Quantcast
Channel: Bubblynotes.Com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 3928

Cara Semulajadi Dapatkan Anak Perempuan

$
0
0
CARA SEMULAJADI DAPATKAN ANAK PEREMPUAN
Kredit: Gambar dari Google
"Teach me lah... How to get baby girl!"... Alamak! Kawan Kak Fa minta Kak Fa ajar macam mana nak dapatkan baby girl lah! He he he... How to teach? I pun ada anak lelaki sama macam you juga ma... But ok lah at least you give me some inspiration to ramble on my blog dearie... Gigihlah Mommy Firash ni mencari tahu cara semulajadi dapatkan anak perempuan disebabkan kawan seorang ini. Ngeee... Gali punya gali... Akhirnya bertemu jawapan yang dicari...

Bukan cara ikut kalendar Cina ya? Tapi cara semulajadi yang boleh dipraktikkan oleh mereka-mereka yang sangat menginginkan kehadiran cahaya mata perempuan di dalam keluarga.

#1: Waktu Subur Isteri


1. Sperma X bergerak dengan lebih perlahan berbanding sperma Y tetapi jangka hayatnya lebih panjang iaitu boleh hidup lebih daripada 24 jam. Oleh ibu hubungan intim digalakkan berlaku 2 hari ataupun 24 jam sebelum ovulasi - peluang untuk mendapatkan anak perempuan lebih tinggi.

2. Anda digalakkan mengadakan hubungan intim 2-3 hari berselang dalam seminggu sebelum tarikh ovulasi. Ini adalah untuk merendahkan jumlah sperma. Seorang lelaki mempunyai jumlah sperma yang rendah adalah lebih cenderung untuk mendapat anak perempuan.

#2: Teknik Hubungan Intim



Salah satu cara untuk mendapatkan anak perempuan ialah teknik tradisi sewaktu melakukan hubungan intim. Ini disebabkan teknik ini membenarkan alat sulit ayah lebih jauh dari servik dan jarak perjalanan yang lebih panjang membenarkan sperma X yang mempunyai hayat yang lebih panjang boleh bertahan lebih lama untuk mencapai telur. Anda digalakkan melakukan hubungan intim di sebelah petang.

#3: Pemakanan


Makanan yang kaya dengan lemak, makanan yang diperbuat dari susu dan produk tenusu seperti yogurt dan keju. Makanan yang berasid seperti buah limau, nanas, mangga, cuka dan minuman gas digalakkan. Amalkan juga memakan sayuran hijau seperti bayam dan brokoli. Biji labu, biji bunga matahari dan biji bijan. Makanan laut adalah tidak digalakkan.

#4: Tahap Keasidan Faraj


Sperma X lebih bertahan dalam keadaan asid dan lebih cenderung kepada anak perempuan. Anda dicadangkan membasuh sedikit alat sulit anda dengan cecair berasid seperti Lactacyd yang berasid ringan lebih kurang 2 jam sebelum melakukan hubungan intim. Ini boleh meningkatkan lagi peluang untuk mendapat anak perempuan.

#5: Tahap Kepuasan Isteri Dicapai Kemudian Selepas Suami


Isteri tidak perlu mendapatkan kepuasan yang tinggi semasa mengadakan hubungan intim kerana sistem badan wanita mewujudkan keadaan berasid yang boleh merangsang pergerakan sperma X.

Tapiii... Tak ada jaminan 100% cuma anda boleh meningkatkan peluang anda untuk mendapatkan anak perempuan. Sekadar ikhtiar. In Shaa Allah, jika rezeki tidak ke mana kan? Semuanya kuasa Allah SWT. Yang penting baby sihat!

Sumber Rujukan:  http://bayi-ibu.com/cara-untuk-mendapatkan-anak-perempuan/

Viewing all articles
Browse latest Browse all 3928

Trending Articles