Habis madu sepah dibuang!!! Ni apa kes ni pepagi dah menciwi peribahasa madu2 sepah2 ni. Hik hik hik. Tak ada kaitan dengan yang lain2 melainkan penampakkan imej di atas.
Nampak tak Cik Ted tu??? Yang nak kata besar tak lah besar. Nak kata kecik pun taklah kecik. Muahahaha... Tapi Cik Ted tu adalah hadiah farewell dari rakan2 sekerja di Billing & Recovery Division, SYABAS HQ pada tahun 2008 semasa saya nak berhenti dari SYABAS. Berhenti sekejap dan tahun 2011 dipanggil semula untuk bertugas di SYABAS Petaling, Jalan Templer sebagai Head of Unit, Billing, South Zone. Pas tu berhenti balik, ahaksss... dan kerja dengan Pink Panther sampai sekarang...
Cik Ted ni adalah kesayangan saya uolss... Tidur malam mesti bertemankan Cik Ted ni.. tak pernah lekang sampai dah naik lunyai dah Cik Ted ni. Basuh pun dah banyak kali basuh dah... Cik Ted ni kena basuh kerap, sebab berbulu2 kan??? Senang perangkap debu, habuk dan hama, nanti karang kalau tak dibasuh, senang pula dapat penyakit. Peneman setia iolss tidur ok? Muahahaha... dari single sampailah dah ber-companion sampailah preggy... Kalau tak ada Cik Ted memang resah jer lah tidur tu... Kronik tak??? ^_*
Yang habis madu sepah dibuangnya tu bila mana semenjak Ash dah ada ni, Cik Ted dah terpinggir. Cik Ted dibiarkan keseorangan. Huwaaa mesti menangis Cik Ted ni dalam hati dia. Kena duduk sorang2 kat sudut tangga rumah tu. Kui kui kui.. ^_^... Dan Ash telah merebut takhta Cik Ted!!! Cik Ted dah jatuh ranking no.2... Kalau Ash tak ada tidur sebelah memang resah mummy... Al-maklumlah kan setiap malam kami berdua beranak tidur mesti nak berpeluk... Ash pun pandai, kalau mummy tak peluk dia pula yang resah. Kalau dah tidur, automatically dia akan turn untuk mengereng menghadap mummy dan sebelah tangan dia akan letak pada leher mummy... Sweet jer anak mummy yang sorang ni... Dan kalau nak susu dia akan bagi signal senang jer... eh eh eh... sambil buat movement.
Kesian tak Cik Ted bila dah ada rival??? Ekekeke... Tapi rindu juga pada Cik Ted, cumanya tak dapat nak dibawa tidur lagi dah seperti dulu... Kalau bawa tidur peluk Cik Ted... Ash nak duduk celah mana pula ye tak??? Ekekeke...