![]()
Rindu pada yang tiada itu sememangnya tidak berpenghujung... Ada masa-masa kita rindu telatah, ada masa-masa kita rindu gelak tawa serta gurau senda dan ada masa-masa kita rasa rindu sangat dengan bau mereka yang telah lama pergi meninggalkan kita. Signature my late grandmother adalah bau wangi pada badan beliau. Dah lama sebenarnya tercari-cari bau yang serupa tetapi tak jumpa-jumpa. Hu hu hu. Sampailah nak dijadikan cerita, baru-baru ni Kak Fa terjumpa bau yang serupa di pasaraya. Keharuman PARROT NATURAL Shower Cream dan Bar Soap membawa ingatan ke masa silam. Bau yang Kak Fa sangat rindukan. Tak tunggu lama terus borong semua. Ha ha ha.
Mesti ada sebab kan kenapa arwah nenek suka sangat menggunakan produk mandian PARROT NATURAL. Masa dulu-dulu produk mandian ini sangat terkenal dengan nama sabun Popinjay. Kak Fa tak pasti sama ada dulu ada di dalam bentuk shower cream atau tidak. Yang pasti jenis bar soap memang ada. Akan tetapi, ramai juga yang beritahu Kak Fa, produk mandian ni adalah produk mandian legend. Vintage sangat. But I agree, baunya memang vintage.
To be honest, memang Kak Fa buka setiap satu dan bau setiap satu tau tak? Dan barulah Kak Fa tahu yang sabun Popinjay adalah sabun yang sangat popular pada satu masa dan ketika dulu. Mama Kak Fa cerita sabun ni yang paling laris dulu adalah yang berbentuk bar soap berwarna hijau dan sabun ini sebenarnya ada banyak manfaat kepada kulit kerana mengandungi bahan-bahan herba semulajadi yang sangat membantu masalah gatal kulit, jerawat dan masalah kulit yang lain.
Kalau dah baunya, gambar burung kakak tua tu pun sama - memang sah sabun Popinjay kini kembali ke pasaran dengan rebranding kepada PARROT NATURAL Shower Cream dan Bar Soap. Cuma untuk kali ini, terdapat lebih banyak variasi seperti:
Jenis Bar Soap
Thai Botanical & Herbs
Variasi Thai Botanical & Herbs inilah bau arwah nenek Kak Fa. Paling legend, paling ulung dalam produk mandian PARROT NATURAL Shower Cream dan Bar Soap. Laku keras ni sehingga menjadi produk mandian PARROT NATURAL Shower Cream dan Bar Soap terpaling laris. Nombor syatu ok, nombor syatu. Bau dia memang bau legend yang unik dari wangian botanik Thai hasil paduan campuran minyak cengkih dan minyak Citronella.
White Sakura
Variasi White Sakura ni lembut dan segar sangat baunya. Kak Fa paling suka variasi yang ini tau. Ia dikatakan dapat membuatkan kulit lebih cerah dengan warna kemerah-merahan (natural pinkish skin). Ini yang Kak Fa suka ni... Ha ha ha...boleh berangan jap nanti kulit jadi macam kulit Korea kan?
Sweet Pink Rose
Variasi Sweet Pink Rose berbau ros yang romantik. Selepas pakai sabun mandian variasi Sweet Pink Rose ni, boleh rasalah yang kulit sangat-sangat wangi dan juga kulit tu seperti halus jer. Sebab variasi Sweet Pink Rose ini adalah gabungan aroma ros sebenar dan juga aloevera.
White Thanaka
Variasi White Thanaka adalah sangat menyegarkan dan ia dikatakan mampu menjadikan kulit lebih cerah. Baunya juga adalah tahan lama.
Thai White Jasmine
Variasi Thai White Jasmine ni pada Kak Fa memang bau authentic Thailand. Variasi ini adalah gabungan ekstrak asam jawa dengan wangian White Jasmine Thailand. Sebab tu Kak Fa kata authentic.
Jenis Shower Cream
Jika ada yang tak selesa dengan bar soap, terdapat juga variasi shower cream yang terdiri daripada Thai Botanical & Herbs, White Thanaka dan White Sakura. Kesemua variasi shower cream ini, wangiannya akan kekal di kulit sehingga 8 jam.
Pengalaman Kak Fa sebagai Pengguna PARROT NATURAL Shower Cream dan Bar Soap
Bukan setakat rindu bau arwah nenek terubat, now I can smell good like her. Yang Kak Fa perasan, memang bau wangi tu melekat sepanjang hari. Dah ibarat deodorant pun ada juga. Melekat sampai ke baju ya baunya. Itu yang paling Kak Fa tak sangka tu. Walau berpeluh macam mana sekalipun, memang tak akan bau peluh, sebaliknya wangian itu yang semakin menjadi semerbak.
Itu dari segi bau, dari segi alahan pada kulit setakat ini tidak ada alahan malahan kegatalan kulit pada alergi Kak Fa tu hilang setelah menggunakan PARROT NATURAL Shower Cream dan Bar Soap. Bukan setakat Kak Fa sahaja suka sangat dengan hasil penggunaan PARROT NATURAL Shower Cream dan Bar Soap ini. Firash yang cerewet tentang bau tu pun suka sangat dengan variasi produk mandian PARROT NATURAL Shower Cream dan Bar Soap.
Kak Fa cubalah pakai di kulit wajah sebab katanya boleh membantu menghilangkan jerawat. Eh eh... Ha ha ha... Betullah, tiba-tiba rasa macam kulit wajah tu halus dan mulus jer. Kalau serasi macam ni, silap haribulan tak perlu pencuci muka dah. Pakai ajer rangkaian produk PARROT NATURAL Shower Cream dan Bar Soap. Terus rasa tak menyesal borong banyak-banyak. Patutlah arwah nenek Kak Fa suka sangat dengan sabun ni. Rupanya banyak manfaat yang boleh didapati dari produk ini.
Nak Beli Di Mana?
Rangkaian PARROT NATURAL Shower Cream dan Bar Soap ini boleh didapati di hypermarket, supermarket, convenient store dan juga mini market. Banyak tempat ada ok. Tapi...kalau nak paling mudah, laju-laju add to cart dan check out melalui Shopee di tautan
https://shp.ee/2ydgcjj.
Untuk makluman anda, pada 27 Julai 2016, PARROT NATURAL telah diiktiraf sebagai produk berkualiti terbaik di mana PARROT NATURAL telah dianugerahkan dengan Anugerah Produk Terbaik dalam kosmetik dan bekalan perubatan sewaktu Ekspo Industri Thailand 2016.
Untuk Maklumat Lebih Lanjut: