Meet the latest parent-shaming label making the rounds: the Snowplow Parent. Terma terbaru yang hangat diperkatakan sejak-sejak cerita ni meletops di New York Times baru-baru ni berhubung dengan skandal penipuan kolej besar-besaran, di mana 50 individu telah didakwa dengan penipuan kerana membayar sejumlah wang sebanyak $500,000.00 sebagai rasuah untuk memalsukan kelayakan serta skor ujian anak-anak mereka semata-mata untuk memastikan anak-anak tersebut diterima masuk ke sekolah elit. Fuyooo.... Snowplow Parent - awak ke tu? Dulu kita dengar cerita sijil Diploma, Degree or Masters yang dibeli sekarang dah merebak sampai ke level begini!
Some affluent mothers and fathers now are more like snowplows; machines chugging ahead, clearing any obstacles in their chlid's path to success, so they don't have to encounter failure, frustration or lost opportunities - The New York Times.
Di dalam erti kata lain, ibu bapa menghapuskan segala bentuk halangan demi memastikan bahawa anak-anak mereka tidak perlu menghadapi kekecewaan atau kegagalan. Kira-kira macam, perjalanan hidup anak-anak tu jadi smooth jer - sama seperti membersihkan salji di atas jalan.
Memanglah fitrah ibu bapa akan membantu anak-anak dan membimbing anak-anak masing-masing supaya berjaya di dalam kehidupan, tetapi mak ayah jenis Snowplow ni melampau tau tak? Tak peduli whatever it takes - janji anak tak susah. Nampak sedap mata memandang dan sejuk jer hati bila anak sentiasa mudah jer perjalanan mereka tetapi rugi sebenarnya! Anak-anak kepada Snowplow Parent tidak pernah mempunyai peluang untuk belajar tentang ketahanan dan kepintaran di samping menghadapi masalah dan kegagalan. The true essence of life. Rasa bahagia dan senang jer sentiasa, sikit pun tak rasa susah. Esok-esok kena reject ke? Kena tolak ke? Tak diterima ke? Sampai tak boleh nak terima kenyataan anak-anak tu. This is failing forward ok?
Berdasarkan undian atas talian oleh New York Times dan Morning Consult, didapati tiga perempat daripada ibu bapa telah membuat temujanji seperti sesi lawatan doktor atau sesi memotong rambut untuk anak-anak dewasa mereka yang berusia 18 sehingga 28 tahun. Tambahan dari itu, didapati:
- 11% daripada ibu bapa berkata mereka akan menghubungi majikan anak-anak mereka untuk memastikan sama ada anak mereka menghadapi masalah di tempat kerja atau tidak.
- 16% daripada ibu bapa berkata mereka akan menghubungi atau menghantar mesej kepada anak-anak mereka sewaktu di dalam kelas atau peperiksaan demi untuk memastikan anak-anak mereka tidak tidur di dalam kelas atau peperiksaan.
- 8% daripada ibu bapa berkata mereka akan menghubungi professor atau pentadbir kolej mengenai gred anak mereka atau masalah yang anak mereka hadapi.
David McCullogh, Jr seorang guru sekolah dan penulis "Your Are Not Special and Other Encouragements" yang juga telah membantu di dalam mempopularitikan terma Snowplow Parenting memberitahu pihak New York Times yang para ibu bapa berkenaan berasa yang mereka telah melakukan perkara yang sepatutnya dan betul untuk anak-anak mereka. In the same article, it was said that snowplow parenting is done largely by priveleged parents who have the money and connections to give their children these advantages.
Senang cerita, snowplow parent adalah didefinisikan sebagai individu yang sering memaksa untuk menghilangkan segala halangan yang ada di dalam perjalanan hidup anak-anak mereka. They have their eye on the future success of their child, and anyone or anything that stands in their way has to be removed. Seboleh-boleh snowplow parent ni tak nak anak-anak merasai keperitan atau kepayahan di dalam perjalanan hidup mereka supaya anak-anak mereka boleh berjaya tanpa halangan. Ini adalah jenis ibu bapa yang akan duduk di dalam bilik pengetua untuk bertanyakan kursus tambahan untuk anak-anak mereka dan juga elaun istimewa untuk anak-anak mereka. The sense of entitlement to snowplowers: They blame the school when things go wrong and never accept anything less than first place for their kids.
Personally - Kak Fa tak ley gi kot parenting this way. Sebab bagi Kak Fa - untuk berjaya seseorang itu perlu menghadapi kepelbagaian pengalaman di dalam kehidupan. Anak-anak kena diajar yang tidak ada benda yang datang bergolek dan tak ada satu benda mudah pun yang datang dalam kehidupan. Semua kena usaha. Bagi Kak Fa, snowplow parenting adalah lebih kepada killing the children self-esteem and independence. Kak Fa is the type of mom that OK with Firash to experience some challenges to gain what he wants or not being on the school sports team. I won't be writing his university applications for him. He needs to make his own effort and achieve what he supposed to achieve on his own.
Snowplow parenting would lead to kids being less resilient and less likely to take risks. They will never develop proper coping skills or the maturity to make decisions on their own. Plus... they might not be able to handle failure or solve problems independently.
We all trying out our best as parents and no label fits any of us 100%. We cant't remove every obstacle from our children's paths.