Quantcast
Channel: Bubblynotes.Com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 3928

Entry Review #2: Baru Tahu Penat

$
0
0
Source Extracted from Google
Baru berkesempatan nak buat entry review yang kedua lanjutan dari INI... Kali ini, iolss nak review Mia Kassim punya entri yang bertajuk Baru Tahu Penat... Sedikit picisan dari entri Mia... 

Assalamualaikum

Kalau dulu selalu dengar mak kita terjerit suruh balik rumah bila dah masuk senja dah...Kita sibuk bermain dengan kawan2, mak sibuk di dapur mo prepare makan malam.... lepas siapkan makan malam, lipat segala kain baju yang selonggok bertimbun yang baru diangkat dari jemuran petangnya tu... sambil membebel suruh anak2 siapkan kerja rumah segala, cepat masuk tidur, nanti terlewat bangun pegi sekolah...besok paginya awal lagi mak bangun, kejutkan anak2 semua untuk pergi sekolah, siapkan sarapan dan bekal segala... lepas semua anak dah pergi ke sekolah, mak mulakan rutin harian, kemas rumah, cuci baju, sapu halaman, sediakan makan tengahari, jenguk kebun kecil di belakang rumah...bla bla bla...sampailah ke malam, kerja mak memang tak habis dan taka akan habis sebab hari2 dia mesti ulang semula rutin hariannya tu...

Kita hanya tahu minta mak itu dan ini...tak terfikir lagi betapa penatnya mak masa tu tapi tetap masih melayan kita juga... mak tak kisah dia penat kah apa asal dapat melayan 5 orang anak2nya ni...dan sekaran aku dah beranak pinak dan ada 3 orang anak sememangnya faham sangat betapa penatnya menjadi seorang isteri dan ibu... lebih2 lagi sekarang ni rata2 ibu bekerja, rasanya betul2 mencabar akal dan fizikal seorang yang bergelar isteri dan ibu...betul kan???  

Aku bangun seawal jam 5, siapkan anak2 pegi sekolah, masak bekalan Damia untuk ke nursery sebab dorang tak sediakan makanan untuk budak 2 tahun ke bawah... nasib baik hubby tak breakfast di rumah sebab dia pun terpaksa mengejar masa ke sekolah...lepas hubby bertolak, aku pula bersiap sedia, mesti bertolak dari rumah sebelum jam 7 sebab takut tersangkut dalam jammed... lepas hantar Damia dan Shamzi, sampai opis kira2 jam 8.00...kerja tik tak tik tak tekan keyboard menghadap pc seharian sampai jam 5.15 petang...kelam kabut balik rumah, selalu sampai jam 6.30 petang... masuk pintu rumah terus campak beg, takda nak rehat2nya, masuk dapur masak, kumpul semua baju kotor, campak dalam mesin basuh, angkat kain di jemuran, kemas2 rumah...bla bla bla...penat aku menulisnya...semua siap (sebetulnya bukan siap pun, kain baju jarang dapat lipat kalau week day, main campak jak dalam bakul...hu hu)...dalam jam 12 baru dapat tidur dan esoknya kembali ke rutin yang sama... hubby kadangkala tolong juga tapi aku tak senang hati juga suruh dia sebab itu semua dah jadi tugas seorang ibu dan isteri kan... (^_^)

Bukannya aku nak merungut ke apa, tapi baru tahu rasa penat yang luar biasa bila menjadi seorang ibu...rasanya memang mak aku penat gila melayan kami adik beradik masa kecik-kecik dulu tapi dia tetap ok dan tersenyum...tiba2 terpikir macam mana pulak dengan nenek (sebelah mak) melayan anak2nya yang seramai 11 orang tu???

Dari entri Mia, apa yang Mia yang nak sampaikan jadi seorang ibu dan isteri ni bukan mudah yer peepss.... siapa kata mudah...bukan mudah menjadi seorang ibu dan juga isteri, semua orang boleh jadi ibu, semua orang boleh jadi isteri...tapi tak semua orang boleh jadi 'ibu' dan tak semua orang boleh jadi 'isteri'... Faham tak permainannya dan mesej yang saya cuba sampaikan??? Nak pegang title tu dan berbangga, gebang2 sana sini memang boleh, tapi perlaksanaannya??? Mama saya pernah cakap, sebelum jadi isteri kita takkan merasa apa maksud dan rasanya isteri tu yang sebenarnya, sebelum jadi ibu kita takkan merasa apa maksud dan rasanya ibu tu yang sebenarnya... Memang betul... 

Jadi seorang isteri banyak perkara tentang suami yang perlu dijaga, dan satu pun tak boleh diperlekehkan... mungkin pada kita nampak remeh or ala tak apa... tapi setiap perkara tentang suami itu penting ok??? Jadi ibu, kena pastikan kebajikan anak2 terjaga dan segala tugasan seorang ibu perlu digalas, lagi2 working wife and mom di kalangan kebanyakan kita ni... tak kurang juga non-working mom... Kedua2nya kerja non stop, ada saja kerja rumah yang perlu dilaksanakan, ada saja keperluan anak2 yang perlu dipenuhi... Memang penat, tapi itu tanggungjawab, siapa kata duduk rumah jadi fulltime housewife tak penat??? Dan siapa kata, jadi working mom itu senang... masih perlu basuh baju, masih perlu iron baju, masih perlu kemas rumah, masih perlu masak bukannya asyik tunjuk di kedai jer makanan...anak2 dan suami pun nak merasa masakan yang sempurna dari kita juga kan? Macam papa saya, biar sekalipun berlaukan sambal tumis ikan bilis, janji dari air tangan mama.... Cuma sekarang... dah berubahlah since anak dah ada kannn? Dan dah boleh memasak... 

Ada orang bila dah jadi isteri lupa nak jadi ibu, dan ada orang bila dah jadi ibu lupa nak jadi isteri... Perkara ni nampak macam tak logik, tapi ada berlaku... trust me... banyak dah berlaku di kalangan kita.... Nak dapatkan yang balance kedua2nya memang payah... Mungkin saya tak merasa macam mana penangannya jadi ibu yang mempunyai anak yang ramai... Tapi seorang pun saya dah boleh bayangkan... Tapi, baik jangan mengeluh, merungut atau mengadu domba sana sini... sebab takut2 jadinya tak ikhlas... Dan Mia bukan merungut tau uolss...cuma dia share experience dia dan apa yang dia rasa...he he he...setiap dari kita yang bergelar wanita, isteri, ibu pasti akan merasa fasa2 ini dalam kehidupan... 

Moral of the stories to those out there, jangan ingat jadi isteri dan ibu tu tak penat yer??? Dan jangan perlekehkan seorang isteri dan juga ibu itu... Isteri dan ibu itu lebih kuat berbanding suami dalam menguruskan rumahtangga... Erks, ada yang nak menafikan ke statement ni??? He he he... 

Viewing all articles
Browse latest Browse all 3928

Trending Articles