![]() |
Source Extracted from Google |
Sedari kecik saya memang kurang gemar bermain dengan anak patung Barbie ataupun anak patung yang sebegini...
Takut ooo sebab mama selalu cakap dengan saya, "nanti malam dia bernyawa!!! dia ajak adik main dan cakap dengan adik, lepas tu nanti dia jahat"... ahaksss physcho tak physcho iolsss yang memang penakut ni??? Terus terbayang mata doll tu jadi warna merah biji saga dan bergerak menuju ke arah saya dan nak mencekik leher saya... oopsss iolss tak rela... lariiii....
Terbaca di SINI...
Menyimpan patung berupa manusia dan haiwan (mempunyai roh), selain daripada tujuan permainan (meaning boleh untuk gegirl2 main), adalah haram. Akan tetapi jika patung itu digunakan untuk permainan anak2, dibenarkan.
Isteri Nabi iaitu Aisyah, dikahwini Baginda pada usia 7 tahun dan Nabi SAW mula tinggal dengannya pada usia 9 tahun dalam keadaan beliau masih lagi bermain2 dengan teman2nya iaitu anak patung. [HR Muslim].
Malaikat tidak akan masuk rumah yang di dalamnya ada anjing dan patung. [HR Muslim].
Jika malaikat tak masuk siapa akan masuk??? Syaitan yang akan masuk ke dalam rumah. Bila syaitan masuk, rumah akan jadi panas, rumahtangga juga akan bergoyang. Malaikat masuk ke rumah kita membawa keberkatan dan cahaya. So, kita pilihlah nak siapa masuk ke dalam rumah.
Ada juga mereka yang menyimpan patung di dalam kereta. Perkara itu juga tidak dibenarkan. Contohnya patung bear yang tergantung pada cermin kereta. Patung itu digunakan sebagai perhiasan bukannya mainan.
*Alamak, nampak gayanya Cik Ted nak kena dibuang ni, dan beberapa soft toys lain juga. Hu hu hu. Since bukan untuk tujuan permainan dan hanya hiasan. Ash pun lelaki, takkan nak main patung2 gegirl ye tak??? Baiklah2... dah jadi mummy dah, bukannya gegirl2 lagi... jadi kenalah tinggalkan... Sebab tu saya suka membaca... perkara2 yang boleh kita anggap tak ada apa, remeh atau kita terlepas pandang, dengan membaca ada kalanya dapat mengingatkan kita serta menyedarkan kita untuk berubah ke arah yang lebih baik dan bukannya sebaliknya.
**Saya akan hapuskan since dah baca sebegini... sentimental value? well, macam yang artikel tu inform, pilihan terletak di tangan kita... like it or not, untuk kebaikan, eloklah dibuang atau diberi pada anak2 buah gegirl yang ada...