Few weeks back, Buletin Utama ada siarkan tentang kisah seorang warga emas yang hidup dalam timbunan sampah lebih daripada 7 tahun. Tapi warga emas tersebut hidup dalam timbunan sampah sebab dikatakan tidak sihat dan tidak mampu untuk membersihkan rumahnya. Macam tulah lebih kurang yang Kak Fa dengar pada waktu dan ketika itu. Tiba-tiba teringat pada sikap Kak Fa yang suka sangat menyimpan barang-barang… Dan secara kebetulan Kak Fa terbaca pula mengenai HOARDING DISORDER. Berbeza dengan Mama Kak Fa, Kak Fa ni suka sangat menyimpan barang… Ha ha ha…
Segala-gala nak simpan kalau boleh, terutamanya jika barang-barang yang berkenaan adalah barangan anak Kak Fa. Sayangggg sangat rasanya! Apakah mungkin Kak Fa ada HOARDING DISORDER?
Kredit: Sumber dari SINI
Daripada pembacaan Kak Fa, 3 petanda awal anda berisiko menjadi pesakit HOARDING DISORDER adalah:
1. Perhubungan melampau (obsessive attachment) terhadap objek yang sudah tiada guna dan tidak nampak keperluan untuk dilepaskan.
tak ada petanda ni.
2. Tempat penginapan anda menjadi semakin padat dengan barang-barang yang dikumpul dan disimpan (walaupun tiada guna). Malah makanan pun boleh dikumpul di dalam peti sejuk sehingga sudah berkulat.
tak ada petanda ni.
3. Semakin melarat, apabila mengumpul sesuatu yang bukan milik peribadi, contohnya tisu daripada restoran, bekas makanan atau surat-surat lama yang tak terpakai dan akhirnya menyimpan sampah-sampah.
tak ada petanda ni.
Ada juga yang jenis tidak bersepah, malah tersusun rapi, cuma sayangnya penyakit itu tetap ada. Tetap barang-barang yang sudah tidak perlu yang disusunnya. Sebabnya, setiap kali nak buang, setiap kali tulah terfikir yang benda tu elok lagi dan masih boleh digunakan pada kemudian hari. (yang ini ada).Itulah simptom yang terbesarnya… Percaya bahawa objek tersebut pasti akan ada gunanya satu hari nanti. Ngeee…. ![Open-mouthed smile]()
Kak Fa mengaku yang Kak Fa suka simpan beberapa jenis barang…
… Contohnya resit-resit di dalam dompet, dalam handbag. Barang-barang Firash… walaupun kotak barangan permainan. Tapi semuanya tersusun rapilah… Ahaksss…
… Dah ada jugalah tu petanda HOARDING DISORDER tu… Alahaiii… Tersangkut-paut juga dengan penyakit mental rupanya Kak Fa ni… Wakakaka… Punyalah jenuh nak mengelak dari sakit mental… Rupanya terjerumus juga akhirnya… Haippp… You all tu… Jangan nak gelak sangat…Cuba tengok kalau-kalau you all pun suka menyimpan barang… ![Smile with tongue out]()
Punca terjadinya HOARDING DISORDER masih misteri, tidak diketahui penyebabnya. Mungkin saja disebabkan oleh stress, genetik, keadaan kimia otak dan macam-macam lagilah penjelasan.
Nampak-nampak gayanya… Kak Fa nak kena buat total cleaning ni! Semua barang-barang yang tersimpan selama lebih 3-6 bulan Kak Fa nak kena saring dan fikir-fikirkan untuk jual sebagai pre-loved item ni. Ok ok… Mungkin ada yang tertanya-tanya…Kalau barang tu ada sentimental value pada kita? Yang sentimental value tu tak ada siapa pun nak melarang… He he he…Kak Fa pun tak sanggup nak buang atau jual barang-barang sentimental value ni… Terutama barang-barang berkaitan dengan Firash. Cuma recently Kak Fa adalah jual koleksi die-cast collectibles Thomas and Friends Firash di aplikasi Shopee dengan nilai separuh harga. Koleksi yang ada lebihan dan dia sudah ada lebih dari satu. Banyak-banyak sangat pun semak rumah.
Haaa…itu petanda yang Kak Fa belumlah perlu dapatkan rawatan atau terapi dari pakar psikologi ataupun therapist… Kan? Kan? Kan? Mak-mak…Sila berjaga-jaga sebabnya HOARDING DISORDER ni semacam dekat dengan kita yang bergelar mak-mak ni jer?
… Jika tidak kita sendiri yang pantau dan kawal, rasanya…kalau dah jadi habit…boleh jatuh sebagai pesakit HOARDING DISORDER dah kita ni… Hu hu hu… Apa pun, Kak Fa berharap dan berdoa agar kita semua tak adalah penyakit HOARDING DISORDER ni… In Shaa Allah… Amin amin ya rabbal alamin.