![]() |
Source Extracted from Google |
"Something captured my mind and eyes" dalam berita dulu semalam... Ribuan ikan naik ke darat di Lahad Datu...Macam pernah terdengar dan teringat2 yang fenomena seperti ini petanda sesuatu tetapi apakah??? Hu hu hu... Puas mencerna otak ni untuk mengingat... apakah mungkin petanda gempa bumi bakal berlaku??? Petanda tsunami bakal melanda??? atau petanda lain??? Apa2 pun kita doakan yang terbaik ajerlah... Kebiasaanya fenomena alam pelik macam ni orang akan mengingatkan petanda sesuatu bencana atau perkara tidak baik bakal berlaku tetapi entahlah...kalau dari segi saintifiknya mungkin ada kaitan dengan perubahan ekosistem kot??? (muahahaha...bicara persis ahli geologi "uols"...)
SHAH ALAM - Beribu2 ikan yang kebiasaannya hanya berenang di tengah lautan, hari ini dilihat berpusu2 berenang ke pesisiran pantai dan melompat naik ke daratan.
Fenomena aneh yang mengejutkan penduduk setempat ini berlaku di Pulau Tambisan, Lahad Datu, kira2 9 pagi tadi.
Menurut pembaca Sinar Harian Online, Luludaprincess Oja yang berkongsi maklumat itu, kejadian itu disedari oleh penduduk sekitar yang melalui kawasan itu secara tiba2 melihat ikan meloncat naik ke daratan.
"...situasi ini disedari oleh orang kampung yang kebetulan berada di tepi pantai, melihat kelainan dalam air tersebut di mana ikan2 meloncat naik ke darat. Sesetengah penduduk mengambil kesempatan untuk memungut ikan tersebut. Ini merupakan fenomena pertama berlaku di kampung tersebut" katanya.
Dalam pada itu, Sinar Harian Online mendapati video mengenai peristiwa itu yang berdurasi 2 minit 35 saat telah dimuatnaikkan di laman YouTube.
Sebelum ini, kejadian tsunami yang berlaku di Acheh pada 26 Disember 2004 turut mencatatkan tanda2 pelik sebelum berlaku bencana alam tersebut.
Sama2lah kita berdoa semoga tiada perkara buruk yang bakal berlaku...Moga2 dijauhkan dan kita semua berada di bawah lindungan Allah SWT....
Kredit: SINI