Membuat pesanan makanan siap untuk dimakan telah lama digunakan. Maka tak mustahil bagaimana servis grocery delivery turut sama berjaya mendapat perhatian ramai orang. Dengan adanya servis online bagaimana, kita tidak perlu lagi berada di luar rumah dalam waktu yang lama. Malah jika tidak penting tak perlulah terus keluar dari rumah.
Gunakan kesempatan yang ada ini untuk bersama family. Hargai masa yang ada kerana Covid-19 ini boleh menyerang sesiapa saja. Apakah servisgrocery delivery yang bagus untuk digunakan? Di sini ada beberapa cadangan yang sesuai untuk digunakan.
1. Mydin Online
Kepada anda yang ingin membeli barangan runcit secara dalam talian tetapi tidak ingin membayar duit penghantaran kerana kekurangan wang, anda boleh membeli barang yang anda perlukan di Mydin Online.
Anda boleh dapatkan pelbagai jenis barang di sini. Dari makanan sejuk beku sehingga bahan segar, peralatan penjagaan diri dan alatan keperluan rumah. Mydin dapat membantu membeli barangan dengan mudah. Kepada Anda yang sentiasa mencari barang yang menawarkan promosi yang murah, anda boleh mendapatkannya di Mydin Online ini juga.
2. Mygroser
MyGroser khusus dalam menyediakan bahan makanan yang segar seperti produk tenusu, sayur-sayuran, buah-buahan, daging segar, makanan beku dan kering selain daripada produk premium dan keperluan asas. Mereka juga mempunyai kedai, bilik simpanan bahan sejuk beku, dan juga kedai roti mereka sendiri. Baguskan?
Selain mempunyai pekerja yang terlatih sepenuh masa untuk membantu anda membuat pembelian, memilih, mengemas dan juga menyediakan produk yang telah dipilih oleh anda, mereka juga mempunyai bahagian Sedia Untuk Dimasak di mana ia menawarkan kit makanan untuk mereka yang menginginkan sesuatu yang lebih senang untuk dimasak dengan pantas.
3. GrabMart
Untuk menggunakan ciri GrabMart ini, anda perlu memuat turun aplikasi Grab di telefon pintar anda terlebih dahulu. Setelah selesai anda perlu memilih “Mart” di dalam aplikasi tersebut, kemudian pilih jenama atau barang sebelum menambahkannya ke dalam troli anda. Akhir sekali, anda hanya perlu membuat pesanan dan anda akan menerima bungkusan anda dalam masa 30 minit.
4. My Seafood Mart
Diperkenalkan sebagai kedai makanan laut dalam talian yang pertama dan satu-satunya yang menjual makanan laut yang segar secara dalam talian. Mereka menjamin bahawa semua makanan laut yang ditangkap sentiasa segar dan bebas daripada bahan pengawet.
Sudah lebih 20 tahun makanan laut mereka sentiasa ditangkap pada waktu pagi di Pulau Ketam, jadi anda mesti dapat membayangkan bagaimana pesanan anda tiba di depan pintu dalam keadaan yang masih segar. Selain daripada ikan, mereka juga turut menjual kerang dan ikan salai. Harga makanan laut ini ditetapkan mengikut berat.
5. Signature Market
Sekiranya anda ingin mendapatkan makanan ringan yang sihat dan juga makanan organik yang berkualiti tinggi, anda boleh mendapatkannya di Signature Market. Signature Market adalah kedai dalam talian yang khas dalam menyediakan makanan ringan yang sihat. Dengan lebih kurang 500 produk organik dan semulajadi yang sesuai untuk kesihatan anda dan juga untuk vegetarian.
Anda boleh mendapatkan penghantaran percuma dengan pembelian pertama anda dan potongan sehingga 50% daripada bil pembelian. Anda juga boleh dapatkan semua jenis makanan ringan yang sihat dari kacangsehingga strawberi kering, keropok sayur-sayuran dan makanan segara yang lain di laman web mereka.
6. Sea Fresh
Sea Fresh menghantar makanan laut yang segar terus dari perkampungan nelayan di Kuala Selangor dan Sekinchan ke depan pintu rumah anda.
Walaupun tawaran makanan laut mereka yang segar seperti ikan, sotong, udang dan juga udang karang menjadi kebanggan mereka, anda juga boleh mendapatkan barang lain seperti daging dan lain-lain lagi, serta makanan yang siap untuk dimakan seperti potongan unagi premium, otak-otak dari Muar, dan banyak lagi di laman web mereka.
Anda dapat menikmati penghantaran percuma di kawasan Lembah Klang dengan pembelian yang melebihi RM200. Nak lagi best, boleh cuba-cuba guna perkhidmatan pesanan dan penghantaran oleh pihak Pandamart.
Itulah dia antara pihak-pihak yang menawarkan servis pesanan dalam talian dengan proses penghantaran yang sangat berbaloi. Jangan jadikan pandemik sebagai alasan untuk saling menuding jari sebaliknya sama-sama kita cuba jaga diri masing-masing dengan cara yang paling baik.