![]() |
Source Extracted from Google |
Sejuk dan nyamannya udara "aircond" memang nikmat kan "uols"...Macamlah Ash tu, kalau tidur nak ber-"air-cond" jer... hu hu hu...jenuhlah mummy nak bayau bil letrik lepas ni...wakakakakaka...tak mengeluh tapi sebab diri sendiri tau yang "aircond" ni tak berapa bagus untuk kesihatan tubuh "uols"... "Aircond" memang sejuk dan nyaman tapi kesan jangka panjang kepada kesihatan tubuh tu yang tak berapa nak seronok tu.... Ash ni pun tengah nak dibiasakan dengan kipas secara "slowly" ni, tak nak diturutkan sangat...
Ini adalah kesan penggunaan "aircond" atau penghawa dingin yang berlebihan bagi kesihatan tubuh badan...
PENYEBAR KUMAN DAN DEBU HALUS
Pada lingkungan sejuk dingin dituntutan sebagai media yang cepat menyebarkan kuman, dengan mengalirkan udara yang sama yang terus beredar di tempat bekerja. Jadi "uols" disyorkan untuk menutup mulut menggunakan "masker" ketika sedang diserang selesema, batuk dan bersin. (memanglah pun kan??? kalau dalam "office" tu sorang tak sihat, kadang2 boleh menjangkit kepada orang lain).
Bukan setakat tu saja, "aircond" juga penyebab penyebaran kotoran/debu halus (jika tidak sering dibersihkan), yang boleh meningkatkan masalah pernafasan seperti rhinitis alergi, peradangan pada hidung, bahkan lebih lagi.
Ramai orang yang sudah berumur juga mengeluh sakit otot jika terkena "aircond" untuk jangka masa yang lama. Penyelesaian untuk masalah ini adalah pakai selimut tebal atau pakai pakaian tebal. Hal ini untuk mengelakkan debu dan juga cukup untuk mengawal kelajuan udara sejuk.
SARANG BAKTERIA
Tempat titisan air sejuk perlu sering dibersihkan sehingga organisma mikro seperti bakteria tidak dapat berkembang biak. Selain itu, saluran pengudaraan perlu sering diperiksa. Umumnya keadaan itu sesuai menjadi tempat tinggal tikus dan kuman lain.
Tempat titisan air sejuk perlu sering dibersihkan sehingga organisma mikro seperti bakteria tidak dapat berkembang biak. Selain itu, saluran pengudaraan perlu sering diperiksa. Umumnya keadaan itu sesuai menjadi tempat tinggal tikus dan kuman lain.
SEBABKAN OBESITI
"Aircond" bahkan dikatakan mengurangkan kadar metabolisme sehingga menyebabkan kenaikan berat badan pada manusia.
KESAN SINDROM
Ada satu sindrom baru yang disebut sindrom bangunan sakit ("sick building syndrome") yang kebanyakannya berlaku ketika "aircond" keadaannya tidak baik dan mengakibatkan pelbagai bahaya bagi kesihatan seperti sakit kepala, kerengsaan pada mata, hidung atau tekak, kulit kering atau gatal dan pening kepala.
Sebaiknya, bukalah tingkap sekurang2nya untuk pengaliran udara, minum air lebih banyak boleh membantu menyelesaikan masalah ini.
MENIMBULKAN PENYAKIT
Keluhan yang umumnya muncul dari orang2 yang bekerja di dalam "aircond" seperti masuk angin, sakit kepala dan migrain. Beberapa doktor bahkan menyatakan bahawa "aircond' setakat ini lebih baik daripada udara semulajadi yang sudah tercemar kerana ia sudah ditapis berkali2.
SUMBER: SINI
*Ash kalau ditutup "aircond" memang tidur resah...hu hu hu, habis acaner tu??? Walau macam mana pun tak boleh ikut rentak dia sangat ye tak??? Mummy nakal, bila Ash dah lena, mummy tutup "aircond", agak2 pipi dah merah macam epal baru mummy buka balik "aircond" untuk Ash...Kesian anak mummy... hik hik hik...