Quantcast
Channel: Bubblynotes.Com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 3928

Puasa Semasa Hamil

$
0
0
Source Extracted from Google
Seronoknya, x lama lagi dah nak sampai bulan Ramadhan...>_<... Peeps? Mana2 yang perlu ganti puasa tu dah habis ganti? Alhamdulillah, saya dah lama langsai dah... he he he... suka ganti cepat2, so last2 minute x adalah mengelabs nak ganti or terlupa nak ganti... Al-maklumlah kadang2 saya ni pelupa sikit... My bad... 

So sempena the upcoming Ramadhan ni, just wanna share something on fasting for preggy mommy... *_^

Adakah Selamat Untuk Berpuasa Semasa Hamil?

Beberapa kajian telah dibuat mengenai kesan berpuasa, namun tiada jawapan yang pasti mengenai perkara ini.   

Walaubagaimanapun, berikut adalah beberapa perkara yang pasti:

1. Beberapa kajian telah dibuat tentang berat bayi semasa kelahiran, dan didapati bahawa tiada perbezaan antara bayi yang ibunya berpuasa dengan bayi yang ibunya tidak berpuasa.
2. Kajian2 mengenai IQ bayi pula mendapati tiada perbezaan di antara kedua2nya.
3. Dalam beberapa kajian, sampel darah ibu hamil yang berpuasa menunjukkan terdapat sedikit perubahan, namun perubahan tersebut didapati tiak membahayakan ibu dan bayi. Kajian tersebut juga membandingkan berat bayi semasa lahir, tetapi tiada perbezaan.

Wanita yang mempunyai berat badan dan cara hidup yang sihat akan menghadapi puasa dengan lebih baik. Namun, ini juga bergantu kepada faktor2 seperti:

1. Peringkat kehamilan. Biasanya wanita hamil yang dalam trimester kedua paling kuat bertahan.
2. Kesihatan anda sebelum kehamilan dan sama ada terdapat sebarang komplikasi semasa hamil.

Bagaimana Dengan Wanita2 Lain?

Majoriti wanita Islam yang hamil memilih untuk berpuasa di bulan Ramadhan. Kajian menunjukkan sehingga 70% daripada mereka memilih untuk berpuasa.

Anda juga boleh berpuasa terutama dalam trimester kedua iaitu apabila kebanyakan wanita hamil merasa lebih bertenaga berbanding trimester pertama dan ketiga dan jika and tidak mempunyai masalah kesihatan atau komplikasi tertentu.

Namun, Islam juga membenarkan wanita hamil untuk tidak berpuasa sekiranya bimbang berpuasa akan memudaratkan ibu dan bayi, dan tentu sekali si ibu wajib menggantikan puasa (qada') tersebut setelah bayi dilahirkan. Mereka yang mengalami diabetes semasa hamil mungkin perlu berbincang dulu dengan doktor mereka. Mintalah pendapat ahli keluarga, doktor dan guru agama atau mereka yang arif dengan hukum Islam untuk membantu anda membuat keputusan yang betul.

Apakah Yang Perlu Ibu Hamil Lakukan Sebelum Berpuasa?    

Perancangan yang baik akan memudahkan anda berpuasa.

1.Berbincanglah dengan majikan anda mengenai tugasan anda semasa Ramadhan. Sesetengah syarikat mengurangkan waktu operasi dan waktu bekerja pada bulan ini. (Yippie yeay...boleh balik pukul 4.30 p.m. ...tapi dengan mengadap traffic congestion lagi...sama jer...)
2. Persediaan awal seperti menyelesaikan urusan beli-belah dan tugasan tertentu boleh dilakukan sebelum berpuasa.

Apakah Cara Terbaik Untuk Berbuka Puasa?

Pastikan anda makan pelbagai makanan yang sihat dan minum banyak air apabila anda berbuka puasa dan semasa sahur.  

1. Pilih makanan yang membebaskan tenaga dengan perlahan seperti buah kurma, kekacang dan lentil untuk berbuka puasa.
2. Elakkan makanan manis yang akan meningkatkan tahap gula dalam darah anda dengan cepat. Ia juga akan turun dengan cepat dan ini membuatkan anda berasa seperti hendak pitam dan pening.
3. Pastikan anda mendapat protein secukupnya daripada kekacang, daging dan telur yang dimasak sepenuhnya. Protein diperlukan untuk membantu bayi anda membesar dengan sihat.
4. Minum air yang banyak pada waktu malam. Anda boleh ternyahhidrat dengan cepat terutamanya jika cuaca sangat panas pada bulan Ramadhan.

Apakah Tanda2 Bahaya Yang Perlu Saya Ketahui? 

Hubungi doktor anda jika:
1. Anda pening kepala, pengsan, lemah atau letih. Berehat selama setengah jam untuk kembali sihat dan jika tiada perubahan, hubungi doktor anda.
2. Anda loya atau mula muntah.
3. Terdapat perubahan ketara pada pergerakan bayi anda. Jika bayi anda tidak bergerak atau kurang menendang, amat penting untuk anda menghubungi doktor anda.
4. Anda berasa sangat dahaga atau air kencing anda berwarna gelap dan berbau kuta. Ini adalah tanda2 penyahidratan.
5. Anda mengalami kesakitan seakan2 sakit bersalin. Ini mungkin tanda kelahiran pramatang dan anda perlu hubungi doktor anda dengan segera.
6. Berat badan anda tidak bertambah atau berat badan anda berkurangan.
7. Anda sakit kepala atau mengalami kesakitan lain atau demam.

Bagaimana Cara Untuk Memudahkan Saya Berpuasa Semasa Hamil? 

Terdapat pelbagai langkah yang boleh anda ambil:

1. Rancang hari anda supaya anda boleh berehat secukupnya.
2. Elakkan berjalan jauh dan membawa barang2 berat.
3. Elakkan aktiviti yang membuatkan anda berasa panas kerana ini boleh menyebabkan anda ternyahidrat dengan cepat dan membahayakan bayi.
4. Mintalah nasihat daripada wanita lain dalam keluarga anda tentang bagaimana menjalani puasa semasa hamil.
5. Amalkan pemakanan yang baik apabila anda berbuka. Dapatkan tip2 lanjut tentang pemakanan untuk berbuka dan sahur.

Secara amnya, anda hendaklah sentiasa tenang dan terimalah bantuan jika diberikan. Walaupun keluarga dan rakan2 anda mungkin akan berjaga malam untuk beribadat, anda sendiri perlu menjalani Ramadhan kali ini dengan tenang dan berehat sebanyak mungkin.

Masih Kurang Pasti Sama Ada Perlu Berpuasa atau Tidak. Apa Yang Perlu Dilakukan?

Berbincanglah dengan ahli keluarga, doktor atau ahli agama sebelum membuat keputusan.

Reference & Sources: Baby Center

Viewing all articles
Browse latest Browse all 3928