Quantcast
Channel: Bubblynotes.Com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 3928

Dapatkan Pemeriksaan Tekanan Darah, Ujian Glukosa & Urin TANPA KOS di MAA MEDICARE CARDIAC DIAGNOSTIC CENTRE Hari Ini!

$
0
0

Nak tanya ni… Sedar tak yang penting untuk kita memantau tekanan darah, paras glukosa dan melakukan ujian urin? Pentinglah…Siapa yang kata tak penting. Nak hidup dengan sihat, ini semua penting ok? Kalau Kak Fa nak suruh anda pergi buat pemeriksaan nak tak? Boleh jer dapatkan pemeriksaan tekanan darah, ujian glukosa dan urin TANPA KOS di MAA MEDICARE CARDIAC DIAGNOSTIC CENTRE hari ini! Tapi dengan syarat, anda perlu habiskan pembacaan entri Kak Fa ni, kemudian baru Kak Fa kongsikan bagaimana caranya. Oleh itu, baca tau… Jangan “skip” satu pun. He he he… 


Sebelum Kak Fa bercerita tentang perihal pemeriksaan tekanan darah, ujian glukosa dan ujian urin tu… Sukalah kiranya Kak Fa nak bercerita dulu tentang MAA MEDICARE CARDIAC DIAGNOSTIC CENTRE ni. Agak-agak andalah…Anda “familiar” tak dengan MAA MEDICARE CARDIAC DIAGNOSTIC CENTRE? Kalau tak “familiar” tak apa…Boleh jer jadikan entri Kak Fa pada kali ni sebagai rujukan anda. “So next time”, anda pun dah tahu kan? 




Untuk pengetahuan anda, MAA Medicare Cardiac Diagnostic Centre ni adalah merupakan pusat diagnostic jantung amal yang PERTAMA di Malaysia. Ianya telah ditubuhkan pada bulan September 2018, di bawah naungan MAA Medicare Heart Charity Fund. Objektif utama pusat ini adalah untuk memastikan rakyat Malaysia yang kurang berkemampuan mendapatkan rawatan berkualiti tinggi, rawatan jantung dan vaskular yang canggih dengan kos subsidi. Selain diagnostik dan rawatan, pusat ini juga bertujuan untuk mendidik masyarakat tentang pentingnya menjaga gaya hidup yang sihat untuk mengurangkan faktor risiko penyakit jantung dan vaskular dengan mengadakan ceramah, roadshow dan pemeriksaan kesihatan. 




Tiba-tiba kan…Kak Fa teringat pada arwah Papa Kak Fa…. Kalaulah Kak Fa celik tentang MAA Medicare Cardiac Diagnostic Centre ni, rasanya memang gigih Kak Fa bawa arwah Papa ke MAA Medicare Cardiac Diagnostic Centre… Ermm…takperlah, cerita dah lepas pun. Kita tutup cerita tu. 


Ikutkanlah kan…angka kematian penyakit jantung koronari di kalangan rakyat Malaysia memang meningkat saban tahu. Kak Fa pernah terbaca yang Jabatan Perangkaan Malaysia mencatatkan Ischaemic Heart Disease sebagai penyebab utama kematian. Memang tepat dan bernas sangatlah usaha MAA Medicare Heart Charity Fund melalui penubuhan MAA Medicare Cardiac Diagnostic Centre ni. Sebab keperluan mendesak untuk rawatan sakit jantung di mana kalau di hospital awam senarai menunggu tu memanglah lama, manakala hospital swasta pula kos tinggi. Tak semua orang mampu kan? 





Kini terdapat opsyen sebabnya salah satu dari tujuan pusat ini juga adalah untuk memastikan rakyat Malaysia yang kurang berkemampuan mendapat rawatan berkualiti tinggi, rawatan jantung dan vaskular dengan kos subsidi. Pusat ini memberikan perkhidmatan dan khidmat rundingan serta rawatan jantung dan vaskular yang komprehensif dengan kadar subsidi berdasarkan latar belakang sosioekonomi pesakit. Tak perlu ragu dan tak perlu risau kerana pusat ini diterajui oleh pakar kardiologi dan pakar bedah jantung yang berpengalaman dan terkenal untuk melayani kesemua pesakit.






Pusat ini dilengkapi dengan fasiliti yang terbaik di mana, di antara senarai perkhidmatan yang disediakan oleh MAA Medicare Cardiac Diagnostic Centere adalah seperti yang tertera di bawah berikut: 

  • Outpatient cardiology clinic consultations.
  • Dobutamine stress test.
  • Electrocardiogram (ECG).
  • Chest and general x-rays.
  • 24-hour holter monitoring.
  • Diagnostic coronary angiography.
  • Treadmill stress test.
  • Percutaneous coronary angioplasty.
  • Echocardiogram.
  • Stress echocardiography.
  • Coronary calcium scores.
  • CT scan coronary angiography.
  • Critical coronary & in-patient nursing care.
  • Dietary & lifestyle modification advice.
  • Cardiac rehabilitation & physiotherapy.
  • Public awareness & education.
  • General health & cardiac screening.
  • Provisions to perform heart surgery at partner hospitals. 


Ok… confirm ada yang berminat kan? Dan confirm ada yang tertanya-tanya di manakah lokasi MAA Medicare Cardiac Diagnostic Centre ni? Ada dua lokasi yang boleh anda tuju iaitu sama ada di Jalan Ipoh ataupun di Jalan Sultan Azlan Shah, Kuala Lumpur.




Jadi…. Khusus untuk anda… Anda jer Kak Fa bagi ni… Sepertimana yang dijanjikan periksa tekanan darah anda, dapatkan ujian glukosa dan ujian urin TANPA KOS. “Save” baucar ni ya:





Ikuti saringan secara PERCUMA di MAA Medicare Cardiac Diagnostic Centre dan dapatkan keputusan anda di dalam kadar segera. 


Hubungi 016 228 1166 ataupun What’s App 016 226 2600 untuk menempah slot anda! 


Untuk Maklumat Lanjut:

Laman Web MAA Medicare Cardiac Diagnostic Centre

Laman Instagram MAA Medicare Cardiac Diagnostic Centre

Laman Facebook MAA Medicare Charitable Foundation


Viewing all articles
Browse latest Browse all 3928