Sila gelakkan saya... ^_^... Kesinambungan dari entri INI... ok I admit, tak terhenti dengan sekadar takut kucing saja, saya juga takut dengan tarian singa a.k.a. lion dance... ok gelaklah lagi gelak... it's funny isn't it??? hu hu hu... Dari kecik sampai ke anak dara sampai ke mak dara... eh mak bujang lah sebab Ash lelaki kan??? Masih lagi takut dengan tarian singa....
Kalau ada tarian singa memang sayalah orang yang akan duduk jauh uolss... Huwaaa... Kenapa teruk sangat??? Entah tak tau kenapa, bukan patung singa tu yang saya takut... tapi yang terjadi adalah begini...
Bila mana paluan gendang yang membentuk muzik untuk tarian singa tu je, my adrenaline and my heart beat starts to race... macam terasa muzik tu membawa satu spirit yang tak best pula... hu hu hu... ok itu semua mainan perasaan.. and one of my fear factor which I need to overcome it no matter what... Macam tak masuk akal lah kan??? Sampai anak dah sorang pun still takut or nervous pada perkara yang tak sepatutnya... hu hu hu...
Malulah dengan Ash nanti bila Ash tak takut... Agagagaga... agak2 Ash takut tak? Orang tua2 kata, anak ni tak banyak sikit mesti ikut perangai atau sikap orang tua mereka... Dalam tak banyak sikit pasti ada yang turun kat anak... Muahahaha... Antara 2 ni tak taulah yang mana satu akan jadi ikutan Ash, sama ada takut kucing atau takut tarian singa...Kalau tak takut 2-2 pun lagi bagus... ^_*... Dah nama anak lelaki, kenalah beranikan??? Kalau tak macam mana nak protect mummy nanti bila dah besar???
*Ok sila gelak puas2 ek uolsss... Banyak betul fear factor pada haiwan dan yang berkaitan dengan haiwan saya ni... ahaksss... ayam, angsa, itik, kambing, lembu, kerbau toksah cakap lah... masa kecik2 kalau balik kampung mesti duduk jer atas rumah kampung tu... tak jejak tanah uolsss... kononnya budak bandar sangatlah kannn? Bukan mengada2 tapi memang serious takut... Dalam kepala terbayang macam2 bila nampak haiwan2 tu... contohnya, kalau kucing tu cakar mesti sakit, kalau kena kejar dengan angsa ha menjawab... dahlah angsa kat rumah arwah nenek ngan atuk tu garang... hu hu hu