Cerita hujung minggu yang lalu...cerita mak2, suri2rumah dan pada sesiapa saja yang minat memasak... Heee... Macam yang pernah saya gebang2kan di dalam entri setahun ke 2 tahun lepas, dah tak ingat dah, nak menggali tak sempat pula time2 macam ni, jadi kita teruskan ajerlah mesej apa yang nak disampaikan... muahahaha... tukang masak kat dapur ni tak kiralah lelaki ataupun perempuan, kalau dah selalu sangat duduk kat dapur, hari2 masak memang boleh jadi blur, jam, tak reti dah nak masak apa. Dan bagi saya, selalunya ikut selera nak makan apa dan ikut selera siapa2 yang ada kat rumah tu. Asalkan tak melampau selera yang diminta tu oklah kannn? Kalau melampau sangat... dan memang tak sempat nak sediakan...masak sendiri...muahahaha...Ihikss..tak adalah saya ni kejam sangat, saya akan cuba sedaya upaya untuk fulfill selera2 orang...takkan nak masak ikut sedap tekak sendiri jer kan??? Yang nak makannya lebih dari satu mulut...Â
Hari Sabtu...
Tak adalah contemplating sangat nak masak apa, kita masak yang simple2 ajer untuk makan tengah hari dan malam...selalunya kalau dah masak untuk makan tengah hari, lauk tu akan merangkap untuk makan malam sekali...tak adanya nak duduk dapur lama2. Tengah hari duduk dapur, malam duduk dapur, tak dapeklah nak tengok akak ko ni macam tu... Masak sekali, lepas tu panaskan... Tak salah pun kan? Masakan pada hari yang sama masih boleh masak... Makanya hari Sabtu hari tu, memasaklah kita sayur brocolli campur (letak sotong dan letak carrot), ikan siakap goreng cili api dan juga tomyam campur. Siap, tak ada nak pening2 kepala nak masak apa.Â
Hari Ahad...ha inilah yang menjadi contemplating-nya tu...bila mana tengah2 merebus tulang untuk empukkan daging... Nak empukkan daging??? Refer entri INI ... Tiba2 jadi sangat2 contemplating...nak masak Sup Tulang ke atau nak masak Kari Tulang Tanpa Santan...Iolss kalau masak kari memang tak pernah bersantan...Bak kata mama iolss...Tak sey...Kalau masak kari bersantan memang tak ada yang nak sentuhnya la rumah iolss... Poyo2 pergilah upload kat Instag dan juga FB kannn??? Konon2nya minta pandang pendapat...datanglah satu pandang pendapat yang brilliant juga... tapi 2 kali kerjalah juga... masak 2-2 sekali... he he he... Idea dari Zaza Nizam....Makanya setelah daging dah empuk dan siap direbus, kita bahagikan setengah...separuh masak Sup Tulang dan separuh lagi masak Kari Tulang... Dan jadilah seperti ini...
Settle masalah...siapa nak makan Sup Tulang sila ambil di periuk yang berisi Sup Tulang, siapa yang nak makan Kari Tulang sila ambil di periuk Kari Tulang... Inilah akibatnya kalau dah contemplate dan complicated sangat tak tau nak masak apa...Muahahaha...
*Sebenarnya hari ni pun tengah contemplate nak masak apa dan tengah fikir apa yang ada dalam tempat ikan dan sayur dalam peti ais kat rumah tu... he he he... Hari kerja masak simple2 sudah...