Quantcast
Channel: Bubblynotes.Com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 3928

Apa Itu Teknik "Power Pumping"???

$
0
0
Source Extracted from Google
Muahahaha...dah beralih bidang pula dah Cik Puan Bubbly... Kalau dah gambar "pump" kat atas ni, dah tentu2 lah bercerita pasal "breastfeeding" kannnn??? Oopsss sebelum tu, lewat benar baru "up" entri hari ni??? Dah semestinyalah "busy" pergi jalan2 cuci2 mata dengan Ash hari ni... "Round the world uolsss..." ... Tak padan dengan dalam pantang ok??? Wakakaka.... Siap ber-"shopping" bangat... Katanya Y.E.S... "Year End Sale"... *_^... Macam2 diborongnya... 

Tak pernah Cik Puan Bubbly bercerita pasal "breastfeeding" ni kan??? Dah jadi ibu ni, kiranya dah terjebak lah.... Entri pertama adalah pasal Bengkak Susu ... Yelah sambil2 kita berblogging marilah kita sama2 menambah ilmu... Mungkin yang dah pakar2 tu, dah tau dah apa maksud "power pumping" ni, tak payah baca panjang2 pejam mata dah tau dah "uols"... Tapi ini adalah sekadar perkongsian kepada mereka yang masih tidak tahu dan baru memasuki alam keibuan... ahaksss... alam keibuan giteww...macam akak ni ha... Jadi marilah kita sama2 menambah ilmu pengetahuan kita bersama...

Ibu2 sekarang semuanya sudah terdidik dan terbuka minda tentang kebaikan susu ibu yang mempunyai 1001 khasiat. Jadi kebanyakan ibu2 terutamanya yang sedang "preggy" lagi sudah belajar cara2 untuk menyusukan anak secara eksklusif tak kira yang bergelar surirumahtangga mahupun yang berkerjaya... 

Menyusu memerlukan kesabaran, kekuatan dan ilmu yer... apa2 pun lah yang kita buat "knowledge" tu penting...kalau tak nak "knowledge" memang apa pun tak boleh yer... ibarat tong kosong yang kuat berbunyi sebab kosong kan??? Kalau tak ada ilmu, bila susu merudum kita akan cepat putus asa...dan mula menyalahkan diri sendiri cakap tiada susu lah, susu dah keringlah dan macam2 lagi... Ha...sebab tulah ilmu tu penting, sebab tu kita kena belajar, Google atau tanya pada yang berpengalaman tentang cara penyusuan yang betul contohnya masa yang sesuai untuk pam susu, bagaimana cara nak "handle" susu perahan dan macam2 lagi... Jangan tak tahu emosi ibu pun mempengaruhi penghasilan susu... sebab tu ibu2 kena sentiasa positif dan tak "stress"...kalau susu merudum, cuba perbetulkan "latching", kerapkan lagi penyusuan dan aplikasikan teknik2 untuk memeriahkan lagi susu... 

Salah 1 teknik apabila susu merudum adalah teknik POWER PUMPING... ramai tak tahu apa itu POWER PUMPING...erksss ye ker??? ala, mesti "uols" dah "expert".... Ibu yang menyusu anak secara eksklusif jangan ambil tak endah yer.... lainlah kalau susu memang "naturally" banyak kannnn??? syukran...syukur Alhamdulillah, rezeki anak... ^_^

APA ITU POWER PUMPING???
POWER PUMPING adalah 1 teknik mengepam untuk meningkatkan penghasilan susu ibu. Ianya cara mengepam yang biasa tetapi dengan teknik tertentu. Ideanya adalah untuk meniru cara bayi menyusu. 

BAGAIMANAKAH CARA POWER PUMPING???
  • Single pump - pam payudara sebelah kanan selama 10 minit kemudian pam payudara sebelah kiri selama 10 minit, ulangi mengepam payudara sebelah kanan 10 minit dan ulangi berselang-seli antara payudara kanan dan kiri berterusan selama 1 jam. 
  • Double pump - pam kedua2 belah payudara secara serentak selama 10 minit kemudian rehat selama 10 minit dan pam balik 10 minit rehat 10 minit dan seterusnya selama 1 jam.
BILA MASA YANG SESUAI BUAT POWER PUMPING???
Boleh buat pada bila2 masa tetapi waktu yang terbaik adalah dari tengah malam sehingga subuh kerana hormon yang merangsang susu paling banyak dihasilkan pada waktu ini dan ibu juga kurang "stress" pada waktu ini jadi hormon oksitosin senang disingkirkan. 

SIAPA YANG PERLUKAN POWER PUMPING???
  • Ibu yang kekurangan susu - punca kurang susu seperti "menstrual cycle", hormon tidak stabil, emosi terganggu, dll. 
  • Ibu yang menyusukan anak angkat - teknik ini digunakan untuk merangsang penghasilan susu.
  • Ibu yang relaktasi / ingin menyusukan semula anak setelah lama berhenti menyusu.
BAGAIMANA MENYIMPAN HASIL PERAHAN???
Pastikan hasil perahan disimpan dalam suhu yang sama...susu perahan dari 3 kali perahan tersebut mestilah disejukkan dahulu dalam peti sejuk di bahagian bawah...setelah suhu sama barulah "combine"kan dalam satu botol dan simpan dalam "deep freezer".

BERAPA LAMA BARU NAMPAK HASILNYA???
Setiap orang adalah tidak sama. Ada yang beberapa kali buat dah nampak perubahan ketara tapi ada juga yang agak lambat tetapi kebiasaanya dalam masa seminggu memang akan ada perubahan ketara. Jadi ibu2 semua haruslah bersabar dan "keep on pumping"... jangan sesekali "give up"... fikir yang "uols" buat semua ni untuk "baby uols"...fikir positif itu penting tapi jangan ingat buat sekali terus dapat susu banyak mencurah2 yer... "No no no"... mungkin pada awalnya "uols" mengepam angin semata2 tapi seperti yang dikatakan tadi jangan putus asa, doa dan tawakal.... 

DAH BUAT POWER PUMPING TAPI SUSU MASIH SEDIKIT???
Tidak dinafikan memang ada ibu yang sudah berusaha tapi penghasilan susu masih sedikit. Kenapa jadi macam ni??? Cuba cek diri "uols"....
  • Pemakanan yang tidak seimbang.
  • Pengambilan air yang tidak cukup (minum sekurang2nya 3 liter air sehari)
  • Ibu sentiasa kurang bertenaga, tidak sihat dan sentiasa penat.
  • Pemikiran negatif dan emosi sentiasa tidak stabil.
Ibu2 yang sudah berusaha tapi masih belum mendapat kuantiti susu yang diinginkan atau yang sudah mendapat susu yang banyak tetapi mahu lebih lagi untuk buat stok??? Apa lagi makan supplemen ler... ha ha ha... bantuan ok bantuan... supplemen apa??? Banyak jenis dan melambak2 di pasaran... Google ajer... "consult doctor" ajer... kawan2 "uols" pun mesti ada yang tau pasal ni...hi hi hi... Segalanya di hujung jari... 

KREDIT: SINI

*Jadinya, kawan2... "uols2" yang mengalami masalah "low milk supply" atau "chronic low milk supply" bolehlah mencuba teknik POWER PUMPING ni... manalah tau kot2 kalau berhasil kan??? *_^ wink wink... 

Viewing all articles
Browse latest Browse all 3928