Realiti untuk Kak Fa – Jika hari-hari beriftar dengan menu yang hampir serupa, lama-kelamaan Kak Fa boleh jadi “slow” sewaktu beriftar. Ha ha ha… Selera tu seakan tumpul dan ini mungkin disebabkan oleh tiada kelainan di dalam hidangan yang diambil. Bila dah hari-hari pusing menu, lama-lama memang selera seakan jadi tumpul. Oleh itu, Kak Fa perlukan kelainan ok? Kelainan. Masakan Malaysia ni hampir 365 hari kita makan. Jadi logik jika ada masanya kita ingin ubah selera ya tak? Siapa setuju? Kalau setuju, apa kata kita ubah selera iftar dengan rasa “authentic” Indonesia di IndoAsli! Sambil menikmati juadah sambil “feeling” sedang makan di Indonesia. Membayangkan diri sedang bercuti di Indonesia. Al-maklumlah rakyat Malaysia masih belum boleh bercuti ke luar negara lagi kan? Ambil “feel” kira dah ok sangat dah tu!
Jika anda belum pernah mencuba menu IndoAsli atau belum pernah mendengar tentang IndoAsli… Anda berada di “landing page” yang tepat! He he he… Kali ni entri Kak Fa ingin membawa anda semua ke alam IndoAsli pula. Kita cerita tentang makanan pula kali ni ya. Bulan Ramadhan ni memang ramai yang suka mencari tentang makanan di enjin carian kan? Jadi kalau anda inginkan kelainan atau “craving” rasa “authentic” Indonesia, anda berada di “page” dan entri yang tepat.
Pertama sekali Kak Fa nak kongsi sedikit tentang IndoAsli.
20 tahun yang lalu, seorang Chef yang berbakat telah mengembara ke seluruh pelusuk Indonesia dengan misi pencarian rasa “authentic” makanan yang sebenar. Beliau telah singgah di beberapa tempat di Indonesia di mana beliau telah merasai pelbagai jenis hidangan dari daerah yang berbeza di Indonesia.
Setelah pulang, beliau tidak dapat melupakan kelazatan rempah dan juga herba Indonesia yang telah beliau rasa ketika di Indonesia. Oleh yang demikian, beliau berimpian untuk berkongsi tentang keindahan serta kenikmatan hidangan Indonesia kepada rakyat Malaysia. Beliau mengambil keputusan untuk mengembara kembali ke Indonesia di mana beliau mendapat kesemua resipi “authentic” Indonesia yang berkenaan dan membangunkan restoran IndoAsli yang berkonsepkan pusat makanan “authentic” Indonesia di mana para pelanggan seperti Kak Fa dapat merasakan rasa makanan sebenar Indonesia.
Sasaran beliau adalah untuk berkongsi dengan sebanyak orang yang mungkin. Yang menarik – hanya di IndoAsli anda akan berpeluang untuk menikmati hidangan dari daerah yang berbeza di Indonesia. Tak perlu pergi ke banyak-banyak restoran semata-mata kerana nak merasai hidangan Indonesia dari daerah yang berbeza, hanya perlu ke IndoAsli sahaja. Itu yang sebenarnya membuatkan Kak Fa tertarik untuk beriftar di IndoAsli ok? Tak nak ke rasa pengalaman yang sama dengan Kak Fa?
Contohlah ya, contoh… Kak Fa kongsikan menu yang boleh anda nikmati di IndoAsli yang Kak Fa dah pun nikmati tempoh hari.
Terung Raos Khas Bandung | RM11.90
Nasi Tumpeng Ayam Bakar Percik Bali | RM 25.90
Ikan Talapia Goreng Renyah Sambal Nusantara | RM 39.90
Jeli dalam Telur | RM 8.90
Popia Pisang | RM 12.90
Jus Alpukat Teristimewa IndoAsli | RM12.90
Es Alpukat | RM 13.90
Soda Serai | RM 6.90
Tentang “portion” anda tak perlu risau sebabnya dalam satu hidangan IndoAsli, “portion” yang disediakan sememangnya memadai untuk 2-3 orang makan. Cukup. Harga pun mampu untuk makan ya. Ia bukan harga kayangan. He he he…
Tapi…untuk makluman anda kesemua menu baru IndoAsli yang Kak Fa kongsikan di dalam entri ini kini eksklusif Cuma di IndoAsli IOI City Mall, Putrajaya yang berlokasi di Lot No: LG-36 dan bagi IndoAsli Central i-City, Shah Alam yang berlokasi di Lot No: LG-58 – sabar jap! Ia akan datang menemui anda tidak lama lagi.
Untuk Maklumat Lanjut, Sila Layari: