Quantcast
Channel: Bubblynotes.Com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 3928

Ubahsuai MAXI DRESS Yang Koyak! - Tak Perlu Buang!

$
0
0
Ubahsuai MAXI DRESS Yang Koyak! - Tak Perlu Buang! 
Projek malam Isnin Mommy Firash, ubahsuai maxi dress yang koyak! - tak perlu buang! ok? Bagi sesetengah orang yang lebih berkemampuan mereka akan buang sahaja baju-baju yang telah koyak dengan keadaan sebegini. Akan tetapi bagi Farah, ianya masih boleh digunakan lagi walaupun harganya tidaklah semahal mana pun. Farah beli maxi dress ni dengan harga RM 59.00 di Seksyen 7, Shah Alam beberapa tahun yang lepas. Kalau tak silap sewaktu Iman Firash baru sahaja berusia beberapa bulan. Pakai untuk seketika kemudiannya dah tetas di bahagian bawah lengan. To be precised... bawah ketiak...Open-mouthed smile ha ha ha... menembun sangat! Tu sebab jadi tetas tu!

Baju ni Farah pernah pakai dan kongsikan dalam entri di SINI. Selepas tetas di bawah ketiak terus pesuk dalam almari dan tak pakai-pakai sehinggalah ke masa kini. Pernah beberapa kali Farah buka almari dan rasa teringin sangat nak pakai ke pejabat. Tapi memandangkan koyak di bawah bahagian ketiak tu... Farah matikan sahaja hasrat nak pakai maxi dress ni. Masa tu tak terfikir yang sebenarnya ianya boleh diubahsuai dan masih boleh dipakai. Tiba-tiba malam Isnin kali ini, boleh pula terfikir Light bulb nak ubahsuai dan jadikan ia sebagai maxi dress yang tidak berlengan yang boleh digandingkan dengan cardigan.


Ubahsuai MAXI DRESS Yang Koyak! - Tak Perlu Buang! 2 

Lainlah kalau koyak atau berlubang di mana-mana bahagian hadapan atau belakang baju. Ini di tepi. Sayang pula rasanya nak buang kan?

Ubahsuai MAXI DRESS Yang Koyak! - Tak Perlu Buang! 3 

Ambil gunting kain dan gunakan muncung gunting yang tajam tu untuk menggunting benang dengan teliti dan pastikan Farah tak tergunting kain. Iman Firash dah tidur ni senang sikit nak buat kerja. Open-mouthed smile He he he. Kalau dia jaga, jangan mimpi oiii nak buat kerja-kerja seni macam ni. Sebabnya dia akan jadi pak sibuk yang turut sama nak membantu (tak membantu pun sebenarnya... muahahaha Smile with tongue out ).

Ubahsuai MAXI DRESS Yang Koyak! - Tak Perlu Buang! 4

Farah ceraikan kedua-dua belah lengan maxi dress yang berkenaan secara perlahan-lahan sehingga akhirnya ia menjadi tidak berlengan seperti gambar yang dipaparkan di bawah.

Ubahsuai MAXI DRESS Yang Koyak! - Tak Perlu Buang! 5

Setelah siap ceraikan kedua-dua belah lengan, kiri dan kanan, maka bermulalah aktiviti yang Farah sangat tak berseni dan keras tangan. Memandangkan mesin jahit dah lama rosak terpaksalah jahit tangan sahaja untuk mengemaskan kelepet lengan maxi dress yang tersebut. Ha ha ha... Open-mouthed smile jahit sembat susup jer uolsss! Kemas tak kemas tu Farah sahaja yang tahu. Tak apalah lagipun ianya bakal disorokkan dengan cardigan apabila dipakai ke pejabat nanti. Tak jadi masalah kalau jahitan tak berapa kemas. Bukannya orang nampak pun! Farah jer yang tau! #ehhh anda pun tahu juga kan? Shhhh... diam-diam sudah!

Gigihlah mengerjakan sehinggalah siap. Dah siap terus gosok dan gantungkan.

Ubahsuai MAXI DRESS Yang Koyak! - Tak Perlu Buang! 6 

Tadaaa! Siap! Inilah hasilnya... Tak malu ke pakai baju yang diubahsuai disebabkan koyak? Alahaiii, apa nak malu... pakai ajerlah... asalkan ia masih kelihatan elok dan tidak mendedahkan apa yang sepatutnya tidak didedahkan. Selagi boleh dipakai kita pakai ajerlah. Buat apa nak membazir ya tak? Memang fitrahnya perempuan suka buat koleksi baju banyak-banyak dalam almari. Suka jer beli baju baru... kakak tak mampu dik! Dah lama dah tak membeli baju baru tau tak? Open-mouthed smile Ha ha ha... tunggu raya nanti baru beli baju baru. Itupun kalau ada. Kalau tak kita kitar semula apa sahaja yang ada. Tapi rasanya... kena juga ni beli sekurang-kurangnya sepasang baju baru untuk raya. Sebab? Sebabnya nak sedondon dengan Iman Firash untuk tema raya tahun 2017. Tema dah ada tau! Selepas raya tahun 2016 terus dah ada tema. Yang pasti bukan oren lagi lah kan?

*Kalau masih boleh dipakai, buat apa nak buang kan? Winking smile

Viewing all articles
Browse latest Browse all 3928

Trending Articles