Quantcast
Channel: Bubblynotes.Com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 3928

Personal Hotspot: Marche Restaurant, The Curve!!!

$
0
0
Kita story tentang places that I love to hang out bila ada masa2 senggang atau masa2 lapang... Marche Restaurant @ The Curve... usually on weekends-lah... Siapa suka makan di sini??? Hands up!!! Tempat ni yummylicious bagi saya dan dah bertahun2 dah berulang alik makan di sini, I think almost 10 years kot??? Lebih kurang sama dengan umur dia start operating di The Curve rasanya... he he he...Belek2 Ms. Apple ternampak gambar2 'kami' di Marche, terasa nak up pula post di sini...hik hik hik... 

Apa yang menariknya di sini??? Sebelum masuk kita kena beratur dulu kat rostrum reception tu, untuk daftar diri...ahakss tak adalah... untuk ambil kad kita, makan di Marche, mereka akan berikan kita satu kad... ok, iolss tak ada pula mengambil gambar kad tu... tapi iolss pinjam dari SINI sebab cik punya blog pun ada review pasal Marche Restaurant juga, just nak tunjukkan kat uolss macam mana rupa gaya kad tu, if ada yang tak boleh nak bayangkan...

Source Extracted from HERE
Selepas ambil kad ni, uolss boleh start merewang dalam Marche tu, sebab Marche adalah berkonsepkan macam food market...

Pick and choose, ada macam2 kaunter makanan atau jenis makanan yang uolss boleh pilih, sama ada nak makan salad ke, dessert ke, pasta ke, steak ke...ikut tekak masing2... balunlah sebanyak mana uolss nak balun... ala2 konsep buffet giteww...tapi fresh from the wok, grill and oven... *_^... rambang mata ooo nak pilih... kalau nak rasa semua dishes...terpaksalah ambik tu sikit, ambik ni sikit... he he he... janji rasa semua kan??? Melainkan kalau uolss mampu untuk makan dengan kuantiti yang banyak... Iolss mengaku yang iolss memang tak mampu... Badan jer sedang2 dan penampakkan imej macam mampu untuk makan banyak... tak ada maknanya... biasanya akan ada orang yang tolong habiskan portion iolss ok...muahahaha.... selalu kena marah bab ni...ihikss, dah tu nak buat macam mana??? Dah memang macam tu sejak dari azali, tak reti nak makan berbumbung2 ni... makanya kebiasaannya share ajerlah dari mengelakkan membazir... Membazir kan amalan syaitan... Untung kalau uolss belanja iolss makan, sebab makan memang tak banyak so tak habislah duit uolss...muahahaha.... *_^ (macamlah ada sesiapa yang nak belanja kannnn??? ekekekeke)...
Ok, iolss paling suka mashed potato and grills mereka... sangat2 yummylicious and awesome, biasanya datang sini mesti cari ni dulu, first station grillss... dan tak lupa juga sebagai ice-creams lover, semestinya akan mencari ice-cream lah kannn??? Layan makan kat sini, spend masa berjam2 pun kadang2 rasa tak perasan dan macam sekejap jer... He he he.... dah namanya pun personal hotspot... favourite place kan??? Of course lah lama pun tak terasa, bila nak balik terasa kejap jer... Makan sikit2, biar makanan tu dihazamkan dengan sempurna dulu, baru move on to other selections... 

Bagi sesiapa yang pernah spend time makan kat Marche, uolsss pasti tau macam mana rasanya dan apa yang saya cuba ceritakan di sini... ihikss...yang penting message-nya satu tempat yang sedap untuk makan.... Iolss part makan memang nak yang sedap ajer... muahahaha...memilih ok??? Dan pada yang belum pernah menjejakkan kaki dan teringin nak menjejakkan kaki...

MARCHE RESTAURANT @ THE CURVE
Address: 
6 Jalan PJU 7/3
Mutiara Damansara
47800 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan

Contact:
03 - 7727 8461 

*Pada sesiapa yang mempunyai tekak western tu, it's a must try ok??? Worth it sangat... Iolss ni memang tekak western sebab tu suka benau...he he he... 


Viewing all articles
Browse latest Browse all 3928

Trending Articles