![]() |
Source Extracted from Google |
Kalau Ash tu perempuan, memang tak dinafikan yang saya pun akan hias Ash tu dengan aksesori2 comel dan sweet untuk dia... He he he, tapi Ash tu lelaki, takkan nak hias2 dengan girly2 aksesori tu pulak??? Lain dah jiwanya nanti... Tak mooooo.... Muahahaha.... Memanglah nak juga rasa ada anak perempuan kannn??? Tapiii, kita terima dengan redha apa saja anugerah pemberian Allah SWT. Yang penting sihat dan sempurna ye tak??? Setiap apa yang Allah beri tu ada sebabnya bukan suka2... At least, bila Ash besar nanti boleh jaga mummy dan boleh protect mummy. Kalau gegirl pula, mummylah yang kena protect sampailah dah kahwin... ahaksss...jauh pulak ke laut dan ke darat mengomel....
Aksesori baby girl such as headbands memang comel2, saya sukaaaa sangatttt. Kalau dapat anak perempuan, lunyailah digayakan...sedangkan Ash ni pun dah macam anak patung dah dibuat...macam2 gaya dibuat untuk dia... apakan lagi kalau dapat baby gegirl ye tak??? Sebab tu saya suka sangat belikan baju gegirl untuk anak2 buah atau aksesori2 untuk anak2 buah gegirl... wakakakaka.... Untunglah dapat aunty yang minat dan suka beli tapi tak tau nak bagi siapa pakai, last2 bagi anak2 buah...
Pada 12 Oktober 2012, 1 artikel telah dikeluarkan dalam Berita Harian, sebuah akhbar tempatan, membincangkan aksesori kepala bayi yang boleh mengancam keselamatan dan kesihatan bayi. Menurut perunding pediatrik dan neonatalogi dalam artikel tersebut, tulang kepala bayi masih lembut terutama pada usia selepas lahir sehingga 18 bulan menyebabkan ia mudah tercedera. Antara perkara yang dibimbangi adalah keadaannya yang ketat, fabrik yang boleh menyebabkan alergi dan headband yang boleh jatuh ke leher dan tersangkut pada sesuatu. Bagi mengelakkannya, beberapa panduan memilih aksesori kepala diberikan.
Jom kita baca sama2 panduan tersebut bersama beberapa panduan tambahan.
BAHAN BUATAN
- Cekak rambut dan headband: pastikan ia dibuat daripada fabrik, kapas atau lembut dan tetap di tempatnya serta memenuhi fungsi mengelakkan rambut jatuh ke mata dan muka.
- Bahan tanpa toksik.
HIASAN PADA AKSESORI
- Renda atau ropol yang keterlaluan menyebabkan bayi tidak selesa.
- Elakkan hiasan yang bergermerlapan (glitter), berbatu kecil atau mempunyai karakter kartun yang dibuat daripada plastik pada aksesori kepala.
- Bagi hiasan reben, pastikan ia daripada jenis yang berkualiti kerana ada reben yang mempunyai tepi yang tajam dan boleh mengakibatkan luka.
- Terbaik jika memilih aksesori ringkas tanpa hiasan untuk bayi.
CIRI2 AKSESORI
- Cekak rambut dan headband: pastikan elastik dan elakkan jenis reben kerana mudah jatuh ke leher.
- Klip rambut: pilih klip alligator yang perlu ditekan untuk membuka dan boleh ditutup ketat. Ia tidak mudah lekang daripada rambut bayi.
- Getah ikat rambut: elakkan sama sekali kerana mudah tanggal pada rambut bayi yang halus dan lembut.
- Bow rambut: pastikan saiznya tidak terlalu kecil hingga boleh dimasukkan ke dalam mulut jika bayi dapat mencapainya.
- Elakkan aksesori yang menyakitkan pada rambut dan kulit kepala bayi ketika menggunakannya.
- Jika ragu2 tentang bahan plastik dan besi bagi klip dan bow rambut, pilihlah cekak atau headband kerana ia lebih selamat.
PEMAKAIAN
- Jangan dipakaikan terlalu lama.
- Buka aksesori kepala apabila bayi tidur atau apabila tiada pengawasan orang dewasa.
- Pastikan aksesori yang dipilih berfungsi sepenuhnya dan cantik dipandang.
BEBERAPA PILIHAN AKSESORI KEPALA BAYI
Ketika membuat pilihan, ingatlah tabiat bayi yang suka menarik apa saja yang dirasakan tidak selesa pada rambut ataupun kepala dan suka memasukkan apa saja ke dalam mulut. Dengan peringatan ini dan panduan di atas, beberapa jenis aksesori kepala bayi yang boleh uolss pilih untuk si comel termasuk:
Cekak dan Headbands
Kedua2 jenis aksesori ini sangat digemari kerana ia senang dipakaikan. Ia biasanya dibuat daripada bahan yang pelbagai bahan termasuk kain kapas, resin dan plastik. Yang terbaik adalah headband yang longgar dan muat2 dengan selesa pada kepala bayi.Pilihan headband adalah terbaik sebagai aksesori kepala kerana biasanya ia terlalu besar untuk ditelan oleh bayi dan boleh dipadankan dengan baju mereka.
Klip Rambut Bayi
Klip rambut biasanya lebih berguna bagi rambut bayi yang sedikit panjang dan perlu untuk disisir ke belakang. Biasanya ia dibuat daripada besi dan plastik, maka elakkan pemakaian yang terlalu ketat pada rambut dan kepala bayi. Pastikan ianya mudah dibuka dan dikunci tanpa menyebabkan kesakitan. Cari klip rambut yang jika bayi menariknya, ia tidak mudah tanggal.
Topi dan Serkup Kepala
Topi dan serkup kepala juga boleh menjadi aksesori kepala bayi yang selamat dan memberi perlindungan kepada bayi daripada angin dan matahari. Pilihlah buatan daripada kain kapas atau bulu. Namun ia agak mencabar kerana bayi tidak gemar membiarkan topi atau serkup kepala berada lama di atas kepala mereka. Gunakan alat pengikat yang lembut dan selesa supaya tidak mengganggu bayi.
Boleh ajer nak pakaikan aksesori ye tak? Janji kita mak2 bapak2 ni buat pilihan yang terbaik serta menepati ciri2 keselamatan.
SUMBER: SINI