Alhamdulillah lagi few months jer dah nak genap setahun saya berhijab dan semestinya saya gembira dan selesa dengan perubahan ini... Semoga saya terus istiqomah hendaknya... Ramai orang bertanya, apa bezanya free hair dan juga berhijab dari pengalaman saya sendiri??? Well, berhijab itu kan perkara yang wajib kita buat sebagai wanita Islam... semestinyalah saya rasa lebih gembira... Isu diva? Isu vogue? Saya ikhlas berhijab dan bukannya berhijab kerana trend, kerana ikut2an, kerana perkara2 lain... Nawaitu untuk berhijab itu, telah lama saya pasang sewaktu saya mula2 bekerja 11 tahun yang dulu... But then, it took me sometimes to fulfill it...However, Alhamdulillah, I'm glad with it..
Orang selalu mengaitkan dengan isu diva dan isu vogue, isu dipinggirkan, isu dilabelkan, isu pilih kasih, isu dipandang sebelah mata bila seseorang itu berhijab atau dari free hair berubah kepada seorang hijabista... Tapi, dalam nak berubah ke jalan Allah ni, kita tak perlu fikirkan pandangan orang, tak perlu ambil pusing cakap2 negatif orang.. Kuatkan semangat dan kuatkan azam... Uhukss... tiba2 kan teringat, ini seperti menjawab pertanyaan PCL dan juga TengkuButang tahun lepas masa saya mula2 berhijab yang meminta saya berkongsi dalam bentuk entri... ihikss...punyalah lama baru nak jawab...wakakakaka.... inilah sebahagian dari jawapannya...
Pada siapa2 yang berfikiran berhijab itu adalah sesuatu yang kuno... I definitely object!!! Zaman perubahan, dah ramai fashion2 designer muslimah di luar sana dan dah banyak trend2 hijab yang dipasarkan... Berbalik kepada isu diva, isu vogue yang saya ungkapkan di atas tadi... hellooo... berhijab pun boleh jadi stailista ok??? Lagi2 akak..ahaksss...yang sentiasa mengikuti perkembangan fesyen terkini dan follow what's the trend out there... I am someone yang particular about my personality presentation whenever I'm outside...tak adalah kata hebat sangat pun, tapi sekurang2nya essence diva (ahakss diva lagi...ferasan), elegant tu mesti ada... cita2 tu dari sebelum kahwin, sebelum ada anak, nak jadi hot mama gitewww...hot ke??? Jumpa face to face baru kita cerita...wakakaka... (uolss layanlah kepala ting tong owner Bubblynotes ni selepas seharian bertungkus lumus dan nak terkeluar biji mata menghadap numbers kat Excel Spreadsheets hari ni...wakakakaka..kalau tak nak layan sila pangkah)... lagipun betterhalf iolss seseorang yang sangat mementingkan penampilan diri dan memang jadi tukang beri suggestion ataupun tukang komen on whatever I wear... dia suruh maintain diva gitewww.... ada yang tak kena sikit jer... ok sila tadah telinga...^_^....
Dan dalam berhijab ni, saya bukanlah peminat tudung awning yer uolsss.... ada tak ada sehelai jer tu, tudung Fareeda tu... tudung awning iolss minat tudung Fareeda yang latest collection, tapi tak ada rasa nak pakai lagi... mostly senang cerita hampir kesemua hijab collection iolss adalah berbentuk shawl... sebab akak uolss ni, jenis yang suka pakai melilit2 kat kepala dan lebih terarah kepada some of Hana Tajima (Hana Tajima lah sangatttt...) inspired... Yang paling banyak dalam collection saya setakat ni adalah dari Sugarscarf . Collection mereka sangat sweet...
![]() |
Mentang2 hari ni pakai shawl ni... saja tempek gambar ni...ahaksss...tak nak up gambar sendiri a.k.a. selfie sebab baru buat entry INI... segan pula iols rasa...muahahaha... |
Hari ini padanan plain black dan leopard print shawl... yang simple2 ajer... pakaian yang formal untuk ke pejabat... Tapi tadi pergi blog Anim, dia ada up satu entri iaitu INI ... rasa macam nak cuba mengintai2 juga ni... hi hi hi...
Siapa yang sama dengan iolss di sini yang suka collection Sugarscarf? Bolehlah cuci2 mata di SINI. Kalau berkenan sila beli cepat2 ek uolss...sebab stok mereka cepat habis...he he he...
Dan boleh juga melawat ke butik2 mereka yang terletak di Shah Alam, Wangsa Melawati dan juga Johor Baru... Boleh beli secara online juga!!! ^_^... Selain hijab, mereka juga ada menawarkan item clothing... ^_^ dan juga inner semestinya...
Shawl dan melilit2 itu identiti saya...ahakss dan juga kawan2 seangkatan yang sama minat dengan saya... suka eksperimen lilit2 ni... Pink Panther pun naik pening kepala kot? Hari ni lilit lain, esok lilit lain..ikut mood jugaaaa...ha ha ha....