Rentetan letusan Gunung Kelud tersebut, dikatakan hujan abu telah pun menyelimuti daerah Jawa Timur, Jawa Tengah seperti Solo, Sragen dan kawasan sekitarnya termasuk Kota Ungaran dan Cilacap. Daerah Jogjakarta pun dikatakan diselimuti abu vulkanik hasil letusan Gunung Kelud. 

Abu vulkanik ni dikatakan berbahaya kepada kesihatan manusia. Selain gangguan pernafasan skala ringan, abu vulkanik yang mengandungi silika berpotensi untuk menyebabkan penyakit paru2 Silikoisis. Silikoisis akan mudah menyerang di daerah dengan tahap debu silika yang tinggi seperti yang terjadi di sana saat ini. 

Gegala awal adalah mengalami kesulitan bernafas, terbatuk akibat terhidu debu silika ini ke dalam paru2. Debu silika yang dihidu walaupun dalam jumlah relatif yang kecil dan tidaklah banyak mana pun, boleh kekal dalam tubuh sehingga antara 2 hingga 4 tahun dan pada akhirnya dapat mempengaruhi fungsi kerja organ tubuh yang lain, seperti kegagalan fungsi jantung.

Iritasi pada pernafasan yang timbul semasa abu vulkanik tersebut dengan secara tidak sengaja dihidu sewaktu kita bernafas dapat menimbulkan gangguan pernafasan yang pada mulanya nampak ringan saja, tapi berbahaya untuk jangka panjang, terutama pada kanak2. Makanya, mereka yang terlibat di sana, diarahkan supaya memakai mask kalau nak buat aktiviti di luar rumah. 

Selain pernafasan, abu vulkanik yang mempunyai komposisi batuan halus dan silika berpotensi ke atas iritasi mata. Kornea mata yang terdedah secara langsung pada mulanya mengalami iritasi dan boleh tergores kalau tak betul2. Jadinya, mereka di sana dinasihatkan supaya tidak menggosok mata kalau mata terasa gatal ataupun perit disebabkan kesan terkena abu vulkanik atau debu yang tak dapat dilihat. Para pengguna contact lens pun kena lebih berhati2lah gamaknya.

Kulit pun dah tentunya terlibat juga dengan kesan debu Gunung Kelud ni... dikatakan yang biasanya berupa iritasi ringan iaitu gatal2 ataupun kulit jadi kemerahan.

SUMBER: SINI

Risau kan bila baca macam ni, tapi kita jangan risau, In Shaa Allah kerana menurut laporan akhbar KOSMO di SINI

KUALA LUMPUR - Debu dan habuk akibat letusan Gunung Kelud di Jawa Timur, Indonesia tidak akan memberi kesan kepada Malaysia, kata Pengarah Bahagian Sains Atmosfera dan Pembenihan Awan, Jabatan Meteorologi Malaysia, Azhar Ishak.

Beliau berkata, debu dan habuk gunung berkenaan dijangka tidak sampai ke Malaysia memandangkan angin timur laut yang melanda negara ketika ini membentuk pergerakan ke arah luar Semenanjung.

"Ia (letusan) tidak akan beri kesan kepada Malaysia sebab angin timu laut ini akan bawa ia keluar dari Malaysia," katanya kepada Bernama di sini semalam.

Kelud yang merupakan satu daripada 130 gunung berapi paling aktif di Indonesia, mula memuntahkan debu, pasir dan batu setinggi 3000 meter ke udara semalam.  

Mudah2an tak sampailah ke Malaysia ye tak??? Bukan apa, mencari info ni disebabkan sekarang ni ramai sangat kat office ni yang selsema, batuk dan sakit mata... Iolss iolss sekali rasa tekak tak sedap ni uolss... Manalah tau, kot2 kesan sampingan dari letusan Gunung Kelud ni kan??? Alhamdulillah, bentuk muka bumi Malaysia tak ada gunung berapi kannn??? Bersyukurlah kita seadanya dilahirkan di Malaysia dan dapat duduk di bumi Malaysia ni.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 3928