Quantcast
Channel: Bubblynotes.Com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 3928

Cerita Tentang Tidur Lena Bayi...

$
0
0
Camer tak mata caye dengan mata mummy??? Uncle ERAZ FADLIcakap, mata caye camer dengan mata mummy...^_^
Cerita yang berkaitan tentang Ash kembali semula memenuhi ruangan Bubblynotes mummy... ^_^... Erkss...tidur lena??? Ash ye lah tidur lena...mummy tak ada maknanya nak tidur lena sekarang... Mummy sibuk jaga Ash... "Cycle" tidur Ash pula... siang hari sangatlah dia menikmati tidur kan??? Malam dia ajak mummy JADI BURUNG HANTU ... agagaga....


Penampakkan imej macam mana lenanya anak manja mummy ni tidur di siang hari... ^_^... Macam2 gaya.. Ni baru satu, ha yang kat bawah ni pula, bila bagi kebebasan dari berbedung sekejap dah macam boss tecik dah gayanya... 


Kaki kemain lagi angkat sebelah... macam tokey balak...ahaksss... Ok ok, cukup dah "interframe" gambar Ash kat dalam entri ni...tapi apa yang saya nak cerita adalah tentang tidur lena "baby"... 

Tugas menidurkan anak kecil sangat subjektif. Biasanya bila waktu tidur, "baby" lebih suka didakap oleh ibu mereka. Huh, "exactly" macam Ash, suka sangat berdakap... Tetapi macam mana kalau mummy kena kerja di luar kawasan...a.k.a. "outstation"..ahakss...dah tentu2 abah ler yang kena ambil alih tugas tu kan??? 

Cerita pasal ni, agaknya bagaimana gaya bapa2 di luar sana menidurkan anak2 yer??? Tidak dinafikan ada bapa yang pakar dalam bab menidurkan anak kecil, lagi2 yang dah ada pengalaman "uols"...hik hik hik... Jom kita "go through" beberapa gaya tidur anak2 yang mungkin salah satunya adalah cara kita menidurkan mereka....

Biasanya anak2 mudah untuk tidur apabila perut mereka sudah kenyang, lampin tidak basah dan suhu bilik tidak terlalu sejuk atau panas. Okkkkk...dalam kes Ash "uols"... perut mesti kenyang, "diapers" mesti kering dan "air-cond" harusss.... Kalau tak memang menjawablah nak tunggu dia tidur... "Baby" sebenarnya tidak banyak ragam untuk tidur. Bagaimanapun ada juga beberapa halangan membuatkan "baby" susah nak lena...Salah satunya masalah angin atau kolik. "Baby" yang mengalami kolik bukan sahaja tidak mahu tidur, malah akan meragam atau menangis dalam jangka masa yang panjang... Alhamdulillah, setakat ni, Ash ok dari masalah angin atau kolik ni. 

Oleh itu, ibu bapa, jangan lupa sendawakan "baby uols" selepas menyusu (ihikss...bab ni dah "expert" dah, suami ajar "uols"...wakakaakaka), tuam perut dengan tuam bayi dan sapukan perut mereka dengan minyak telon bagi mengelakkan masalah kembung perut. 

Antara cara paling mudah untuk tidurkan anak adalah seperti berikut: 

Tidur Dalam Buaian
Ia adalah cara tidur tradisional yang sudah dipraktikkan sejak turun temurun. Bagaimanapun cara tidur ini perlu diselenggarakan dengan betul bagi memastikan aspek keselamatan bayi terjamin. Buaian??? Memang tak ajar Ash tidur buaian, satu tak nak Nek Ma dia lenguh mengenjut buaian bila mummy kerja, dua tak nak jadi leceh bila pergi berjalan nak angkut buai sana sini... 

Tidur Di Peha
Anak2 boleh tidur di peha ibu atau bapa. Biasanya cara ini lebih praktikal bagi anak yang biasa tidur di buai. Sambil menepuk pehanya, lutut anda digoyangkan. Keadaan yang sama seperti buaian mudah membuat "baby" terlena. Untuk lebih selesa letakkan tilam kecil sebelum meletakkan anak di atas peha. 

Tidur Dalam Pelukan
Terdapat 2 cara jika menggunakan kaedah ini. Satu, dalam keadaan "uols" berbaring. Letakkan "baby" secara meniarap di atas dada dan pusingkan kepala baby sama ada ke kiri atau kanan. Kedua, tidurkan "baby" dalam pelukan ketika "uols" sedang berdiri. Letakkan kepala "baby" di dada "uols" dan peluknya dengan erat. Berjalanlah sambil mendodoikan supaya "baby" cepat tidur. Huh... memang gaya atau aksi "favourite" Ash ni... wakakaka... 

Tidur Sendiri Di Atas Katil 
Cara ini paling mudah (memang punnn) dan banyak dilakukan oleh ibu bapa. Salah satunya saya lah tu... Baringkan "baby" dan tepuk pehanya dengan perlahan. "Uols" boleh mengiringkan "baby" ke kiri atau kanan untuk seketika. 

AWAS!!!
Jangan biarkan "baby" tidur sendirian. Sindrom SID atau "Sudden Infant Death" boleh berlaku di mana2 tanpa disedari. Perhatikan "baby" yang sedang tidur lena sekurang2nya 5 minit sekali.

Kredit: SINI

Viewing all articles
Browse latest Browse all 3928

Trending Articles