Quantcast
Channel: Bubblynotes.Com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 3928
↧

12 Karakter Bayi Yang Menuntut Perhatian Tinggi!!!

$
0
0
Tiap kali entry pasal baby jer nak tempek muka Ash... melampau Mummy kannn? Melayut tak pipi bam bam dia tu??? Hik hik hik... Tapi bukan nak cerita pasal Ash... Sekadar gambar hiasan jer... Malas nak Google gambar baby... terus upload gambar Ash yang ni... Fresh punya gambar, semalam punya gambar, tak sempat lagi upload kat IG...ahaksss... 

Ha, ini perkongsian dari pembacaan di SINI, sila kenali atau mungkin ada yang dah expert ni... 12 karakter bayi yang menuntut perhatian tinggi...
  1. Tegang (intense): mereka memperuntukkan lebih tenaga dalam setiap perkara yang dilakukan. Menangis sekuat hati, ketawa beria2 dan memprotes jika keperluan mereka tidak dipenuhi ke tahap jangkaan. Contohnya: mengamuk hanya kerana lambat disusukan. (alamak... anak iolsss si Ash kalau lambat susu memang mengamuk...nak cepat jer kerjanya... wah nak tuntut perhatian yang tinggi rupanya...tak cukup tinggi lagi ke yang Mummy dah bagi??? Tak berbelah bagi uolss).
  2. Hiperaktif: ibu bapa kerap mengaitkan hiperaktif sebagai perkara negatif. Sebenarnya, terma ini hanya merujuk kepada kelakuan anak anda, tanpa justifikasi sama ada ia baik atau buruk. Dalam hal ini, ia merujuk kepada bayi yang tidak boleh duduk diam contohnya suka melepaskan diri bila dibalut atau dibedung atau tidak senang duduk ketika disusukan. (aikkk...yang ni pun simptom Ash ni...ahaksss)
  3. Pengekstrak tenaga: mereka mengekstrak setiap tenaga penjaga mereka. Kemahuan untuk didukung, disusukan serta ditenteramkan secara berterusan seringkali membuat penjaga bayi jenis ini keletihan. (ha ha ha...yang ni tak ada setakat ni...ok jer, tak perlu pun nak dukung2 selalu atau ditenteramkan)
  4. Kerap menyusu: suka disusukan kerana pada mereka, aktiviti itu lebih kepada mententeramkan berbanding untuk tujuan mengenyangkan kerana melibatkan sentuhan kulit ke kulit. (anak iolss lagi...ekekeke)
  5. Menggesa: mereka menyalurkan unsur segera/kecemasan dalam setiap signal yang diberi. Mereka tidak suka menunggu dan tidak menerima alternatif. (tak suka menunggu tu yer... tapi tak terima alternatif lain tu tak betul...ekekeke).
  6. Kerap terjaga (tidak sama sekali tidak)
  7. Sukar dipuaskan: tidak ada satu jenis cara yang sesuai pada setiap masa untuk memuaskan hati mereka. (yang ni tak pula setakat ni).
  8. Tidak terjangkakan pertukaran mood yang ekstrem secara tiba2... (tak ada)
  9. Sangat sensitif: sangat mudah terganggu dengan stimulasi dari sekeliling. Mereka lebih gemarkan zon selesa berbanding persekitaran baru. (tak langsung, setakat ni ok jer)
  10. Tidak boleh diletakkan: mereka dambakan sentuhan kulit ke kulit pada setiap masa, dipegang, disusukan, tidur bersama serta pergerakan yang berterusan, didodoi, dihayun (ok tak...ok jer kalau diletakkan)
  11. Tidak pandai mententeramkan diri sendiri: mereka gemar dibantu oleh manusia lain untuk merasa tenteram berbanding alatan seperti pacifier, buaian atau mainan. (tak langusng, ok jer dia)
  12. Sensitif terhadap pemisahan: tidak bersedia menerima perubahan penjaga sedia ada dan sukar terhadap orang asing. (Ash ok, tip top...wakakakaka buat masa ni)
Oh begitu rupanya, ada facts yang kena dengan Ash dan ada yang tak bercanggah, kira2nya Ash ni tak adalah "attention seekers" sangat...muahahaha...melampau Mummy labelkan anak "attention seekers"... Ala adatlah tu kan, nak manja2 dengan Mummy...dah hari2 dok mengadap muka Mummy jer... siapa lagi Ash nak manja kannn? Kalau tak dengan Abah, Mummy, Nek Ma dan Atuk... *_^ 
↧

Viewing all articles
Browse latest Browse all 3928

Latest Images

Trending Articles