4000 pencalonan seluruh Malaysia, 25 guru telah dipilih sebagai pemenang Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s 2021. Salah seorang dari mereka adalah Cikgu Asmahani Binti Abu Samah. Tahniah! Cikgu Asmahani Binti Abu Samah sememangnya layak dinobatkan sebagai salah seorang pemenang Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s 2021! Membaca teks pencalonan beliau oleh anak muridnya Nur Husna Afifah Binti Hisham sahaja, cukup untuk membuatkan Kak Fa berasa kagum.
Menurut Nur Husna Afifah Binti Hisham di dalam teks pencalonan Cikgu Asmahani Binti Abu Samah yang telah dihantar pada bulan April 2021 baru-baru ini, Cikgu Asmahani Binti Abu Samah adalah merupakan guru yang memikul tanggun
Sebagai anak murid kepada Cikgu Asmahani, Nur Husna gembira dan bersyukur kerana mendapat peluang untuk belajar di bawah didikan Cikgu Asmahani kerana Cikgu Asmahani tidak pernah mengenal erti putus asa di dalam mendidik anak-anak muridnya. Cikgu Asmahani seorang yang sabar di dalam membimbing anak-anak didik beliau sehingga berjaya dan akan memberikan pelbagai idea yang kreatif serta baik di dalam pembinaan prototaip RBT Tingkatan 1, 2 dan 3. Tidak kira apa sahaja kekangan yang timbul terutamanya bagi murid-murid bermasalah, Cikgu Asmahani akan menangani dan mengharungi situasi tersebut dengan bijak dan kreatif.
Cikgu Asmahani sentiasa mengambil pendekatan pelbagai di dalam teknik belajar di dalam menarik minat setiap pelajar beliau disulami dengan gurauan supaya hubungan antara pelajar dan guru dapat dijalinkan dengan efektif. Beliau berusaha untuk menjadi rakan baik kepada anak-anak didiknya, membantu pelajar yang susah dari segi duit ataupun makanan.
Ada sebuah kisah yang terpahat di ingatan dan hati Nur Husna di mana, 2 orang rakan Nur Husna yang kematian ibu bapa dan tinggal di rumah usang serta berjaya menyambung pelajaran di Kolej Vokasional. Cikgu Asmahani berjaya mencari dana untuk mereka melunaskan yuran pendaftaran sebanyak RM2000.
Sekiranya ada di antara anak-anak didik beliau yang mempunyai masalah disiplin, beliau akan cuba sedaya upaya untuk mengambil hati pelajar tersebut dengan mendekati dan menasihati mereka. Teknik yang digunakan adalah berjaya dan beliau berjaya membawa para pelajar bermasalah ini untuk menyertai pembinaan prototaip bagi sesuatu pertandingan.
Ketika zaman pandemik ini, Cikgu Asmahani yang turut tidak ketinggalan meneruskan pembelajaran secara dalam talian akan sangat sabar menanti kehadiran para pelajarnya. Beliau mengambil inisiatif untuk menghantar mesej kepada semua para pelajar yang tidak hadir di dalam kelas pembelajaran dalam talian bagi memastikan mereka mendapat ilmu RBT yang diajarkan. Memang kagum betul Kak Fa dengan kesabaran dan ketabahan Cikgu Asmahani di dalam melaksanakan amanah beliau sebagai seorang guru. Memang sangat-sangat jujur di dalam memikul amanah guru. Susah tau nak dapat guru macam ni tau. Ada bukan tak ada, tetapi agak sukar untuk dijumpai yang seumpama ini.
Dari penceritaan Nurul Husna, Cikgu Asmahani sememangnya sangat aktif di dalam penglibatan pertandingan bersama-sama para pelajar beliau. Di antara pertandingan yang telah disertai dan dibimbing oleh Cikgu Asmahani adalah:
- Kejayaan Bravo Dustbin (Anugerah Gold Medal)
- E-Inoreka International Challenge (Antarabangsa) - Anugerah Like Terbanyak 5.1k
- Klesf International Challenge (Antarabangsa) - Tempat Pertama
- National Thinkering Challenge (Kebangsaan) - Anugerah Silver Medal
- Vide Unimap 2020 (Kebangsaan) - Anugerah Bronze Medal
- Young Innovators Challenge By Chumbaka (Kebangsaan)- Tempat Ke-2
- Pertandingan Inovasi Dan Literasi Integrasi Steam Antara Sekolah Menengah Pulau Pinang 2020 (Negeri)
- Chafing Dish- Tempat Ke-3
- Karnival Hijau 2020 Anjuran Politeknik Seberang Jaya (Negeri) - Silver Medal
- Vide Unimap 2020 (Kebangsaan) - Tempat Pertama
- Pertandingan Inovasi Dan Literasi Integrasi Steam Antara Sekolah Menengah Pulau Pinang 2020 (Negeri).
In summary – Wowww! Komited, aktif, berdedikasi dan sangat jujur di dalam memikul amanah seorang guru. Nampak kesungguhan Cikgu Asmahani walaupun Kak Fa tidak mengenali beliau secara dekat. Sememangnya tak salah dan tepatlah pemilihan beliau sebagai salah seorang pemenang Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s 2021. Beliau adalah seorang guru yang go the extra mile! Beliau salah seorang guru hebat yang sanggup berkorban tanpa mengharapkan balasan di dalam memupuk minda generasi muda dan membina asas kukuh yang akan membentuk masa depan mereka. Dedikasi dan komitmen yang dipamerkan sememangnya tidak berbelah bahagi.
Untuk makluman semua, para penerima Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s 2021 telah dipilih oleh panel hakim yang terdiri daripada wakil-wakil dari McDonald’s, Kementerian Pendidikan dan juga media. Kisah-kisah pencalonan 25 penerima anugerah boleh dibaca dengan lebih lanjut melalui pautan di https://www.mcdonalds.com.my/bm/anugerahguruinspirasi/winners/2021.
Setiap seorang daripada 25 penerima Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s 2021 menerima wang tunai berjumlah RM5000, manakala para pencalon mereka pula menerima baucar hadiah McDonald’s bernilai RM200 sebagai tanda penghargaan di atas pencalonan yang telah dilakukan tempoh hari.
Sebenarnya, pengorbanan guru tu lebih besar dari apa yang terlihat dengan mata kasar. Kalau ikut-ikutkan memang tidak ternilai. Sebab tu kita sewajarnya menghargai jasa guru-guru kita di atas dedikasi mereka menjadikan kita anak didik mereka sebagai manusia. Tahniah sekali lagi diucapkan kepada Cikgu Asmahani. Semoga terus maju jaya dan sabar di dalam mendidik serta memikul amanah sebagai guru.