Bila sebut sifir, secara automatik kepala mesti teringat pada Siti Sifir.
. Siti Sifir? Ha ha ha…budak-budak zaman sekarang mungkin tak kenal lah kot dengan Siti Sifir dari rancangan A.L.O.N.G. sewaktu Farah membesar dulu. Tapi yang saing-saing Farah dan bawah sikit daripada Farah mungkin kenal sangat dengan Siti Sifir ni. Agak-agak entah manalah Siti Sifir tu kan? He he he… Secara kebetulan terjumpa satu artikel dari satu pautan di SINI berkenaan dengan penguasaan sifir. Haaa… ni penting ni… Sebenarnya berkongsi sebab untuk rujukan diri sendiri untuk anak sendiri, sambil-sambil tu berkongsi jugalah dengan mereka-mereka yang sudi membaca Bubblynotes.Com ni ha… Rahsia Kuasai Sifir Untuk Anak-Anak!
Papa Farah selalu sangat berulang kali pesan pada Farah sewaktu Farah di sekolah rendah dulu… Asas paling utama dan kunci paling utama untuk subjek Matematik adalah penguasaan sifir. Sifir tu sangat sangat penting. Sewaktu sekolah rendah dulu, sampai menangis-nangis kena hafal sifir dan kena marah disebabkan tak hafal sifir. Ekekeke… Itu cerita dulu lah… Cerita sewaktu berada di Darjah 3. Makanya, bila dah ada anak ni, disebabkan dah tau bagaimana rasanya terpaksa menghafal sifir sehinggakan kena habiskan masa yang lama untuk menghafal sifir 1 sehingga sifir 12, dalam hati dan fikiran ni bukan tak terniat dan terfikir untuk memudahkan lagi kerja-kerja anak bujang ni nanti bila dah bersekolah rendah di dalam aktiviti menghafal sifir.
Nahhh…kebetulan terjumpa pula formula hafal sifir cara kilat yang dikongsikan oleh Ranchhoddas Shamaldas Chanchad. Ada sesiapa di antara anda yang pernah menggunakan cara menghafal sifir semudah ini? Bagi yang baru nak tahu tentang kaedah ini, berikut adalah cara mudah untuk ingat sifir.
1. Tulis angka yang berwarna biru dulu.
2. Kemudian tulis angka berwarna merah.
*(Sesetengah sifir mula dengan warna merah dulu sebab ikut pattern susunan nombor).
3. Buat untuk setiap sifir.
5. Contoh soalan tanya berkenaan sifir 5.
6. Jadi dia perlu tulis balik hanya sifir 5 dalam kertas soalan dan pilih jawapan yang tepat.
7. Mudah dan tepat!
NOTA:
Ada yang cadangkan teknik hafal berlagu untuk setiap sifir adalah lebih praktikal. Please bear in mind that ini hanyalah teknik dan juga support kepada pelajar.
Every person have different abilities and techniques in learning. ![Winking smile]()