Bagi mereka yang mengikuti secara rapat atau
sepintas lalu, artikel-artikel Kak Fa yang dimuatnaik di ruangan blog
Bubblynotes.Com, tentu sahaja anda pernah melihat atau membaca perkongsian Kak
Fa mengenai pembangunan hartanah di Tiara Sendayan sebelum ini. Kak Fa telahpun
bercerita mengenai pembangunan hartanah di Tiara Sendayan sebanyak dua kali.
Kali ini – sebelum ada yang terlepas pandang dan rugi, sukacita ingin Kak Fa
kongsikan bahawasanya kini, hanya tinggal… “landed residential” fasa terakhir
di Tiara Sendayan untuk dimiliki! Iya – fasa terakhir. Selepas ini tiada lagi
ya “landed residential”. Sekiranya anda mencari “landed residential” di Tiara
Sendayan, inilah peluang terakhir anda sebelum berputih mata.
Pembangunan terlaris Tiara Sendayan oleh Matrix
Concepts yang berjaya memikat hati Kak Fa sejak kebelakangan ini, akhirnya
mengambil kata putus untuk melancarkan fasa terakhir pembangunan “landed
residential” di Tiara Sendayan. Sememangnya, mengikut rekod prestasi Matrix
Concepts, setiap kali produk “landed residential” dilancarkan di Tiara
Sendayan, setiap kali itulah unit-unit yang ditawarkan habis terjual.
Pembangunan “landed residential” di Tiara Sendayan sememangnya merupakan satu
projek pembangunan yang sentiasa dinanti-nantikan umum.
Kenapa sampai begitu sekali?... Sepertimana yang
pernah Kak Fa kongsikan di dalam artikel yang terdahulu, Kak Fa pernah
berkongsi yang lokasi Tiara Sendayan itu sendiri adalah merupakan sebuah lokasi
yang strategik di mana ianya mempunyai akses sambungan seperti Lebuhraya
Utara-Selatan, laluan KLIA dan terletak
secara strategik di dalam Lembah Wawasan Malaysia (MVV) iaitu koridor
pertumbuhan baru yang diperuntukkan lanjutan daripada bandar gabungan Kuala
Lumpur Raya di Negeri Sembilan.
Tiara Sendayan kini telahpun matang, di mana ianya
memenuhi keperluan gaya hidup para pemilik kediaman di Tiara Sendayan dengan
lengkap. Oleh yang demikian, Kak Fa percaya, disebabkan kawasan ini telahpun
matang, maka Matrix Concepts bersedia untuk melancarkan fasa terakhir “landed
residential” mereka di Presint 14C3-A&B, Tiara Sendayan. Tiada lagi kediaman
setingkat atau dua tingkat yang akan dibangunkan pada masa akan datang selepas
fasa terakhir ini. Memang ini adalah betul-betul peluang terakhir kepada mereka
yang berminat untuk memiliki “landed residential” di Tiara Sendayan. Kalau
terlepas macam tu sahaja, memang teramatlah rugi pada Kak Fa.
Semestinya, pembangunan fasa terakhir ini masih
mengekalkan konsep hijau sekeliling seperti pembangunan yang sebelumnya.
Pembangunan fasa terakhir ini, akan menawarkan sebanyak 336 unit kediaman
pegangan bebas yang bersaiz 20’ x 65’ dan 20’ x 75’. Luas binaan kediaman
setingkat adalah seluas 1,056 kaki persegi dan dua tingkat yang mana luas
binaannya bermula dari 1,576 kaki persegi. Matrix Concepts menyasarkan pembeli
rumah pertama dan juga “empty nester” di dalam perancangan pelancaran fasa
terakhir ini. Kalau tak silap Kak Fa lah kan, pembangunan fasa terakhir ini
dikenali sebagai Anara, Calia dan Elara dan ia dilengkapi dengan kemudahan tiga
bilik serta dua bilik air bagi kediaman setingkat dan juga 4 bilik serta 3
bilik air bagi kediaman dua tingkat. Harga yang ditawarkan adalah bermula dari
RM225,000 bagi kediaman setingkat dan bermula dari RM360,000 bagi kediaman dua
tingkat.
Mana nak dapat dah pembangunan harta tanah seumpama begini? Memandangkan ini adalah pembangunan “landed residential” Tiara Sendayan yang terakhir, pastikan ramai yang tidak mahu terlepas peluang terakhir ini. Oleh itu, Kak Fa sarankan kepada anda untuk segera mendaftarkan minat anda ke atas fasa terakhir “landed residential” Tiara Sendayan di Matrix Concepts bagi memastikan anda dapat memiliki kediaman idaman anda selepas anda membaca artikel ini.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh menghubungi talian 1-800-88-2688 atau melayari laman web Home | Tiara Sendayan.