Quantcast
Channel: Bubblynotes.Com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 3928

Pendermaan Susu Badan

$
0
0
Source Extracted from Google
Ada orang yang rezekinya memang murah, dikurniakan dengan bekalan susu badan yang cukup atau terlebih dari cukup, ada orang pula mungkin kurang bernasib baik, susu badan mereka kurang dan ada di antaranya terpaksa bergantung kepada suplemen tambahan ataupun makanan sokongan tambahan demi memperbanyakkan susu ibu ye tak? Ada tu, memang tak ada langsung... Buatlah sat ni ke macam mana sekalipun tapi tetap tak ada... Buat teknik Power Pumping ke, makan segala sat ni ke ubat tambahkan susu, suplemen apa jenis sekali pun sampai habis ribuan ringgit memang tetap tak ada susu badan... 

Seperti yang diketahui ramai, susu badan ialah susu yang terbaik untuk bayi. Oleh sebab itulah semua ibu amat digalakkan untuk menyusukan bayi mereka sehingga mencecah umur sekitar 2 tahun. Namun, tidak semua wanita seperti yang saya cerita kat atas tadi berpeluang menyusukan bayi mereka kerana sebab2 tertentu yang biasanya dipengaruhi oleh kesihatan. However, kalau naklah, sebelum uolss memikirkan susu formula yang sesuai untuk baby uolss, might be uols boleh consider dulu susu badan daripada ibu2 lain di luar sana.

Apakah Pendermaan Susu Badan???
Bunyinya pelik ke? Actually tak... bukan ke istilah ibu susuan telah lama digunakan sejak zaman Rasulullah SAW lagi. Selalunya masalah yang lazimnya dihadapi oleh wanita yang tidak dapat menyusu atau tidak cukup susu ialah kelahiran bayi kembar 2 atau lebih, mempunyai masalah kesihatan atau berada di bawah pengaruh ubat2an yang serius, apabila ibu terpaksa meninggalkan bayi buat masa yang lama dan tidak dapat menyediakan stok yang cukup. Berkongsi susu badan antara ibu bukan sahaja memberi peluang untuk semua bayi menikmati susu terbaik di dunia, malah dapat mengelakkan fenomena pembaziran kerana terdapat wanita yang mempunyai stok lebihan susu badan yang amat banyak!

Bagaimana Menderma Susu Badan di Malaysia???
Di Malaysia terdapat 2 cara untuk uols berkongsi susu badan setakat ini, iaitu:

1. Melalui Kumpulan2 Sokongan yang Berpangkalan di Internet
Ini merupakan cara tidak formal di mana laman sosial digunakan sebagai medium perhubungan utama. Jaringan ini tidak mengutamakan mana2 penerima. Rangkaian ini hanya menawarkan ruangan online di mana keluarga2 boleh berhubung dan membuat keputusan untuk berkongsi dengan bermaklumat. Uols boleh mencari susu badan ibu untuk anak uols bila2 sahaja atas apa2 sebab tidak mengira usia. Antara kumpulan yang aktif ialah Human Milk 4 Human Babies dan The Breastfeeding Advocates Network.   

2. Menderma di Hospital2 Kerajaan
Program pendermaan susu ibu yang mengikut tuntutan syarak telah mula dilaksanakan di hospital2 kerajaan di negara ini pada tahun 2012. Selepas mengenalpasti penderma dan penerima, mereka akan mengambil stok susu, menyaringnya untuk memastikan ia bebas dari penyakit sebelum dipasteurkan di dapur susu yang terdapat di hospital. Kemudian, penderma dan ibu penerima akan diminta menandatangani borang persetujuan untuk menderma dan menerim asusu secara sukarela. 

Perkara yang Perlu Diberi Perhatian Semasa Menderma atau Menerima Susu Badan yang Diderma
Perkara yang perlu dibincangkan adalah pengambilan sebarang ubat2an, alkohol dan penggunaan dadah oleh si penderma semasa memerah susu badan. Antara penyakit-penyakit yang boleh berjangkit atau mempengaruhi melalui susu badan ialah HIV, Hepatitis B dan C, siflis, HTLV, cytomegalovirus (CMV) dan tuberkulosis. Uols boleh meminta salinan keputusan ujian-ujian ini daripada penderma untuk memastikan susu yang terhasil tidak terjejas oleh sebarang penyakit tersebut.

Jika uols berkongsi susu secara tidak formal, biasanya susu yang diterima tidak disaring atau diperiksa. Oleh itu, uols boleh membuat teknik pempasteuran sendiri di rumah. Kajian menunjukkan yang kaedah ini boleh memusnahkan sebilangan patogen di samping mengekalkan sebanyak mungkin sifat-sifat berfaedah susu badan manusia. Proses ini boleh dilakukan oleh penerima sebaik sahaja sebelum memberi bayinya minum susu badan tersebut.

Apabila bayi membesar, keperluan khasiat untuk badannya juga berubah. Oleh itu, seelok-eloknya cuba dapatkan penderma yang mempunyai bayi sebaya dengan bayi anda. Sungguhpun begitu, World Health Organization mengesahkan bahawa susu badan ibu adalah masih lebih baik daripada susu formula walaupun terdapat perbezaan dalam umur.

Maklumat Tambahan: Menderma Susu Badan Dari Sudut Pandangan Islam 
Di Malaysia, mungkin terdapat ramai wanita yang teragak-agak untuk menderma atau menerima susu badan daripada wanita lain atas alasan agama. Ini kerana agama Islam menganggap anak susuan setaraf dengan anak sendiri di mana mereka tidak boleh berkahwin sesama sendiri. Menurut fatwa kebangsaan, hukumnya adalah harus bagi ibu-ibu menderma susu ibu secara sukarela kepada bayi-bayi yang memerlukan. Tetapi, keluarga bayi serta perderma perlu mengenali antara satu sama lain untuk mengelakkan percampuran dalam pertalian darah.

Di hospital kerajaan, wanita yang menderma dan menerima susu akan melalui sesi kaunseling mengenai hukum hubungan keluarga susuan dan larangan berkahwin. Bagi mengelakkan masalah perkahwinan pada masa depan, wanita yang mempunyai ramai, atau hanya anak perempuan digalakkan menderma susu kepada bayi perempuan sahaja.

SUMBER: SINI

Rasanya tak popular sangat kot tentang ibu2 susuan ni dalam kalangan masyarakat kita...tapi ada saya nampak atau lihat...Jiran belakang rumah saya menjadi ibu susuan untuk anak rakan sepejabat beliau... ^_^... 

Viewing all articles
Browse latest Browse all 3928

Trending Articles