![]() |
Source Extracted from Google |
Babies and kids nowadays memang dah ikut peredaran fashion. Zaman2 kita dulu, kita pakai jer apa yang parents kita beli dan dijual di malls... Tapi dengan kemajuan dunia fashion, babies and kids, kecik2 lagi dah jadi stailista... he he he... Fashion designers out there dah mula explore how to design babies and kids wear dengan cara yang lebih stailista... Kecik2 dah pakai baju ala2 orang dewasa... Just look at how Amber Chia dress up kan anak dia...
![]() |
Source Extracted from Google |
Kecik2 dah bergaya uolss... I loikee!!! Ni mak supermodel ke anak supermodel ni??? Haruslah dua2 kann??? Biasanya kaum mak2 macam iolss ni lah yang akan teruja lebih2 dan over reacting dalam nak dress up kan anak... Muahahaha...itulah penyakit Mummy Ash... suka sangat dok beli baju untuk anak... esok2 kalau dah besar tak boleh pakai dan tak muat... simpan buat museum jer... ihikss...kalau Ash tak beradik lagi lah, kalau beradik boleh turun pada adiknya... *_^...
Tapi sometimes mungkin akan muncul juga dilema dalam memilih pakaian untuk si comel kan??? Lazimnya selepas bayi lahir, banyak kenalan menghadiahkan baju bayi buatnya. Selalunya baju yang diterima bersaiz kecil berbanding baby uolss (dalam kes iolss tak, semua besar2...hik hik hik)... Tips memilih pakaian bayi/anak??? ....
1. Mudah Dibasuh dan Warna Tidak Luntur
Dalam tempoh beberapa minggu, saiz baju baby akan berubah. Oleh itu beli baju yang mudah dibasuh dan fabrik yang selesa. Jika beli baju yang berwarna pastikan warna tidak mudah tanggal apabila dibasuh.
2. Pengaliran Udara
Umum mengetahui 5 bulan pertama bayi membesar dengan cepat. Keadaan ini membuatkan baju baby kelihatan baru kerana hanya digunakan beberapa kali sahaja. Cari baju bersaiz besar untuk memberikan keselesaan kepada si kecil ketika memakainya. Malah ia membantu pengaliran udara dengan baik dan mampu mengelakkan ruam.
Setakat ni, baju2 Ash semua saya beli yang besar sedikit dan suka juga pakaikan dia baju lubang2 tu... bagi 'air' sikit...supaya dia tak panas dan naik ruam...Ash ni lain macam sikit, kalau panas ruam cepat naik dan muka merah macam epal. Hik hik hik...
3. Saiz Besar
Kadang kala susah mencari saiz baju bayi lelaki yang agak besar berbanding baju bayi perempuan. Really? Is that so??? Ok, saya tak tau dan baru tau ni. Yang saya tau baby boy limited choices kalau salah pergi tempat shopping. Muahahaha... Apabila kesuntukan masa atau tiada pengetahuan mengenai kedai berdekatan, uolss mungkin terus membeli baju si kecil sekadar 'tangkap muat sahaja'. Akibatnya, baju si kecil hanya boleh dipakai beberapa bulan sahaja. Sebaiknya beli baju bersaiz besar supaya tahan lebih lama. I agree!!! *_^...
4. Mudah Dipakai dan Ditanggalkan
Jenis baju berbutang adalah dicadangkan untuk baby berusia 5 bulan pertama. Baju jenis ini mudah dipakai dan ditanggalkan. Bagi bayi pra-matang, pastikan baju yang dibeli dilengkapi topi untuk melindungi kepalanya daripada udara sejuk.
5. Masih Boleh Dipakai
If uolss plan nak ada baby lagi, baju baby yang tidak muat dan masih elok perlu disimpan di tempat yang kering dan dibungkus dengan kemas untuk mengelakkan daripada gigitan tikus. Jika perlu letakkan pewangi supaya baju tidak berbau ketika dalam simpanan uolss.
6. Kain Kapas
Kulit baby lembut dan sensitif. Pemilihan jenis fabrik iaitu jenis 100% kain kapas membantu mengelak daripada masalah kulit kepada bayi. Jenis kain kapas yang mudah menyerap peluh memberi rasa cosy kepada si kecil.
Kredit: SINI
*Bila cerita bab beli baju ni, iolss is jeles dengan baby2 girl punya design selection sebab kaler pink kan??? Ash??? Boleh pakai kaler pink, tapi takkan nak bagi pakai selalu, nanti lain pula jiwa dia...ahakss... once a while oklah.... heee.... anak lelaki kena keras dan kental... jadi kita pakaikan warna yang bersesuaian lah...pink is ok...but not always... takut2 nanti minat ter-divert pula... Masya-Allah...mintak simpang ler hendaknya...