Ingatkan Semester 4 tu dah paling mencabar untuk Kak Fa teruskan semester and survive, sebab semasa Semester 4 tu Kak Fa warded selama dua mingga dengan pakej Bone Marrow Test sekali. Rupa-rupanya Semester 5 lagi mencabar noks! Sampaikan rasa macam trauma pula nak welcoming the new semester ni! Tak putus-putus berdoa dalam hati ni supaya Semester 6 tak ada lagi yang bukan-bukan. Seriau oiii...
Rasanya walaupun Semester 5 ni cuma enrolled dua courses tetapi iaitu Strategic Management dan juga Compensation and Benefits tetapi cabarannya tersangatlah hebat. Ingatkan bila dah kurangkan courses for last semester boleh bertenang sedikit dan bolehlah menghadapi perjalanan itu dengan smooth. Smooth pada permulaan tetapi pada hujung-hujung? Ha ni kisahnya.
Perkara terjadi hujung-hujung semester...Masa tu lah sibuk dengan group assignment, case study dan juga final assessment, masa tu jugalah kejadian yang sebenarnya tak terfikir pun akan berlaku, berlaku juga kepada Kak Fa. Kalau ikutkan dalam planning, lagi dua tahun baru terjadi tetapi tak sempat dua tahun dah terjadi. Muahahaha... Bukan kita yang tentukan kan? Kalau dah nak jadi mana boleh nak tahan-tahan.
Ingatkan selepas cucuk booster AstraZeneca tanpa kesan sampingan tu dah cukup besar rahmat dari Allah SWT. Sebab dapatlah lalui requirement hujung semester dengan smooth kan? Rupa-rupanya... Itu sebab orang kata kalau sebelum apa-apa jangan cepat sangat meloncat... Jangan suka-suka sangat, nanti menangis. Huuu.... Never learn a lesson kan? Manusia macam nilah tak lari dari khilaf.
Cabaran pertama hujung Semester 5 memang kenot brain. Sakitnya tuh di sini masih lagi terasa sampai ke hari. Cabaran pertama tu bukan setakat memberi impak kepada hujung semester tetapi membawa ke kerja hakiki, kerja bukan hakiki. Betul-betul cabaran pertama tu menghuru-harakan kehidupan Kak Fa betul. Bukan tak terima dengan redha, tapi tak patut pun diperlakukan sebegitu rupa. Memang masa tu terasa semak dan serabut kepala dengan hamba Allah itu.
Cabaran kedua? Group assignment - cabaran biasa bila ada free rider yang ghosting nih bila bergelar pelajar dan berkeperluan untuk menghasilkan assignment secara berkumpulan. Memang setiap group assignment Kak Fa akan jadi compiler, proof read, restructer words, video editing and submission. Ni memang part Kak Fa oiii...Sebab Kak Fa memang nak pastikan semuanya perfect. Tak mengeluh pun part ni, cuma unresponsive team member and ghosting team member ni yang rasa nak meletops! Tau tak? Sepanjang seminggu Kak Fa tidur pukul 3 pagi. Kalau team member unresponsive or ghosting tu ok sejuklah jugak hati ni kan? Ha ha ha...
Nak tak nak - Kak Fa take up the initiative to settle juga dengan team member yang lain. Kak Fa jenis, I don't mind to do it but be with me along the completion journey. At least taklah Kak Fa terasa korang memang acuh tak acuh dan cuci tangan jer dari group assignment tu kan? Fair enough-lah kan, walaupun mungkin ada yang berpendapat tu pun dah berat sangat dekat bahu Kak Fa tu. Muahahaha... Eh tak tau ke? Kak Fa ni kaya dengan sifat pemurah dan baik hati. Bukan Kak Fa cakap! Tapi my BFFs yang cakap. Suka telan jer sampai makan diri sendiri. Gituhhh...
Cabaran ketiga? Februari 2022 - Covid-19 akhirnya say hye! - Ini memang tak boleh nak kata apalah kan? Dah tersurat serta tersirat. Kena terima seadanya. Terasa genting sangat ke situasi pada waktu dan ketika itu. Bukan setakat Kak Fa sorang tetapi termasuk dengan Mama Kak Fa dan Firash sekali. Paling tak boleh tahan hati ni bila kena tang Firash. Malas nak cerita balik tapi bolehlah baca cerita Covid-19 ni dalam entri Kak Fa sebelum ni. Ada Kak Fa share hari tu.
Nampak tak rentetan peristiwa demi peristiwa tu? Dia ibarat bertimpa-timpa, lepas satu-satu, lepas satu-satu. Tapi dok husnuzon jer dalam hati ni. Mungkin Allah SWT nak bagi sesuatu yang lebih baik lagi selepas ini. Nak marah tapi kena sabar, nak marah tapi kena sabar ha macam tulah. Tapi jujur Kak Fa cakap Semester 5, Kak Fa rasa sangat terganggu dekat hujung-hujung semester. Sobsss...Kesian Kak Fa kan? Tangisan dalam senyuman kata Farah Breep Breep kan? Ha ha ha...
Terasa cepat sangat Semester 5 berlalu. Memang sangat-sangat cepat tapi part-part hujung perghhh terasa seksa benar. Nak pujuk dan sedapkan hati - masa konvo tu akan jadi saat paling manis gituhhh. Makanya, jomlah kita lupakan apa yang di belakang dan pandang ke hadapan.
Keputusan Semester 5? Alhamdulilah. Masih lagi genggam pointer 3.00 ke atas cuma GPA Kak Fa drop sikit untuk Semester 5 dan CGPA Alhamdulillah masih kekal untuk posisi Dekan tu. Syukur sebab even Kak Fa terpaksa lalui macam-macam tekanan sewaktu Semester 5 tu, Kak Fa still manage to go through it. Semua perkataan boleh masuk, struggle, juggle, hustle like mad... But seriously it is very extreme. Sampai kena attack anxiety Kak Fa korang ni oiii... Tapi malas nak elaborate lebih-lebih cerita ni.